Quantcast
Channel: J&B BLOGSPOT
Viewing all 584 articles
Browse latest View live

Peserta Super Spontan Superstar 2016

$
0
0
Aku dulu merupakan peminat spontan ni, boleh tengok entri tahun 2010 - masa tu baru musim kedua. Pentas pun kecil je, takde sistem vote lagi dan takde artis yang dikeluarkan dari minggu ke minggu. Memang terbaik!  Lepas diorang upgrade jadi super spontan, aku dah tak ambil port. haha. Mungkin boleh start layan balik dengan Super Spontan Superstar 2016;

super spontan superstar 2016
Barisan peserta Super Spontan Superstar 2016

Peserta Super Spontan Superstar 2016 akan dibahagi kepada dua kumpulan iaitu Harimau Hipster yang diterajui oleh Tauke dan Monyet Mafia yang diterajui oleh Johan. Selain Tauke, kumpulan Harimau Hipster terdiri daripada Abam Bocey, Syuk Joras, Fad Bocey, Zulin Aziz, Ozlynn, Jamal dan Waris. Kumpulan Monyet Mafia pula terdiri daripada Achey, Ali Puteh, Amyza Adnan, Kamal Adli, Julia Zieglar, Altimet dan Zuki. 

Rancangan ini akan dikemudi bersama oleh Hos AC Mizal dan Amir Raja Lawak. Afdlin Shauki akan kembali sebagai komentator bersama dengan seorang artis jemputan pada setiap minggu.  

Super Spontan Superstar 2016 bakal bersiaran secara langsung dari Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Salahddin Abdul Aziz Shah (UPM), Serdang pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam mulai 5 Ogos 2016. Super Spontan Superstar juga boleh ditonton secara esklusif menerusi Astro Warna (Saluran 132) dalam pakej Mustika dan ditayangkan serentak di Mustika HD (Saluran 134).

PV dan Poster Anime All Out!!

$
0
0
Kalau sebelum ni aku post pasal anime bola tampar, kali ni anime ragbi yang diadaptasi dari manga dengan tajuk sama All Out!! Anime Ragbi yang popular sebelum ni tentulah Eye Shield 21 dan sangat berharap anime ni setara dengan anime Eye Shield 21. Madhouse telah keluarkan satu teaser poster yang memaparkan 4 karektor utama dalam anime ni dengan tagline 'semua orang boleh menjadi bintang di sini';

Poster anime All Out!!

Anime All Out!! ini akan mempunyai 20+ episode dan berkisahkan pasukan ragbi sekolah tinggi Kanagawa. Ianya fokus pada karektor Gion Kenji yang mempunyai ketinggian hanya 159cm dan bersifat panas baran.  

Anime ini diterbitkan secara bekerjasama antara Madhouse dan TMS Entertainment, di bawah arahan Kenishi Shimizu (Parasytes) dan ditulis oleh Masahiro Yokotani (Free!) dan Shinge Irie (Kuroko's Basketball). Rekaan Karektor pula dihasilkan oleh Masanari Shino manakala muzik latar di bawah Yasuharu Takanshi.

Boleh tengok Video Promosi (PV) untuk anime All Out!! yang bakal ditayangkan pada musim luruh 2016 (Oktober) nanti;

Poster Movie Kickboxer Vengeance

$
0
0
Jom tengok poster terbaru untuk filem Kickboxer Vengeance yang dibarisi pelakon seperti Alain Moussi, Darren Shahlavi, Dave Bautista, Jean Claude Van Damme, Sara Malakul Lane, George St. Pierre dan Gina Carano: 

Poster terbaru untuk movie Kickboxer Vengeance

 
Sinopsis Filem Kickboxer Vangeances ni;

Dua adik beradik yang lahir dalam keluarga seni mempertahankan diri, Eric (Darren Shahlavi) dan Kurt (Alain Moussi). Eric bersetuju untuk berlawan dengan pemenang muay thai, Tong Po (Dave Bautista). Eric tewas dalam perlawanan tersebut dan  menerima nasib kurang baik. Kurt yang tidak berpuas hati berniat untuk menuntut dendam ke atas abangnya. Di sini bermula, perjalanan Kurt melatih dirinya bersama dengan mentor abangnya Master Durand (Jean Claude Van Damme) bagi memperhebat dirinya untuk perlawanan showdown antara dirinya dengan Tong Po. 
 
