Quantcast
Channel: J&B BLOGSPOT
Viewing all 584 articles
Browse latest View live

10 Gambar Cosplay Doraemon

$
0
0
Salam. Doraemon merupakan satu cerita kartun yang tak lekang dari zaman kanak-kanak hinggalah korang beranak bercucu bercicit - memang terbaik. Jom tengok apa jadi bila Doraemon ber'cosplay' sebagai karektor famos lain.

source : otakurei facebook page

captain america


 robocop
iron man
attack on titan
daredevil
sherlock holmes
thor
tony chopper one piece
x man wolverine
superman
saint saiya


Lori Udang Terbalik di Lebuh Raya Karak

$
0
0
Salam.

Rezeki makan udang free la sapa-sapa yang lalu kat sana. Dah la harga udang sekilo sangat-sangat mahal sekarang. Lori udang terbalik di Lebuh Raya Karak, persimpangan BukitTinggi Resort. Difahamkan pemilik lori beri keizinan dan halalkan.

Lori Udang Terbalik

Lori Udang Terbalik
Lori Udang Terbalik

Tips Masuk Universiti

$
0
0
salam. ini memang kelakar!

Tips-tips yang diberi oleh abang-abang, akak-akak yang dah lepas zaman universiti. Memang best tips yang dibagi dan memang boleh diguna pakai oleh bakal-bakal pelajar yang freshie lagi.

#tipsmasukU

Tips Masuk Universiti



Tips Masuk Universiti

Tips Masuk Universiti
Tips Masuk Universiti
Tips Masuk Universiti
Tips Masuk Universiti

One Piece Karakter Sebagai Avangers

Night Market Batu Feringgi Pulau Pinang

$
0
0
Salam. Ini kali kedua aku sampai Batu Feringgi sejak menetap kat Pulau Pinang ni. Sebelum ni pergi siang, yang ni aku pergi malam sebab nak tengok night market yang disebut-sebut oleh orang ramai. Rasanya night market Batu Feringgi ni memang khas untuk pelancong sebab banyak ole-ole yang boleh dibeli kat sini.

Night Market Batu Feringgi


Night Market Batu Feringgi


Jom Ke Pesta Durian Pulau Pinang 2016

$
0
0
Salam. Bagi penggemar buah durian, ini masanya nak rasa makan buah durian puas-puas. Pesta Durian Pulau Pinang tengah berlangsung sehingga 4 Jun 2016. Jom pakat-pakat serbu!

Durian
Pesta Durian Pulau Pinang 2016


Buah Durian
 Pesta Durian Pulau Pinang 2016
buah durian
 Pesta Durian Pulau Pinang 2016
buah durian
 Pesta Durian Pulau Pinang 2016
buah durian
 Pesta Durian Pulau Pinang 2016

Jom kita pakat pi serbu Pesta Durian Pulau Pinang 2016 bermula pada Hari ni sampai 4 Jun 2016 bertempat di Jalan Khidmat/Susur Jalan Mayang Pasir 3 di belakang Giant Hypermaeket Bayan Baru.

Harga buah durian yg dijual adalah lebih murah berbanding harga pasaran dan pelbagai jenis buah durian boleh didapati disini seperti Musang King, Duri Hitam (Black Thorn), Hor Loh, Capri, Udang Merah, Kulit Hijau dan lain-lain jenis lagi.

Jualan secara buffet berharga RM35 sekepala juga disediakan bermula 7ptg-9mlm, ampa makan sampai kenyang durian-durian high grade ini. Jualan biasa durian bermula dari jam 9 pagi ke 9 malam setiap hari.
Pesta Durian ini dianjurkan oleh Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Pulau Pinang (MOTAC Penang).

Jadual Waktu Berbuka dan Waktu Imsak 2016 PDF

$
0
0
Salam. Puasa dah nak dekat, dalam seminggu sahaja lagi dah sampai. Bulan puasa ni, gunakanlah waktu sebaik mungkin untuk beribadat dan ambil semua kebaikan yang ada pada bulan ini.

