Quantcast
Channel: J&B BLOGSPOT
Viewing all 584 articles
Browse latest View live

Trailer Animasi Terbaru Disney - MOANA

$
0
0

Trailer antarabangsa pertama untuk animasi Moana dan ianya memang comel! Berlatarkan lagu Loimata e Maligi yang dinyanyikan oleh Te Vaka dengan animasi air laut yang awesome dan watak kanak kanak riang memang menambahkan lagi keterujaan untuk menonton animasi Moana ni.

Filem animasi 3D ini diarahkan oleh Ron Clement dan John Musker dan bakal ditayangkan bermula 23 November 2016. Jalan cerita untuk animasi ini masih belum jelas, namun ianya mengisahkan seorang gadis muda bernama Moana (suara oleh Auli'i Cravalho) yang memulakan perjalanan untuk mencari pulau misteri. Dalam perjalanan itu, Moana berkenalan dengan Maui (suara oleh Dwayne The Rock Johnson) yang merupakan manusia berkuasa ajaib.

Kat bawah ni ada teaser trailer official animasi Moana;


Trailer dan Sinopsis Filem Pekak

$
0
0

Ramai yang suka kan filem Pekak ni, komen-komen pun banyak yang positif. Mungkin kerana barisan pelakon utama iaitu Zahiril Adzim dan Sharifah Amani yang memang diketahui selektif dalam memilih projek mereka.

Filem ini bakal ditayangkan pada 1 September 2016.

 
Sinopsis Filem Pekak 

Pekak menceritakan kisah romantik antara Uda (Zahiril Adzim) dan Dara (Sharifah Amani). Uda, seorang lelaki kurang pendengaran tanpa pendidikan dan keluarga yang mahu mencari alternatif untuk mendengar samula. Dia terjerumus dalam aktiviti penjualan dadah untuk menampng kos pembedahan.

Dara pula seorang gadis berusia 17 tahun dan merasakan dirinya dikongkong oleh bapanya sendiri. Dara yang selalu medambakan kasih sayang setelah ditinggalkan ibunya, berjumpa dengan Uda secara kebetulan dan bermulalah episode cerita cinta antara Uda dan Dara. Namun mereka terpaksa menghadapi cabaran yang penuh dengan keganasan, seks dan dadah.

zahiril adzim motor
Zahiril Adzim memagang watak Uda dalam filem Pekak


Watak Uda dan Dara ini dibantu oleh pelakon-pelakon seperti Amerul Affendi sebagai Azman, Iedil Putra sebagai Kamil, Sharifah Sakinah sebagai Melur dan Zaidi Omar yang memegang watak ayah kepada watak Dara.

Filem ini diarahkan oleh Khairul Azri dan merupakan filem terbitan Grand Brilliance.

sharifah amani zahiril adzim
Banner untuk filem Pekak
zahirl adzim sharifah amani
Zahiril Adzim dan Sharifah Amani sebagai Uda dan Dara dalam filem Pekak.

Teaser Trailer dan Poster Siri Luke Cage - terbaru dari Marvel dan Netflix

$
0
0

Selepas keluar siri Daredevil dan Jessica Jones, Netflix akan mengeluarkan siri terbaru untuk karektor Luka Cage. Watak superhero Luke Cage akan dilakonkan oleh Mike Colter. Semua episode akan bersiaran pada 30 September 2016.

Macam mana dapat power? Standard filem superhero, eksperimen yang sepatutnya keputusan lain, tapi lain yang terjadi. Luke Cage dapat kuasa kekuatan luar biasa dan badan yang kebal (tengok kat video atas tu, kebal kot - tembak pun tak jadi apa!) menjadi perlarian di dalam bandar kota raya New York, tapi dia akhirnya memilih untuk menggunakan kuasanya ke arah kebaikan. Namun, sejarah masa lalu yang cuba disembunyikan kembali menghantui diri Luke Cage.

Kalau ikutkan, watak Luke Cage dan Jessica Jones merupakan pasangan suami isteri. So, mesti ada crossover episod  ni. Haha!