Trailer boleh tengok kat sini; Kickboxer Vengeance Trailer

Movie ini diarahkan oleh John Stockwell dan ditulis oleh Dimitri Logothesis dan Jim McGrath. Tarikh tayangan adalah 2 September 2016 di US dan Vietnam. Di Malaysia tak tahu la pulak ada tayang atau tak? Kita tunggu je la.

Trailer dan Poster The Great Wall Movie Lakonan Matt Damon

$
0
0

Matt Damon sebagai hero di dalam filem mengenai Tembok Besar China? Haha. Mesti ramai yang pertikaikan keputusan pengarah filem, Zang Yimou untk ambil Matt Damon sebagai pelakon utama filem ni. Bajet besar kot! mesti ambil selebriti yang ada nama, baru ada peluang nak promote habis-habisan. 

Sinopsis The Great Wall Movie; 
Dari trailer, memang tak dapat apa-apa. Mungkin pembinaan Tembok Besar China untuk melawan raksasa (Gargoyle? alien?) yang cuba menghapuskan manusia dari muka bumi.

Berlatarkan kurun ke-15, mengisahkan perjalan tentera dari Eropah (lakonan Matt Damon dan Pedro Pascal) yang mencari serbuk bahan letupan dan datang ke Tembok Besar China. Tentera ini kemudiannya bersatu tenaga dengan askar dari China apabila mengetahui tujuan sebenar pembinaan Tembok Besar China ini.

Poster The Great Wall Movie

the great wall movie poster
Matt Damon dalam The Great Wall movie.

Filem yang diarahkan oleh Zhang Yimau, ditulis oleh Max Brooks akan dilakonkan oleh Matt Damon, Pedro Pascal, Willem Dafoe, Andy Lau, Tian Jing, Eddie Peng, Numan Acar, Lu Han, Kenny Lin, Hanyu Zhang dan Ryan Zheng ini bakal ditayangkan pada bulan Disember 2016 di China dan 17 Februari 2017 di US. Malaysia tak tahu lagi akan ditayangkan atau tak filem ni.

Official Trailer Movie Split Lakonan James McAvoy

$
0
0

Meremang bulu roma tengok trailer ni! 
Tetapi macam movie 10 Cloverfield Lane dah aku tengok background filem ni, sesiapa yang belum tengok disarankan untuk menonton filem 10 CLoverfield Lane, sebab ianya antara filem terbaik tahun ni. 

Ok! Movie Split ni macam yang korang tengok dari trailer memang dah tahu yang movie ni mengisahkan 3 orang budak perempuan diculik oleh seorang lelaki, kevin (lakonan James McAvoy) yang mempunyai split personality disorder. Mengikut doktor yang merawat Kevin, dia mempunyai 23 personaliti yang berbeza. Bermula dari situ, kita dapat tengok interaksi antara personaliti yang berbeza oleh watak Kevin dengan 3 orang tebusan yang cuba melepaskan diri. 

Pengarah dan penulis movie Split adalah orang yang sama iaitu M. Night Shyamalan. Filem ini turut dilakonkan oleh Haley Lu Richardson, Brad William Henke, Anya Taylor Joy, Kim Director, Sterling K Brown dan Betty Buckley. 

Tarikh tayangan filem ni dijadualkan akan ditayangkan pada 20 januari 2017.