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan waktu imsak 2016 bagi setiap zon/kawasan negeri-negeri seluruh Malaysia yang dikeluarkan oleh JAKIM. Semoga maklumat ini dapat menjadi rujukan/panduan untuk memudahkan tuan/puan menjalani ibadah puasa.

bulan ramdhan
Selamat menyambut Bulan Ramadhan

Jadual Waktu Berbuka dan Waktu Imsak 2016 Seluruh Malaysia

1) Perlis - PDF
2) Kedah - PDF
3) Pulau Pinang - PDF
4) Perak - PDF
5) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan - PDF
6) Selangor - PDF
7) Negeri Sembilan - PDF
8) Melaka - PDF
9) Johor - PDF
10) Pahang - PDF
11) Terengganu - PDF
12) Kelantan - PDF
13) Sarawak - PDF
14) Sabah - PDF

Renew Lesen P Di JPJ Batu Uban Pulau Pinang

$
0
0
Salam. Harini berpeluang untuk renew lesen yang dah nak mati, kalau ikutkan lesen P ni boleh renew dalam masa setahun selepas tarikh luput tapi disebabkan aku ni pengguna tegar jalan raya, baiklah pergi renew cepat-cepat.

JPJ batu uban
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) cawangan Batu Uban Pulau Pinang



Sebelum ni ada pergi pejabat pos, tapi disebabkan aku nak renew dari lesen P ke lesen penuh - terpaksa pergi ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Cawangan paling dekat ada satu di kawasan Batu Uban. Memang dekat, dalam 10 minit sahaja drive dari tempat aku kerja.

Aku pergi hari isnin, nombor gilirin sampai 50 orang kena tunggu, jadi cancel plan. Pergi pulak hari selasa, nasib baik tak ramai orang, tunggu dalam sepuluh orang je. Tak sampai sejam sudah settle semua kerja dan lesen baru berjaya diperoleh.

Lesen sekarang dah pakai tarikh lahir, jadi lepas ni kalau dah birthday tu, ingat-ingat nak kena renew lesen memandu korang.

Apa Makumat Penting Yang Perlu Disediakan dan Patut Korang tahu;
1) Lesen P
2) Kad Pengenalan
3) Duit. Setahun RM30 (Maksimum 5 Tahun)
4) Waktu perkhidmatan JPJ : Klik Sini
5) Info lanjut : Klik Sini 

10 Kelebihan Bulan Ramadhan

$
0
0
Salam. Minggu depan akan bermulanya bulan Ramadhan dan seperti yang sedia maklum bulan ni banyak kelebihan yang diberikan untuk kita sama-sama beribadah kepada Allah. Jom baca apa kelebihan yang ada pada bulan Ramadhan;

ucapan bulan puasa


Kelebihan Bulan Ramadhan

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadan ke Ramadan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim no: 233)

 “Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

"Sesiapa sempat bertemu bulan Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah" (HR Ibn Hibban)

"Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar”. (al-Qadr: 1-5)

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (HR Muslim)

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (HR Bukhari)

“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai haji." (HR Bukhari)

“Sekiranya manusia benar-benar menyedari kebaikan-kebaikan yang ada di bulan Ramadhan ini, pastinya mereka akan mengharapkan supaya sepanjang tahun adalah Ramadhan”. (Riwayat Ibnu Abi Dunya)

10 Kesilapan Kerap Dilakukan Dalam Bulan Ramadhan

$
0
0
Salam. Hari ni dah masuk hari ketiga kita berpuasa. Jom baca kesilapan yang kita abaikan semasa di bulan Ramadhan, nampak sahaja kecil tetapi mengurangkan pahala kita. Jadi cuba elakkan dan amalkan mana yang bagus;

nasihat bulan ramadhan
Kesilapan Kerap Dilakukan Dalam Bulan Ramadhan

Kesilapan Kerap Dilakukan Dalam Bulan Ramadhan;

1) Makan dan Minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja ( bukan kerana uzur ).
2) Tidak Menunaikan solat ketika berpuasa.
3) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan kerana berpuasa.
4) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat
5) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka
6) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
7) Tidak mengutamkan solat subuh berjemaah sebagaimana solat terawih.
8) Lelaki hadir ke masjid dengan bau busuk, wanita pula berwangian.
9) Berbuka dengan merokok, atau selain makan dan minum.
10) Terlalu sibuk dengan persiapan raya, terutama di akhir-akhir ramadhan.
11) Memperbanyak tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
12) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat ingin meriah.