Selain watak Luke Cage yang dilakonkan oleh Mike Colter, pelakon lain yang terlibat dalam siri Luke Cage season 1 ini ialah Mahershala Ali sebagai Cornell Stokes, Erik Laray Harvey sebagai Diamond Back, Simone Missick sebagai Misty Knight, Theo Rossi sebagai Alvarez dan Frank Valley sebagai Detektif Scarfe.

luke cage poster
Poster Luke Cage Netflix siri
luke cage mike colter
Mike Colter sebagai Luke Cage

Teaser Trailer dan Poster Siri Iron Fist

$
0
0

Wow! 

Satu lagi teaser trailer dipertontonkan kepada para peminat Marvel ialah Iron Fist, siri yang akan ditayangkan pada tahun hadapan (baca: 2017) juga di Netflix. Tak banyak yang dapat diketahui dari teaser ni selain watak Iron Fist atau juga dikenali dengan nama Danny Rand dipegang oleh Finn Jones. 



Kita dapat lihat watak Danny yang dalam keadaan tidak terurus dan seperti berada dalam wad sakit mental dan dia mampu menghancurkan dinding bangunan tersebut dengan hanya satu tumbukan. Terbaik! Ada juga sedikit flashback dari zaman kanak-kanak selepas kematian ibu dan bapa Danny, keadaan bersalji dan gambaran kurang jelas dua orang sami. 

Watak Iron Fist ni pun berkaitan dengan watak Luke Cage dalam entri sebelum ini. Gerenti ada crossover antara empat watak superhero netflix ni.

iron fist poster
Official Poster untuk siri Iron Fist
Selain Finn Jones yang memegang watak hero Iron Fist, siri ini juga diterajui oleh Jessica Henwick sebagai Colleen Wing, David Wenham sebagai Harold Meachum, Jessica Stroup sebagai Joy Meachum dan Tom Pelphrey sebagai Ward Meachum.

Poster dan Trailer One Piece Gold Anime Movie

$
0
0

One Piece telah mengeluarkan movie baru yang digelar One Piece Gold. Dari trailer dengan english subtitle dan tajuk pun dah boleh agak musuh terbaru Luffy dan krew budak topi jerami tentulah mempunyai kuasa untuk mengawal emas. Animasi filem ni pun nampak sangat baik berbanding anime one piece. Anime one piece dah episod berapa sekarang yea? Lama dah tinggal. 


Poster untuk One Piece Film Gold;

Poster One Piece Gold Anime Movie
One Piece Movie Gold 2016 Poster

Poster One Piece Gold Anime Movie
One Piece Film Gold Anime Movie 2016 Poster

Berlatar negara Gran Tesoro, sebuah negara dengan nama jolokan "The Greatest Entertainmant City" Luffy dan krewnya bertemu dengan pemerintah negara tersebut iaitu Gild Tesoro. Gild mempunyai pengaruh yang sangat besar dengan kekayaan yang dimiliki. Macam filem dan anime One Piece sebelum ni, tentu ada rahsia tersembunyi di sebalik negara Gran Tesoro.

Filem baru One Piece ni akan ditayangkan di Jepun bermula 23 Julai 2016 dan bagi peminat siri One Piece di Malaysia, bolehlah ke pawagam pada 8 September 2016. Namun hanya pawagam GSC tertentu sahaja yang ada tayangkan, boleh rujuk laman web GSC untuk info lanjut.

PV dan Visual Anime Haikyuu!! Karasuno Koukou VS Sharatorizawa Gakuen Koukou

$
0
0
haikyuu poster season 3
Visual pertama yang dipertonton untuk Haikyuu Musim ke-3

Memang anime bertema sukan ni favorite aku. Sekarang tengah duk layan dua anime sukan iaitu Days ( Bertema sukan bola sepak ) dan Battery ( Bertema sukan baseball ). Eh! Bukan ke nak tulis pasal Haikyuu yang akan masuk musim ketiga tahun ni (Yea!).

Haikyuu Season 3 akan mula ditayangkan pada bulan Oktober 2016, masuk dalam kategori anime musim luruh/musim bunga. Selalunya akan ada 20+ episod. Haikyuu Musim ke-3 akan menyambung perjuangan pasukan bola tampar Karasuno, di mana di akhir musim ke-2 mereka bakal menentang pasukan bola tampar dari akedemi Shiratorizawa.