Suicide Squad Movie Trailer

$
0
0

Suicide Squad mengisahkan sebuah agensi rahsia kerajaan (ARGUS) telah merekrut penjenayah yang terburuk dalam sejarah untuk menyelesaikan satu misi maut. Sebagai ganjaran untuk perkhidmatan mereka, hukuman yang dikenakan akan dikurangkan. Penjenayah yang terlibat terdiri daripada The Joker, Harley Quinn, Lex Luthor, Enchantress, Boomerang dan banyak lagi. 

Daripada trailer dan video-video promosi yang dikeluarkan, filem ni bakal menjadi box-office. 

Pelakon yang terlibat dalam Suicide Squad movie ini adalah Will Smith, Jared Leto, Margot Robbie, Joel Kinnaman, Viola Davis, Cara Delevingne, Jai Courtney, Adewale Akinnuoye-Agbaje, Scott Eastwood, Adam Beach, Common, Jay Hernandez, Ike Barinholtz, Jim Parrack dan Ben Affleck. 

Suicide Squad di bawah arahan dan tulisan skrip David Ayer, berdasar karektor buku komik keluaran DC ini bakal ditayangkan pada 4 Ogos 2016. Selain David Ayer, kita ada Roman Vasyanov (Pengarah Fotografi), Oliver Scholl (Pereka Produksi), John Gilroy (Editor), Kate Hawley (Pereka Kostum), Jerome Chen (Supervisor Kesan Khas) dan Steven Price (Pemuzik).

Lagi video promosi atau trailer untuk Suicide Squad movie; Kebanyakkan lebih pada komedi atau punchline tetapi aku suka yang comic-con trailer, itu lebih berat dan more like DC movie Batman vs Superman.

Trailer The Accountant Movie Lakonan Ben Affleck

$
0
0

The Accountant mengisahkan Cristian Wolff (lakonan Ben Affleck), seorang kanak-kanak genius yang lebih memahami nombor lebih dari hal lain, membesar menjadi seorang Akauntan. Di sebalik kerjanya sebagai seorang akauntan di sebuah CPA ofis, Chris mempunyai klien yang merupakan penjenayah berbahahaya dan wanted person untuk pihak berkuasa.

Selain Ben Affleck, movie ini turut menampilkan Anna Kendrick, Jon Bernthal, J.K Simmons, John Lithgow, Jeffrey Tambow, Alison Wright dan Cynthia Addai Robinson. Filem ini bakal ditayangkan pada 14 Oktober 2016 di US dan pada 20 Oktober 2016 di Malaysia.

The Accountant diterbitkan oleh Warner Bros Picture, diarahkan oleh Gavin O'Connor dan skrip ditulis oleh Bill Dubuque. Jom tengok satu lagi trailer yang baru sahaja release untuk The Accountant movie;

Konsep Seni Terbaru Movie Doctor Strange

$
0
0
Sebelum ni, ada post yang berkaitan dengan trailer movie Doctor Strange yang bakal ke pawagam pada bulan November tahun 2016. Ini pula gambar-gambar konsep seni yang telah ditampilkan sebagai promosi untuk filem ini. 

Konsep Seni Doctor Strange


Konsep Seni Doctor Strange
Konsep Seni Doctor Strange
Konsep Seni Doctor Strange
Konsep Seni Doctor Strange
Konsep Seni Doctor Strange


Teaser dan Poster Love In The Moonlight

$
0
0
poster love in the moonlight
Poster untuk drama korea terbaru; Love in the Moonlight

Drama korea yang akan disiarkan bermula dari 22 Ogos 2016 ini menggandingkan Park Bo-gum dan Kim Yoo-jung sebagai hero dan heroin. Mengisahkan perjalanan hidup seorang putera raja dan bakal pewaris takhta, Lee Yeong dan seorang peremuan bernama Hong Ra-on yang menyamar sebagai penasihat lelaki yang tahu mengenai wanita dan cinta.

