Quantcast
Channel: J&B BLOGSPOT
Viewing all 584 articles
Browse latest View live

Frequency Season 1 Trailer

$
0
0

Frequency merupakan siri baru di saluran CW. CW ni kira macam saluran untuk cerita-cerita sains fiksyen macam supernatural, izombie, the flash dan banyak lagi. Aku cuma tonton Izombie je, yang lain dah bosan nak tengok. Frequency merupakan siri baharu yang bakal ditayangkan bermula dari 5 Oktober 2016.

Siri Frequency 2016 dibintangi oleh Peyton List sebagai Raimy Sullivan, Riley Smith sebagai Frank Sullivan, Mekhi Phifer sebagai Satch DeLeon, Anthony Ruivivar, Lenny Jacobson sebagai Gordo dan Devin Kelley sebagai Julie Sullivan.

Siri ini mengisahkan Detektif Raimy Sullivan yang berjaya 'menghubungi' arwah roh ayahnya, Frank Sullivan melalui sebuah radio lama. Bermula dari situ, kedua-dua mereka saling berhubung untuk menyelesaikan kes-kes lama yang belum selesai (baca: unresolved case).

Man With a Plan Trailer Lakonan Matt LeBlanc

$
0
0

Man With A Plan mengisahkan seorang kontraktor yang mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menguruskan 3 orang anaknya. Masalah timbul apabila dia mula mengetahui kepayahan seorang ibu untuk membesarkan anak mereka. 

Jalan cerita macam cerita komedi biasa je!

Selain Matt LeBlanc sebagai Adam Burns, Man With A Plan turut dibarisi Liza Synder sebagai Andi Burns, Matt Cook sebagai Lowell, Grace Kaufman sebagai Kate Burns, Hala Finley sebagai Emme Burns, Matthew McCann sebagai Teddy Burns dan Jessica Chaffin sebagai Marie.

Siri yang dicipta oleh Jackie dan Jeff Filgo ini merupakan siri baru di saluran CBS dan dijangka mula tayangan pada 24 Oktober 2016.

Matt LeBlanc dalam siri baru, Man With A Plan.
 
  

Poster dan Trailer Designated Survivor Lakonan Kiefer Sutherland

$
0
0

Trailer ni memang terbaik! 

Kiefer Sutherland yang popular dengan watak Jack Bauer dalam siri 24, akan kembali sebagai Tom Kirkman - seorang ahli kabinet di Jabatan Perumahan dan Pembangunan Bandar yang terpaksa mengambil alih jawatan Presiden USA selepas satu serangan ke atas Washington.

Selain Kiefer Sutherland sebagai Tom Kirkman, drama siri thriller ini turut dibintangi oleh Natascha McElhone sebagai Jessica Kirkman, Maggie Q sebagai Hannah Watts, Kal Penn sebagai Seth Wheeler, Italia Ricci sebagai Emily Rhodes, Adan Canto sebagai Aaron Shore dan LaMonica Garrett sebagai Mike Retter.

Tarikh tayangan untuk siri baru yang dicipta oleh David Guggenheim ini adalah pada 21 September 2016 di saluran ABC.

poster siri designated survivor
Poster siri Designated Survivor

Senarai Penuh Pencalonan Festival Filem Malaysia (FFM) ke-28

$
0
0
ffm 28
Festival Filem Malaysia ke-28

Festival Filem Malaysia (FFM) ke-28 bakal berlangsung pada 3 September 2016 bertempat di Dewan Plenari Pusat Konvesyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC). Senarai pencalonan penuh telah dikeluarkan pihak FINAS. Filem Ola Bola dan Polis Evo yang telah menjadi fenomena apabila ditayangkan di pawagam mendahului senarai pencalonan dengan Ola Bola mendapat 14 pencalonan manakala Polis Evo menerima 10 pencalonan. Kedua filem ini diikuti rapat oleh filem Munafik arahan Syamsul Yusof dan filem Jagat arahan Shanjhey Kumar Perumal yang menerima sembilan (9) pencalonan.

Jom tengok senarai penuh pencalonan untuk Festival Filem Malaysia ke 28;

Filem Terbaik (bahasa Malaysia) 
1) Polis Evo
2) Nota
3) Munafik
4) Jejak Warriors
5) Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit

Filem Terbaik (bukan bahasa Malaysia)
1) Ola Bola
2) Jagat
3) The Kid From The Big Apple
4) Huat The Fish
5) Maravan

Pengarah filem terbaik (bukan bahasa Malaysia)
1) Chiu Keng Guan (Ola Bola)
2) Shanjhey Kumar Perumal (Jagat)
3) Jess Teong (The Kid From The Big Apple)
4) Yee Kwan Wah/ Silver (Huat The Fish)
5) Puvanendran A/L Selvaraja (Maravan)

Pengarah Terbaik (bahasa Malaysia)
1) Ghaz Abu Bakar (Polis Evo)
2) Shamyl Othman (Rembat)
3) Saw Teong Hin (Jejak Warriors)
4) Syamsul Yusof (Munafik)
5) Wan Hasliza Wan Zainuddin (Love Supermoon)

Pelakon Lelaki Terbaik
1) Aniu (Rembat)
2) Pekin Ibrahim (Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit)
3) Aaron Aziz (Suamiku Encil Perfect 10!)
4) Zizan Razak (Polis Evo)
5) Shaheizy Sam (Polis Evo)