Daripada tajuk untuk musim ke-3, nampaknya ianya akan fokus pada satu perlawanan ini. Jangan risau kerana anime Haikyuu ni tak pernah mengecewakan. Malah akan mendapat top 3 setiap kali ranking anime bertemakan sukan dilakukan. Animasi yang berkualiti, jalan cerita yang menarik dan kelakar serta karektor-karektor yang penuh emosi menjadi intipati kejayaan anime sukan ini.

Jom tengok PV (baca : promotional video) untuk Haikyuu musim ke - 3:


'Train to Busan' Pecah Rekod Tayangan Hari Pertama di Korea

$
0
0

Train to Busan merupakan filem yang baru ditayangkan di Korea hari ini dan dikabarkan telah memecah rekod tayangan pada hari pertama yang sebelum ni dipegang oleh filem Captain America Civil War. Train to Busanberjaya mengutip 872,000 jualan tiket bersamaan dengan 5.76 juta mengatasi Civil War dengan 729,000 jualan tiket.

Membawa tema zombie, yang mana sangat jarang di bawa oleh pengarah filem korea yang lebih popular dengan cerita emosi dan cintan cintun. Ditambah pulak dengan keadaan mereka yang cuba survive dalam sebuah kereta api laju menuju ke Busan, rasa macam movie 28 days later bergabung dengan snowpiercer.

Mungkin kelainan itu menjadi daya penarik dan trailer yang sangat-sangat real. Serius! Trailer filem sangat menyakinkan aku untuk ke pawagam bagi menonton filem ni, tapi kat Malaysia rasa nya takde tayang. Kena cari online la kalau nak tengok.

Barisan pelakon untuk Train to Busan ni pun hebat-hebat; Goo Yoo sebagai Seok Woo, Ma Dong Seok sebagai Sang Hwa, Jung Yu Mi sebagai Sung Gyeong, Choi Woo Sik sebagai Young Gook dan Ahn So Hee sebagai Jin Hee.


Poster dan Trailer Movie Kampung Drift

$
0
0
kampung drift poster
Kampung Drift 2016 Poster

Satu lagi filem permotoran yang bakal ditayangkan pada bulan hadapan (baca: 4 ogos 2016) bertajuk Kampung Drift. Filem ini diarahkan oleh Nevin Heong dan diterbitkan oleh Mico Studio Sdn Bhd. Barisan pelakon yang terlibat adalah Syafie Naswip, Pekin Ibrahim, Pablo Amirul, Fatin Afeefa, Puovin Sandera, Chen Sin Foo, Jazli Hassan, Fazli Razali, Kamarol Haji Yusuf, Yasmin Md Isa, Esma Danial, Eida Moin, Zalfa Zain, Fateen Afeefa dan Syazwan Yunos.

Tema permotoran ni dah biasa sangat dalam filem Malaysia. Dah bosan nak tengok. Pef! Nasib baik ada diselitkan tema time travel jugak - jadi mungkin dapat membantu keterujaan penonton untuk ke pawagam. Lagipun Syafie Naswip dan Pekin Ibrahim merupakan pelakon yang berkaliber dan berbakat besar.

Sinopsis Kampung Drift
Seorang bapa terpaksa mengetepikan perasaan trauma untuk memakbulkan permintaan anaknya dalam menyertai sebuah sukan drift, sementara anaknya pula terpaksa merentas arus masa untuk pulang (time travel) ke zaman lampau untuk merealisasikan impian ayahnya yang tak tercapai dahulu. 


Gambar Promosi Pelakon Kampung Drift

pablo amirul ray
Pablo Amirul sebagai Ray

pekin ibrahim acai
Pekin Ibrahim sebagai Acai

shafie naswip johan
Shafie Naswip sebagai Johan

zalfa zain sheila
Zalfa Zain sebagai Shiela


Trailer Pertama untuk Justice League Part 1

$
0
0

Selepas Batman vs Superman ditayangkan, ramai yang komen bahawa filem itu terlampau berat dan martha jokes boleh dilihat di mana-manapost berkaitan dengan BvS. Bagi aku, aku sukakan apa yang cuba di bawa oleh Zack Synder sebab kebanyakkan filem superhero memang selalunya agak santai dan banyak punchline hingga merosakkan filem tersebut (baca: avengers 2). Jadi BvS ini kira lain dari yang lain. Ececcece!