Selain Park Bo-gum dan Kim Yoo-jung, drama ini turut dibarisi oleh Jinyoung sebagai Kim Yoon-Sung, Chae Soo-bin sebagai Ha-yeon, Kwan Dong-yeon sebagai Kim Byung-yeon, Kim Seung-soo sebagai King Sunjo dan Jung Hye-sung sebagai Princess Myeongon.

Drama arahan Kim Sung-yoon adalah berdasarkan web novel yang ditulis oleh Yoon Yi-soo dengan tajuk Moonlights Drawn by Clouds. Drama ini akan mempunyai 18 episode dan akan disiarkan setiap hari Isnin dan Selasa.

Boleh tengok video english subtitle love in the moonlight korean drama teaser kat bawah ni;

Teaser Drama Mail dan Sudin Naik Haji

$
0
0

Drama Mail dan Sudin Naik Haji ini diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, dilakonkan oleh Shuib Sepahtu, Remy Ishak dan PU Azman. Jangan lupa saksikan Mail & Sudin Naik Haji bermula 5 Ogos ini, jam 7.30 malam di Astro Oasis (106) dan Maya HD (135). 

Drama ini mengisahkan  Mail dan Sudin yang memasang hajat untuk naik haji. Dengan bantuan PU Azman, mereka belajar asas cara-cara untuk menunaikan haji. Berjayakah Mail dan Sudin?

shuib sepahtu remy ishak
Pelakon utama drama Mail dan Sudin naik haji; Shuib dan Remy Ishak

shuib sepahtu remy ishak
PU Azman turut menjayakan drama Mail dan Sudin naik haji.

Poster Movie Transformer The Last Knight

$
0
0
Filem ke-lima Transformers bakal ditayangkan pada pertengahan tahun hadapan iaitu pada 23 Jun 2017. Transformers The Last Knight masih lagi di bawah arahan Michael Bay dan skrip ditulis oleh Matt Holloway dan Art Marcum.

Jom tengok poster yang dikeluarkan; 

Poster Transformer The Last Knight
Poster Transformers The Last Knight 2017

Pelakon yang akan kembali menerajui filem Transformers kali ini adalah Mark Wahlberg sebagai Cade Yeager, Tyrese Gibson sebagai Robert Epps dan Josh Duhamel sebagai Lt. Colonel William Lennox. Dua muka baru yang bakal digandingkan dalam movie ini adalah Jerrod Carmichael dan Isabela Moner.

Tambahan, gambar di sebalik tabir official yang dikongsi;

Transformer The Last Knight
Gambar di sebalik tabir untuk Transformers The Last Knight



Teaser 16 Peserta Super Spontan Superstar

$
0
0

Teaser untuk Super Spontan Superstar dah pun dikeluarkan oleh pihak astro. Teaser ni hanya menyenaraikan senarai 16 peserta yang bakal bersaing antara pasukan Harimau Hipster atau pasukan Monyet Mafia.

Antara selebriti yang terlibat dalam program ini adalah Tauke, Abam Bocey, Syuk Joras, Fad Bocey, Zulin Aziz, Ozlynn, Jamal, Waris, Johan, Achey, Ali Puteh, Amyza Adnan, Kamal Adli, Julia Zieglar, Altimet dan Zuki. 

Super Spontan Superstar 2016 bakal bersiaran secara langsung dari Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Salahddin Abdul Aziz Shah (UPM), Serdang pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam mulai 5 Ogos 2016. Super Spontan Superstar juga boleh ditonton secara esklusif menerusi Astro Warna (Saluran 132) dalam pakej Mustika dan ditayangkan serentak di Mustika HD (Saluran 134).

Barisan Pelakon Movie Death Note Oleh Netflix

$
0
0
Nampaknya Hollywood akan ambil alih untuk satu lagi re-make manga popular Death Note kepada live action movie. Kalau ikutkan dah beberapa kali manga ini diadaptasi kepada anime dan movie, tetapi semuanya dari Jepun, ini pertama kali dari Hollywood.