10 Manfaat Solat Tahajud

$
0
0
Salam. Solat tahajud ialah solat sunat yang dikerjakan malam hari setelah bangun tidur dengan jumlah rakaat minimum 2 rakaat dan maksimum tidak terbatas mengikut kemampuan masing-masing. Solat sunat tahajud dilakukan adalah antara solat isyak dan solat subuh, mestilah dilakukan setelah anda tertidur walaupun tidur anda hanya sebentar sahaja.

Dalam bulan puasa, memang bagus dan mudah untuk amalkan solat sunat tahajud ni. Alang-alang dah bangun untuk sahur, bolehlah buat solat tahajud sekali. Jom baca manfaat yang kita dapat dari solat tahajud;

solat sunat tahajud


solat sunat tahajud

solat sunat tahajud
solat sunat tahajud

Guardians Of The Galaxy Vol 2 Movie Poster Dengan Watak Mantis

$
0
0
guardians of the galaxy 2 movie poster

Marvel baru sahaja mengeluarkan poster (concept art) terbaru untuk filem superhero Guardians of The Galaxy Volume 2. Semua karektor dari filem pertama ada; Drax the Destroyer, Groot, Yondu, Star Lord, Rocket, Nebula dan Gamora. Eh! Macam terlepas sorang. Satu karektor baru yang akan diperkenalkan dalam next movie pun ada diselitkan sekali, Karektor alien bertanduk - Mantis yang akan dilakonkan oleh aktress Pom Klementieff.


Kalau terperasan, boleh tengok Groot dalam versi budak kecil - seperti yang diketahui Groot kembali semula ke bentuk bayi apabila dimusnahkan oleh Ronan dalam filem pertama. Dikatakan watak groot ini sangat berlainan dengan watak Groot dalam filem pertama kerana Watak Groot ini masih mentah dan belum banyak pengalaman. Mungkin Groot boleh bercakap perkataan lain selain "Groot" aje. Haha.


Lambat lagi filem ni nak keluar wayang - 5 May 2017. Itu pun kat US sana - kat Malaysia ni tak tahu la bila. Dengar kata Sylvester Stallone pun akan join jugak filem ni? Kena tunggu update dari pihak Marvel dulu baru confirm. Selalunya khabar angin aje.

Kickboxer Vengeance Movie Trailer Dengan Dave Bautista dan Jean Claude Van Damme

$
0
0

Memang tak dinafikan, nama Jean Claude Van Damme masih lagi memberi impak kepada filem aksi. Tambah pulak dengan kehadiran wrestler WWE, Dave Bautista memang memberi impression yang filem ni antara filem aksi yang mesti tengok! Trailer pun memang terbaik.


Sinopsis Filem Kickboxer Vangeances ni;

Dua adik beradik yang lahir dalam keluarga seni mempertahankan diri, Eric (Darren Shahlavi) dan Kurt (Alain Moussi). Eric bersetuju untuk berlawan dengan pemenang muay thai, Tong Po (Dave Bautista). Eric tewas dalam perlawanan tersebut dan  menerima nasib kurang baik. Kurt yang tidak berpuas hati berniat untuk menuntut dendam ke atas abangnya. Di sini bermula, perjalanan Kurt melatih dirinya bersama dengan mentor abangnya Master Durand (Jean Claude Van Damme) bagi memperhebat dirinya untuk perlawanan showdown antara dirinya dengan Tong Po. 

Oh! Filem ni merupakan filem re-make dari filem original tahun 1998 yang juga dilakonkan oleh Jean Claude Van Damme.

Sinopsis dan Trailer Filem Dukun Doktor Dani Lakonan Arwah Pak Yus

$
0
0

Filem Dukun Doktor Dani ni merupakan filem terakhir Arwah Pak Yus. Filem ini diarahkan oleh seorang pelawak terkenal tanah air iaitu Sabri Yunus. Harap filem ni menjadi dan berkualiti! Tengok trailer macam ok tapi pelakon utama adalah Taufiq Batisah yang merupakan seorang penyanyi dari Singapura, menjadi sedikit persoalan pemilihannya sebagai pelakon utama.