Dah tengok belum trailer baru Justice League ni, tu tengok kat video atas tu. Terbaik!

Trailer pertama yang dikeluarkan ini memang menunjukkan perubahan ketara terutama watak Batman yang dilakonkan oleh Ben Affleck. Suara Batman tu still maintain, tapi Batman pun dah ada punchline sendiri. Watak Aquaman (bukan Wolverine ok!) yang dilakonkan oleh Jason Momoa pula yang nampak mempunyai sisi gelap dan juga salah seorang yang direkrut oleh batman dan wonder women untuk sertai Justice League.

Kita juga boleh tengok batman yang cuba rekrut the flash lakonan Ezra Miller. Lebih kurang masa Tony Stark rekrut spiderman dalam civil war movie. Aku rasa watak the flash akan jadi comic relief dalam filem Justice League ni nanti. Cyborg pulak tak tahu la macam mane boleh terlibat sekali dalam Justice League ni, kena tunggu dan lihat.

Masih takde apa-apa info berkaitan Superman dalam trailer ni. Seperti yang diketahui, Superman dah pun ditanam hidup-hidup dalam BvS. so, memang ramai yang tertanya-tanya apa yang terjadi kepada watak Superman lakonan Henry Cavill tu.

Kat bawah ni merupakan gambar pertama dikeluarkan kepada umum untuk promosi filem Justice League. Justice League part 1 bakal ditayangkan pada November 2017 dan Justice League part 2 akan ditayangkan pada Jun 2019.

justice league poster
Justice League Part 1 - The Flash, Superman, Cyborg, Wonder Women, Batman dan Aquaman.

Poster untuk Movie Real Lakonan Kim Soo Hyun

$
0
0
real korean movie poster
Poster pertama untuk filem Real

Kim Soo Hyun yang popular dengan drama You Who Came From The Star dan The Producer sebelum ini, akan kembali dengan projek baru iaitu sebuah filem bertajuk 'Real'. Filem terakhir Kim Soo Hyun ialah Secret Greatly pada tahun 2013 yang telah memecah rekod jualan tiket pada hari pertama tayangan untuk filem terbitan Korea - rekod terkini dipegang oleh filem train to busan.

Untuk filem Real ni, masih banyak yang tak didedahkan termasuklah jalan cerita walaupun shooting filem ni dah tamat selepas 6 bulan pengembaraan. Selain Kim Soo Hyun yang memegang watak Jang Tae-Young, pelakon lain yang terlibat adalah Han Ji-Eun sebagai Han Ye-Won, Lee Sung-Mi sebagai Choi Jin-Gi, Sung Dong-il sebagai Jo Won-Geun, Lee Kyong-Young sebagai No Yeom, Jo Woo-Jin sebagai Sa Do-Jin dan Sulli sebagai Song Yoo-Hwa. 

kim soo hyun dan pelakon
Kim Soo Hyun dan para pelakon untuk filem Real.

Dalam filem bergenre thriller noir ni, Kim Soo Hyun memegang watak Jang Tae-Young yang merupakan seorang fixer dalam dunia jenayah dan dia sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai tujuannya. Tae-Young mempunyai cita-cita tinggi untuk memiliki sebuah empayar kasino dan menakluki dunia jenayah.

Filem ini bakal ditayangkan pada tahun hadapan (baca: 2017), namun tarikh sebenar tayangan masih tidak diketahui.

Fast and Furious 8 Teaser; Behind The Scene

$
0
0

Teaser terbaru dari set pengembaraan filem Fast 8. Terbaik!

Vin Diesel dan F. Gary Gray (pengarah) memberi sedikit gambaran (baca; footage) untuk filem yang bakal ditayangkan pada bulan April 2017. Segalanya berjalan lancar dan pengembaraan untuk filem ini sudah separuh siap.