Barisan pelakon pun dah dikeluarkan oleh Netflix, antara yang terlibat adalah; Nat Wolff sebagai Light Turner, Keith Stanfield sebagai L, Margaret Qualley sebagai Mia Sutton, Paul Nakauchi sebagai Watari, Shea Wigham sebagai James Turner dan Willem Dafoe sebagai Ryuk.

nat wolff light turner
Nat Wolff sebagai Light Turner


Movie Death Note ini akan diarahkan oleh Adam Wingard dan diterbitkan oleh Roy Lee. Tarikh tayangan adalah pada tahun 2017 di Netflix, namun official tarikh siaran movie ini belum diumumkan.

Death Note mengisahkan seorang pelajar sekolah menengah genius, Light Yagami yang menjumpai 'Buku Nota Kematian', di mana dia hanya perlu menulis nama seseorang untuk membunuh manusia terbabit, dengan syarat wajah mangsa haruslah diketahui. Bermula dengan tujuan menghukum penjenayah, Light Yagami menjadi buruan pihak berkuasa dan seorang detektif genius, L.

Keith Stanfield
Keith Stanfield sebagai L
margaret qualley mia sutton
Margaret Qualley sebagai Mia Sutton
paul nakauchi watari
Paul Nakauchi sebagai Watari
willem dafoe ryuk
Willem Dafoe sebagai Ryuk

Criminal dan Jason Bourne Movie Review

$
0
0
poster criminal 2016
Poster Criminal 2016 Movie

Criminal 2016 merupakan filem lakonan Costner dan Gal Gadot. Aku tak expect apa masa nak tonton cerita ni sebab jalan cerita sangat-sangat tak realistic. Pindah memori seorang manusia kepada manusia lain. Ambik kau! Tak logik langsung kan.

Aku tengok filem ni pun sebab seorang member aku yang tengok kat pawagam kata filem ni best, so memang betul katanya. Tak mengecewakan langsung, dari satu scene ke satu scene – korang akan rasa nak tahu apa yang akan berlaku. Jalan cerita yang padat tapi tak serabut dan tak hilang fokus. Kira korang boleh faham apa yang berlaku.

Suka gila lakonan Costner dalam ni. Boleh tengok kepayahan dia apabila memori otaknya berserabut dan silih berganti dengan memori orang lain. Boleh rasai penderitaan dan kasih sayang yang cuba ditonjolkan kepada watak Emma dan Jillian. Terbaik lah pak cik Costner!

jason bourne matt damon
Matt Damon kembali sebagai Jason Bourne

Sebenarnya aku bukanlah peminat filem franchise Jason Bourne, dari yang pertama hinggalah yang ketiga. Jason Bourne Legacy yang ditayangkan pada 2012 bagi aku itu merupakan filem terbaik Jason Bourne setakat ini, walaupun dalam tu tiada pun watak Matt Damon. Ini disebabkan gaya pengarah, Paul Greengrass yang suka gunakan 'shaky cam' untuk shot aksi-aksi dalam Jason Bourne trilogi sebelum ini. 

Jason Bourne 2016 juga mempunyai jiwa yang sama dengan 3 filem terawal, jadi bagi penggemar siri Jason Bourne bolehlah ke pawagam untuk menonton. Dari segi jalan cerita, ianya lebih kepada pembalasan dendam kepada mereka yang bertanggungjawab ke atas kematian ayah Jason Bourne, black ops baru turut diperkenalkan iaitu 'Iron Hand' namun hanya memberi sedikit impak kepada jalan cerita.

Dari segi watak, rasanya watak baru yang diperkenalkan iaitu Alicia Vikander sebagai Agen CIA Heather Lee sangat tak masuk akal (salah ambil pelakon ke?). Tak tahu kenapa rasa macam tak layak watak Heather Lee tu sebagai CIA second in command berbanding watak Direktor CIA Robert Dewey yang dilakonkan oleh Tommy Lee Jones. Mungkin kredibiliti yang di bawa kurang menjadi. 