Sinopsis Filem Dukun Doktor Dani;

Mengisahkan tentang Doktor Dani (Taufik Batisah), seorang doktor muda yang baru sahaja mendapat kerja di sebuah hospital. Dia yang menjalani pembedahan pesakit pertamanya teruja dengan pengalaman tersebut. Tapi malangnya pembedahan tersebut gagal dan pesakit meninggal dunia. Dia memutuskan untuk berhenti kerja dan tidak mahu lagi menjadi seorang doktor. Tegasnya dia tak mahu jadi pembunuh dan meletakkan jawatan. Dani pulang ke kampung halamannya dan keputusan tersebut benar-benar mengecewakan ibunya, Mak Siti (Khatijah Tan) yang berhabis duit membiayai pembelajarannya dahulu. Ibunya begitu marah dan tidak setuju dengan tindakan Dani dan meminta Doktor Lily (Fasha Sandha) memujuk semula Dani untuk menjadi doktor semula.
Dani akhirnya ke rumah Dukun Sudin dan melihat sendiri kehidupan dukun yang tidak terurus. Mereka sepakat untuk bekerjasama selepas itu. Dia akhirnya berniaga di hadapan rumah Dukun Sudin menjual barang-barang yang diperlukan pesakit yang datang ke rumah tersebut. Menariknya, khidmat dukun tersebut semakin laris dan mendapat ramai pelanggan. Keadaan mula berubah apabila Dukun Sudin tiba-tiba meninggal dunia. Dani terpaksa mengambil alih tugas sebagai dukun. Masalah Dani semakin rumit apabila ibunya, Mak Siti pula jatuh sakit. Sebagai doktor, Dani tahu sakit yang dideritai ibunya. Dia tidak akan menggunakan cara dukun Dani membawa ibunya ke Kuala Lumpur. Selepas pemeriksaan doktor, nyatalah ibu Dani menderita sakit yang sama seperti pesakit yang meninggal dunia di tangannya dahulu. Dani berperang dengan dilema dan akhirnya dia bersetuju untuk melakukan pembedahan kepada ibunya sendiri. 
 
taufiq batisah raysha rizrose amerul afendi
Tiga Tonggak Utama : Taufiq Batisah, Raysha Rizrose dan Amerul Afendi.
 
pak yus
Salah satu babak melibatkan Arwah Pak Yus.

Justice League Part 1 Poster Dengan Watak Aquaman, The Flash dan Cyborg

$
0
0
jusctice league poster
Justice League Part 1 film
Selepas menonton filem Superman Vs Batman; Dawn of the Justice, mesti tahu yang cerita tu mesti ada sambungnya. DC Films ni lain sedikit pendekatan yang diambil berbanding Marvel apabila diorang buat filem Justice League first and baru dikeluarkan filem solo setiap watak. Contoh; Filem solo Aquaman dah pun di war-war kan untutk tayangan tahun 2018. 

Berbalik kepada filem Justice League part 1, ianya adalah sambungan kepada filem Superman Vs Batman di mana Bruce Wayne (Batman) dan Puteri Diana (Wonder Women) mengumpulkan superhero-superhero untuk melawan kuasa jahat. Superhero itu adalah Arthur Curry (Aquaman) Lakonan Jason Momoa, Barry Ellen (The Flash) lakonan Ezra Miller dan Victor Stone (Cyborg) lakonan Ray Fisher.

Dan semestinya Henry Cavill akan kembali semula sebagai Clark Kent aka Superman.

Justice League Part 1 Movie akan ditayangkan pada bulan 11 tahun hadapan (Setahun lebih lagi!). Filem ini diarahkan oleh pengerah sama untuk Superman Vs Batman iaitu Zack Synder dan berdasar tulisan skrip oleh Chris Terrio. Sekuel filem ini iaitu Justice League Part 2 akan ditayangkan pada bulan Jun 2019. 

jason momoa zack synder
Jason Momoa sebagai Aquaman bersama pengarah filem Justice League Zack Synder di set pengembaraan.