Fantastic Beast and Where to Find Them Movie Poster dan Trailer

$
0
0
Poster Fantastic Beast and Where to Find Them
Poster terbaru untuk movie Fantastic Beast

Warner Bros. Pictures baru sahaja mengeluarkan poster dan trailer terbaru untuk filem fantasi pengembaraan Fantastic Beast and Where to Find Them. Filem ini diarahkan oleh David Yates, dan filem ini dinantikan oleh ramai peminat Haryy Potter kerana ianya berdasarkan karya tulisan J.K Rowling (penulis buku, siri Harry Potter).

Boleh tengok trailer kat bawah ni;



Filem ini akan mengikuti pengembaraan Newt Scamander di Bandar New York dan bakal ditayangkan pada 18 november 2016. Antara barisan pelakon yang terlibat adalah Eddie Redmayne sebagai Newt Scamander, Ezra Miller sebagai Credence, Colin Ferrell sebagai Percival Graves, Samantha Morton sebagai Mary Lou, Katherine Waterston sebagai Porpentina Goldstein dan Dan Fogler sebagai Jacob Kowalski.

Poster dan Trailer Movie Animasi 3D Gantz : O

$
0
0
Poster Movie 3DCG Gantz:O

Poster kat atas merupakan poster pertama untuk movie animasi 3D Gantz : O yang menunjukkan watak utama, Masaru Kato. Animasi ini berdasarkan pada manga Gantz dan mengambil salah satu jalan cerita (baca : story arc) dalam manga tersebut. Diterbitkan oleh Digital Frontier di bawah arahan Yasushi Kawamura, hasil tulisan skrip oleh Tsutomu Kuroiwa (One Piece Gold). 

Manga Gantz yang mula dibukukan pada tahun 2000 ini merupakan hasil titik peluh Hiroya Oku. Masa zaman baca manga, Gantz merupakan antara manga favorite aku sebab teknologi untuk scene pertarungan sangat berlainan dengan manga lain. Nampak sangat cool!

Animasi 3D Gantz; O akan mula ditayangkan di Jepun pada 14 Oktober 2016. Jom tengok trailer untuk promosi animasi 3D ini;

Poster Filem Pekak

$
0
0
Pekak merupakan filem gandingan Zahiril Adzim dan Sharifah Amani

Grand Brilliance telah mengeluarkan satu Poster terbaru untuk filem Pekak dengan ulasan;
"Pekak", filem Malaysia yang telah menempa nama ditayangkan di Filipina dan Cannes. Kini akan tiba menemui Malaysia bermula 1 September 2016!
Barisan pelakon filem Pekak ini terdiri daripada Zahiril Adzim sebagai Uda, Sharifah Amani sebagai Dara, Amerul Affendi sebagai Azman, Iedil Putra sebagai Kamil, Sharifah Sakinah sebagai Melur dan Zaidi Omar yang memegang watak ayah kepada watak Dara. Sama-sama ke pawagam pada 1 September 2016 untuk menyaksikan filem ini.

Kalau belum tengok trailer, boleh tengok kat sini (Sila Tekan).

Sneak Peek Untuk Siri Blindspot Season 2

$
0
0
Pada episod terakhir Blindpsot season 1, kita tahu yang Weller yang diselubungi perasaan marah dan kecewa telah menahan watak Jane. Reade, Zapata dan Petterson pula telah berjaya hack password untuk USB yang dijumpai di apartment Mayfair yang mempunyai pelbagai dokumen sulit termasuklah Orion program.

Season 2! Jom tengok video sneak peek ni;



Beberapa info untuk Blindspot season 2;
 
1) Akan ada beberapa tambahan pelakon untuk menggantikan watak yang telah dimatikan pada season 1, antaranya adalah Luke Mitchell, Michelle Hurd dan Archie Panjabi. 
2) Jane ditahan di bawah kuasa CIA dan selepas 3 bulan berjaya melarikan diri. Tak tahu la kali ni Jane betul-betul akan beritahu 100% kisah sebenar atau masih ada agenda tersendiri. 
3) Tarikh tayangan episod pertama season 2 adalah pada 14 September 2016. Mengikut info kita akan mengetahui lebih lanjut mengenai watak Jane - nama sebenar, latar belakang dan lain-lain. 
4) At some point, mereka akan tunjukkan watak ketua konspirasi di sebalik apa yang terjadi pada Jane, Sheppard. 
5) Watak penjahat genius Rich Dotcom (lakonan Ennie Esmer) juga akan kembali untuk season 2 ini. Kita semua tahu yang watak Rich ni berjaya memperguna Jane dan Weller untuk melepaskan diri dari penjara.

blindspot season 2
Para pelakon utama Blindspot di Comic Con.