Jason Bourne 2016 merupakan satu filem aksi yang menarik, tetapi kekurangan dari segi perkembangan watak dan jalan cerita.

Poster dan Montaj Pembukaan Drama Si Kolot Suamiku

$
0
0
poster drama si kolot suamiku
Poster Drama Si Kolot Suamiku

Drama Si Kolot Suamiku merupakan drama arahan Eyra Rahman, hasil adaptasi novel dengan tajuk yang sama karya Fazlyn Ridz. Drama ini dibintangi oleh Amar Baharin, Siti Elizad Sharafuddin, Faizul Hussein,  Kuza, Atikah Suhaime, Dania Azmi, Vicha Saywho, Waris, Epy Kodiang.

Tarikh tayangan untuk drama Si Kolot Suamiku bermula dari 15 Ogos 2016 dan ditayngkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam hingga 11.00 malam di saluran Astro Setia (104) dan Astro Setia HD (123).

Jom tengok montaj pembukaan untuk drama si kolot suamikuini;



Sinopsis Drama Si Kolot Suamiku 2016;

Tengku Nur Edrina seorang anak yang degil dan menpunyai ego yang tinggi kerana ayahnya berketurunan raja dan emaknya dilahirkan di kalangan bangsawan. Angkuh dan bangga dirinya membawa hidupnya jauh dari nilai murni seorang wanita Melayu. Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya.

Kudin pula seorang lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya.

Mereka dipertemukan apabila Tengku Ahmad Ehsan mengunjungi Mak Kunah, emak Kudin untuk melunaskan janji lama yang pernah tersimpul kukuh antara moyang mereka dahulu. Kedatangan lelaki itu untuk membuka cerita yang terperuk lebih berpuluh tahun lalu, agar segala amanah dan wasiat dapat diselesaikan tanpa ada hutang piutang yang tidak dilunaskan sebelum dia menutup mata.

Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota besar.

Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?


Gambar Di Sebalik Tabir Movie Thor Ragnarok

$
0
0
Mark Ruffalo (Hulk) yang baru sahaja tamat pengembaraan di Australia untuk filem Thor Ragnarok telah mempamer beberapa keping gambar di sebalik tabir untuk movie ini. Dikatakan untuk filem ini, watak Bruce Banner tidak akan muncul tapi kita akan saksikan Hulk sebagai Hulk untuk keseluruhan movie.

Jom tengok apa yang dikongsi oleh mereka yang terlibat dengan movie Thor Ragnarok ni;

Mark Ruffalo dan Chris Hemsworth - behind the scene photo.

Gambar Chris Hemsworth di sebalik tabir Thor Ragnarok

Mark Ruffalo dan Taika Waititi - pengarah filem Thor Ragnarok
Mark Ruffalo dengan The Hulk.

Thor Ragnarok movie diarahkan oleh Taika Waititi, dibintangi oleh Chris Hemsworth (Thor), Tom Hiddleston (Loki), Idris Elba (Heimdall), Sir Anthony Hopkins (Odin), Tessa Thompson (Valkyrie), Karl Urban (Skurge), Mark Ruffalo (Hulk), Jeff Goldblum (Grandmaster) dan Cate Blanchett (Hela). Tarikh tayangan filem Thor Ragnarok ialah pada 3 November 2017.

Transformers The Last Knight - Gambar Promosi Onslaught

$
0
0
Satu lagi gambar promosi dikeluarkan Michael Bay bagi tujuan promosi movie Transformer The Last Knight. Kali ni gambar satu truck robot telah dipamerkan iaitu truck kepada watak Onslaught.

onslaught transformer
Gambar promosi Tansformers The Last Knight - Onslaught truck

Ada juga satu video behind the scene yang aku tonton kat youtube.