Cermin Kereta Saga FLX Retak Seribu?

$
0
0
cermin kereta retak

Bila mak pesan jangan parking kereta bawah pokok pelam tak nak dengar, kan dah kena!

Pergi ke kedai pasang cermin depan rumah aku ni, tanya harga cermin ori 2 layer - RM280, ada yang local tapi aku rasa baik ambik yang ori. Tuan kedai pun kata yang ori lagi terjamin. Insurans cover cermin pun tak ambik, so melayang la duit teman. Tambah harga gam dengan harga upah pekerja, semua sekali kena RM400. Agak murah berbanding kedai lain yang aku tanya lepas tu. Takde masa nak survey pada hari kejadian sebab esok harinya aku dah nak kena gerak ke Penang. Nak tak nak, memang kena buat.

Alhamdulillah semua dah baik dan aku pun dah sampai penang dengan selamat! Sekarang kena pergi tinted kereta pulak. Tunggu gaji masuk dulu la jawabnya. Hahaha.

Temuan Takdir Movie ; Trailer dan Sinopsis

$
0
0

Filem Temuan Takdir yang bakal ditayangkan pada 11 Ogos 2016 ini merupakan filem sulung arahan Dhyan Vimal dan dibintangi oleh Dato' Zahim Albakri, Vanidah Imran, Ery Zukhairi, Azura Zainal, Amai Kamarudin, Thanuja Ananthan, Malieq Abdullah, Kiranjit Kaur, Nara Subramaniam, Dhyan Vimal dan Dato' Jalaludin Hassan.

Yang aku kenal cuma Vanidah Imran, Dato Zahim Albakri dan Dato Jalaludin Hassan. Nampak trailer macam menarik filem ni.
 
Sinopsis Filem Temuan Takdir 2016

Berlatar belakangkan kisah penyiasatan, yang mengisahkan cerita dua orang adik-beradik; ACP Tuan Roslan dan adiknya, Inspector Shariff yang menyiasat sebuah kes rompakan yang melibatkan van sekuriti. Penyiasatan kes ini menuding jari ke arah tiga perompak utama iaitu Omar, Faisal dan Vikram, dan mengundang sesuatu yang tidak disangka ke dalam kehidupan adik-beradik polis ini. Tuan Roslan harus mengejar masa dalam menyelesaikan misteri kes ini, mencari ‘Mastermind’ yang merancang segala-galanya. Filem ini mengalas takdir yang tersurat buat pasangan adik-beradik ini dan tanggungjawab seorang anggota polis terhadap tugasnya.

Poster dan Trailer Untuk Filem Animasi Trolls

$
0
0

Nampak macam the smurf je karektor dalam filem Trolls ni, cuma warna tak semua biru. Haha!

Dari trailer kat atas macam dah boleh agak jalan cerita - Poppy dan Branch, dua trolls yang berlainan dari segala aspek terutama perwatakan mereka. Poppy ni jenis happy good lucky manakala Branch ni jenis yang introvert, suka lepak sorang-sorang. Satu hari, satu makhluk jahat datang tempat diorang dan culik rakan-rakan Poppy. Jadi bermulalah pengembaraan Poppy dan Branch untuk selamatkan kawan-kawan mereka.

Filem animasi Trolls ni akan ditayangkan pada 4 November 2016. Antara artis yang terlebat dalam alih suara ialah Justin Timerblake sebagai Branch, Anna Kendrick sebagai Poppy, Russell Brand sebagai Creek, Gwen Stefani sebagai DJ Suki, James Gordon sebagai Biggie, Ron Funches sebagai Copper dan Kunal Nayyar sebagai Guy Diamond.

Poster untuk Filem Animasi Trolls;

Branch poster
DJ SUki poster
Biggie poster
poppy poster
creek poster

7 Fakta Menarik Tentang Animasi Boboiboy Galaxy

$
0
0
boboiboy galaxy poster
Boboiboy Galaxy Official

Ok. Lepas tengok movie Boboiboy waktu raya kedua kat TV3 itu hari. I'm hooked! Sekarang tengah duk layan youtube monsta untuk musim ketiga Boboiboy. haha.