Poster dan Trailer Wonder Woman Movie 2017

$
0
0

Filem ini akan diarahkan oleh Patty Jenkins, Barisan pelakon adalah Gal Gadot sebagai Puteri Diana aka Wonder Women, Chris Pine sebagai Steve Trevor, Robin Wright sebagai General Antiope, Connie Nielsen sebagai Queen Hippolyta dan Lucy Davis sebagai Etta Candy.

 Dari trailer, kita boleh saksikan kebolehan dan kehebatan Wonder Women. Memang terbaik! 

Permulaan trailer menunjukkan yang Puteri Diana menemui sorang lelaki bernama Steve Trevor, seorang juruterbang untuk US Air Force yang pengsan di tepi pantai sebuah pulau - kemungkinan besar kapal yang dipandu terhempas. Kemudian, kita di bawa ke satu dunia berbeza di mana mereka semua adalah wanita - tak silap kat amazon. Di sini, Puteri Diana perlu mendapatkan kebenaran untuk mengikut Trevor ke dunia luar.

Selepas itu, kita di bawa ke dunia luar di mana Peperangan sedang berlaku iaitu Perang Dunia Pertama (WWI). Di sini bermula lah epik kehebatan Wonder Woman, bermula dengan aksi menahan terjahan peluru menggunakan pelindung (baca: shield), melempar seorang lelaki yang bersaiz besar dengan selamba, belasah pihak musuh menggunakan lasso emas (lasso of truth!) dan bahagian terbaik dalam trailer di mana Wonder Women berlawan di dalam bilik yang dipenuhi musuh . Itu sangat epik!

Poster untuk filem Wonder Woman dengan tagline Power Grace Wisdom Wonder;

gal gadot
Wonder Woman movie poster

Tarikh Tayangan Boboiboy Galaxy

$
0
0
Boboiboy Galaxy yang sebelum ini dikatakan akan bermula tayangan pada bulan sembilan (baca: September) nampaknya tidak benar. Boboiboy facebook pages telah mengeluarkan kenyataan baru bahawa siri Boboiboy Galaxy akan mula ditayangkan pada November/Disember/Januari ini. 

Tidak pasti sama ada ianya bermula pada bulan mana atau tayangan Boboiboy Galaxy adalah selama 3 bulan bermula di bulan November. Yang pasti Boboiboy Galaxy mempunyai 100+ episode, jadi mungkin memakan masa yang lama untuk tayangan. Baca 7 Fakta menarik mengenai Boboiboy Galaxy di sini.

Silhouette lengkap model 3D Boboiboy galaxy
Silhouette lengkap model 3D Boboiboy.

Doctor Strange Movie Trailer

$
0
0

Terbaik juga trailer ni. Dah macam movie Inception aku tengok, mungkin dapat idea dari filem Cristopher Nolan tu kot. Watak Superhero Doctor Strange dilakonkan oleh Benedict Cumberbatch (siri Sherlock Holmes) dan mestilah berdasarkan komik Marvel. 

Mengisahkan seorang Doktor Pakar, Dr Stephen Vincent Strange yang genius tetapi sangat sombong dan pentingkan diri. Tangannya adalah aset terpenting dalam hiduo dan segalanya berubah apabila dia terlibat dalam kemalangan menyebabkan tangannya tidak dapat berfungsi seperti biasa. Doctor Strange mencari penyelesaian dan mendengar khabar angin mengenai 'The Ancient One', yang mampu mengubati apa sahaja jenis penyakit. 