Filem ke-lima Transformers bakal ditayangkan pada pertengahan tahun hadapan iaitu pada 23 Jun 2017. Transformers The Last Knight masih lagi di bawah arahan Michael Bay dan skrip ditulis oleh Matt Holloway dan Art Marcum. 

Pelakon yang akan kembali menerajui filem Transformers kali ini adalah Mark Wahlberg sebagai Cade Yeager, Tyrese Gibson sebagai Robert Epps dan Josh Duhamel sebagai Lt. Colonel William Lennox. Dua muka baru yang bakal digandingkan dalam movie ini adalah Jerrod Carmichael dan Isabela Moner.

Poster Bleeding Steel 2017 Movie Lakonan Jackie Chan

$
0
0
poster movie bleeding steel
Poster Bleeding Steel Movie

Filem Bleeding Steel mengisahkan Jackie Chan sebagai agen khas kerajaan (baca: special force) terpaksa menyelamatkan seorang remaja perempuan dari satu sindeket jenayah. Jalan cerita seakan-akan movie skiptrace, tetapi kali ni remaja perempuan.

Selain Jackie Chan, filem Bleeding Steel turut dibarisi oleh pelakon seperti Callen Mulvey (Captain America; The Winter Soldier, Batman Vs Superman; Dawn of Justice) Tess Haubrich (Alien; Covenant), Show Lo, Erica Xia-hou dan Nana Ou-Yang.

Movie yang ditulis dan diarahkan oleh Lijia Zhang ini baru sahaja menjalankan pengembaraan di Australia dan tarikh tayangan filem masih belum dipastikan.

Poster Rasmi Filem Pekak

$
0
0
Poster Filem Pekak
Poster Rasmi Filem Pekak

Nampaknya promosi filem Pekak semakin agresif dengan Grand Brilliance mempamer poster rasmi untuk filem ini. Poster yang menunjukkan dua watak utama, Uda dan Dara lakonan Sharifah Amani dan Zahiril Adzim.

Watak Uda dan Dara ini dibantu oleh pelakon-pelakon seperti Amerul Affendi sebagai Azman, Iedil Putra sebagai Kamil, Sharifah Sakinah sebagai Melur dan Zaidi Omar yang memegang watak ayah kepada watak Dara.

Filem ini diarahkan oleh Khairul Azri dan merupakan filem terbitan Grand Brilliance. Tarikh tayangan adalah pada 1 September 2016.

Poster dan Trailer Movie I.T. Lakonan Pierce Brosnan

$
0
0
poster I.T. 2016 movie
Movie terbaru Pierce Brosnan, I.T.

Selain Pierce Brosnan, filem ini turut dibarisi oleh Anna Friel, Stefanie Scott, Michael Nyqvist, James Frecheville, Clara-Hope Ashitey, Jason Barry, Adam Fergus, Bruce Johnson, Rico Simonini, David Mcsavage dan Austin Swift.

Sinopsis Movie I.T.
Filem I.T. ini mengisahkan Mike Reagen (lakonan Pierce Brosnan), seorang ayah yang mempunyai isteri dan anak yang cantik dan kerjaya yang diidamkan. Namun segalanya berubah apabila hubungan professional antara Mike dan Ed, penasihat IT untuk keluarga dan syarikatnya digunakan Ed untuk menghapus segala kepunyaan Mike. Berdepan dengan penjenayah teknologi yang mampu mengubah semuanya hanya dengan satu 'klik', Mike harus mencari penyelesaian bagi menyelamatkan keluarganya terus dihancurkan Ed.

Tarikh tayangan filem ni adalah pada 23 September 2016 di US. Kat Malaysia, tak tahu lagi sama ada tayang atau tak? Kita nantikan sahaja, sambil tu jom tengok trailer kat bawah ni;


Viewing all 584 articles
Browse latest View live