Jom baca 7 fakta menarik mengenai Boboiboy Galaxy yang akan ditayangkan bermula bulan Sembilan/September (dijangka) Tahun ni; Terjemahan dari Nizam Razak facebook page.

1) Boboiboy dan Kawan-Kawan (Gopal, Ying, Yaya, Fang dan Ochobot) akan mengembara merentasi alam galaksi, sebab tu nama pun tukar kepada Boboiboy Galaxy. Mereka akan lebih aktif dan mempunyai misi tersendiri.

2) Jalan cerita akan lebih tertumpu kepada sfera kuasa. Kat dalam movie Boboiboy, sedikit sebanyak kita dapat tahu lebih mengenai sfera kuasa melalui watak penjahat dan atuk Ochobot. Jadi, dalam Boboiboy Galaxy akan ada lebih banyak watak baik dan jahat diperkenalkan dalam proses mereka mendapatkan sfera kuasa.

3) Boboiboy Galaxy timeline akan melompat 2-3 tahun selepas tamat Boboiboy the Movie. Dari segi design akan menampakkan kematangan karektor-karektor dalam animasi ni. Walaubagaimanapun, animasi boboiboy masih target untuk kanak-kanak.  

boboiboy galaxy poster
Boboiboy Galaxy Poster

4) Rebrand, Rethink and Reconceptualized. Dengan penjanamaan semula Boboiboy kepada Boboiboy Galaxy, diharapkan ia mampu membantu dalam mendapatkan peminat peringkat antarabangsa. Ini menyebabkan sedikit pertukaran dan perubahan kepada konsep asal Boboiboy, namun semangat dan intipati Boboiboy masih sama.

5) MONSTA akan keluarkan komik Boboiboy Galaxy first, sebelum animasi diterbitkan. Komik Boboiboy Galaxy akan dikeluarkan setiap bulan. (Kalau tak silap, bulan ogos akan mula dikeluarkan edisi pertama komik Boboiboy Galaxy)

6)  MONSTA dan TOMY akan menghasilkan lebih banyak set mainan berasaskan animasi Boboiboy ni. 

7) MONSTA akan mengeluarkan 20-26 episod setiap tahun (target) dan Boboiboy Galaxy dikatakan mempunyai keseluruhan 104 episod. Produksi untuk animasi Boboiboy Galaxy akan bermula secepat mungkin dan first batch akan ditayangkan pada September hingga Disember 2016.

Konsep Seni Animasi Boboiboy Galaxy

boboiboy galaxy poster

galaxy boboiboy poster

Fast and Furious 8; Poster dan Barisan Pelakon

$
0
0
fast and furious 8 cast member
Barisan pelakon filem Fast and Furious 8

Jalan cerita masih lagi tidak diketahui, namun yang pasti watak Dominic (Vin Diesel) akan terlibat dengan egen rahsia kerajaan, Mr. Nobody (Kurt Russel). Barisan Pelakon untuk Fast and Furious 8;

Vin Diesel sebagai Dominic Toretto, Dwayne Johnson sebagai Luke Hobbs, Michelle Rodriguez sebagai Letty Ortiz, Tyrese Gibson sebagai Roman Pearce, Chris ‘Ludacris’ Bridges sebagai Tej Parker, Eva Mendes sebagai Monica Fuentes, Lucas Black sebagai Sean Boswell, Kurt Russell sebagai Frank Petty (Mr. Nobody), Jason Statham sebagai Deckard Shaw dan Charlize Theron sebagai Cipher.

Bukan ke watak Jason Statham (Deckard Shaw) dah masuk penjara dalam Fast 7? Ke mana pulak hilangnya watak Mia? Watak baru Cipher tu jahat ke baik?

Kena tunggu la sampai tarikh tayangan kalau nak tahu jawapan nya; 14 April 2017.

vin diesel poster fast furious 8
Poster filem Fast and Furious 8


charlize theron cipher
Charlize Theron sebagai Cipher.

dwayne johnson
Dwayne Johnson The Rock sebagai Hobbs



Viewing all 584 articles
Browse latest View live