Dr Strange memulakan perjalanan dan apabila sampai ke destinasi, dia tidak dapat menerima cara penyembuhan tersebut dan membuat keputusan untuk pulang semula. Namun, disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu, dia terpaksa membatalkan hajat. 'The Ancient One' memutuskan untuk menunjukkan Doctor Strange mengenai dunia magik. Daripada sini, bermula kisah Doctor Strange sebagai soerang pakar Magik. 

Doctor Strange bakal ditayangkan pada 4 November 2016.

Bull Season 1 Trailer Lakonan Michael Weatherly

$
0
0
Michael Weatherly merupakan pemegang watak Agen Dinozzo untuk siri NCIS selama 13 musim. Watak favorite aku kat siri tu, so sekarang aku pun turut sama bakal beralih arah ke siri baru yang bakal diterajui oleh Michael Weatherly sebagai pakar psikologi, Dr Jason Bull. NCIS pun dah agak bosan dengan kes yang lebih kurang sama.

Tengok trailer kat bawah untuk tahu lebih lanjut pasal siri Bull ni;


Nampak macam sama je style Dr. Bull dengan agen Dinozzo dalam NCIS. haha.  Selain Michael Weatherly, siri Bull turut dibantu oleh Freddy Rodriguez sebagai Benny Colon, Geneva Carr sebagai Marrisa Morgan, Chris Jackson sebagai Chunk Palmer, Jaime Lee Kirchner sebagai Danny James dan Annabelle Attanasio sebagai Cable McCrory.

Dari trailer, macam dah boleh agak jalan cerita untuk episod pertama. Tapi aku lebih nak tahu macam mana kesinambungan untuk siri ini sebab aku tak dapat idea langsung macam mana mereka nak buat sambungan untuk episod-episod seterusnya. Kena tunggu dan tonton je nanti!

Siri Bull yang dicipta oleh Phil McGraw dan Paul Attanasio ini bakal ditayangkan pada 20 September 2016 di CBS Channel.

michael weatherly
Michael Weatherly sebagai Dr Jason Bull


Ghostbuster dan Skiptrace Review

$
0
0


Pelakon utama Ghostbuster; Leslie Jones, Mellisa McCarthy,Kristen Wiig dan Kate McKinnon,

Ghostbuster 2016 adalah satu pertaruhan dan its totally fail. Satu perkara yang bagus mengenai filem ini adalah dari segi CGI, gambaran hantu memang menjadi tetapi penggunaan CGI sangat terlampau terutama di bahagian-bahagian terakhir filem. Satu filem yang sepatutnya membuatkan korang ketawa, tetapi korang akan more to “ergggggh”. Tak tahu istilah apa nak pakai kat situ!

Dari segi jalan cerita, ianya sangat straight forward dan tiada twist yang akan blow your mind. Karektor hantu dan penjahat pun biasa aje, takde apa yang mengerikan atau menakutkan. Melissa McCarthy is the reason I watch this film, tapi dia pun kurang menjadi – tak macam dalam filem Spy atau Bridesmaid. Mungkin sebab watak gila-gila di bawa oleh karetor lain, jadi dia punya peranan a bit more mature.

Pelakon utama Skiptrace; Jackie Chan dan Johnny Knoxville


Skiptrace 2016 merupakan filem lakonan Jackie Chan dan seorang actor Hollywood, Johnny Knoxville. Memang menjadi dan kelakar habis. Gelak berdekah-dekah aku, tambah pulak satu panggung tu turut gelak sekali, memang meriah!

Tapi memang takde kelainan dengan kebanyakkan cerita Jackie Chan sebelum ni, contoh macam cerita Rush Hour – dua orang lelaki dengan karektor yang berbeza. Namun ini kekuatan yang ada pada filem Jackie Chan, you still wants more walau ceritanya adalah lebih kurang sama. Mungkin sebab gaya aksi yang memang tak mungkin dapat orang lain nak tiru. He is the only one that can do it!

Scene paling epik bila mana Jackie Chan manyanyi lagu Adele ‘Rolling in the Deep’ dengan warga Mongolia. Tak expect langsung dan memang terbaik!
Viewing all 584 articles
Browse latest View live