Pelakon Wanita Terbaik
1) Maya Karin (Jwanita)
2) Lisa Surihani (Suamiku Encik Perfect 10!)
3) Nabila Huda (Munafik)
4) Nadiya Nisaa (Love Supermoon)
5) Maya Karin (Nota)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik 
1) Aminah Rhapor (Chowrasta) 
2) Anne Ngasri (Love Supermoon) 
3) Adeline Tsen (Gamatisme)
4) Fauziah Dato' Ahmad Daud (Langit Cinta) 
5) Christina Suzanne (Jwanita)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
1) Azad Jazmin (Girlfriend Kontrak)
2) Sri Balasubramaniam (Ola Bola) 
3) Hushairi Husain (Polis Evo) 
4)Hasnul Rahmat (Juvana 2) 
5) Ramli Hassan (Nota)

Cerita Asal Terbaik
1) Ola Bola (Chiu Keng Guan/Chan Yoke Yeng/Tan Pik Yee) 
2) Jagat (Shanjhey Kumar Perumal)
3) Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit (Pekin Ibrahim)
4) Rembat (Lina Tan/Amri Rohayat/Tan Boon Huat)
5) The Kid From The Big Apple (Jess Teong)

Lakon Layor Terbaik (bukan bahasa Malaysia)
1) Puvanendran Selevaraja (Maravan)
2) Lim Teik Yin/Jack Lim/ Wong Jee Meng/Nick Wing (Huat The Fish)
3) Chan Yoke Yeng/Tan Pik Yee (Ola Bola)
4) Shanjhey Kumar Peruval (Jagat)
5) Jess Teong (The Kid From The Big Apple)

Lakon Layar Terbaik (bahasa Malaysia)
1) Feroz Kader (Suamiku Encik Perfect 10!)
2) Joel Soh/Kyle Gooting/Anwari Ashraf Hashim/Adib Zaini (Polis Evo)
3) Wan Hasliza Wan Zainudin (Love Supermoon)
4) Bea Tanaka (Nota)
5) Pekin Ibrahim (Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit)

Rekaan Kostum Terbaik
1) Elaine Ng/Weng Shum (Ola Bola)
2) Hasnan Yaacob (Bravo 5)
3) Jess Teong (The Kid From The Big Apple)
4) Hasnan Yaacob (Cicakman 3)
5) Nasirah Ramlan (Polis Evo)

Sinematografi Terbaik Filem
1- Raja Mukhriz (Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit)
2- Haris Hue Abdullah (Polis Evo)
3- Senthil Kumaran Muniandy (Jagat)
4- Md Nor Kassim (Bravo 5)
5- Rahim Maidin (Munafik)

Edit Terbaik Filem
1- Gywneth Lee (Ola Bola)
2- Nazim Shah (Polis Evo)
3- Syamsul Yusof (Munafik)
4- Kumaran Arumugam (Jagat)
5- Loo Chean Hoong (The Kid From The Big Apple)

Reka Seni Terbaik Filem
1- Soon Yong Chow (Ola Bola)
2- Esvaran Krishnan (Jagat)
3- Ray Tan Yew Swee (The Kid From The Big Apple)
4- Wong Jee Meng/Nick Wong (Huat The Fish)
5- Mohd Kahirul Md Dan (Bravo 5)

Rekaan Muzik Terbaik
1- Munafik
2- Villa Nabila
3- Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit
4- Rembat
5- Polis Evo

Muzik Latar Original Terbaik
1- Nurzaidi Abd Rahman (Pilot Café)
2- Azmeer (Chowrasta)
3- San Weng Onn/San Wai Lik (Ola Bola)
4- Syamsul Yusof (Munafik)
5- Nur Zaidi Abd Rahman (Jwanita)

Lagu Tema Original Terbaik
1- Nur Zaidi Abd Rahman (Langit Cinta)
2- Nur Zaidi Abd Rahman (Pilot Café)
3- Syamsul Yusof (Munafik)
4- Zee Avi & Rendra Zawawi (Ola Bola)
5- Edry Abdul Hamil (Cicakman 3)

Pengarah Baru Terbaik
1- Daven Raghavan (CCTV)
2- Shanjhey Kumar Perumal (Jagat)
3- Pekin Ibrahim (Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit)
4- Jess Teong (The Kid From The Big Apple)
5- Feroz Kader (Suamiku Encik Perfect 10!)

Pelakon Baru Lelaki Terbaik
1- Saran Kumar (Ola Bola)
2- Chem Amar (Chowrasta)
3- Mas Khan (Biasan)
4- Keith Foo (Girlfriend Kontrak)
5- Adam Shahz (Juvana 2)

Pelakon Baru Wanita Terbaik
1- Marianne Tan (Ola Bola)
2- Falisha Crossley (Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit)
3- Nur Risteena (Girlfriend Kontrak)
4- Zara Zya (Rembat)
5- Raja Ilya (Suamiku Encik Perfect 10!)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
1- Shivatharan Nambiar (Ola Bola)
2- Ryqal Iskandar (Cicakman 3)
3- Harvind Raj (Jagat)
4- Aliff Firdaus (Jejak Warriors)
5- Tan Qin Lin (The Kid From The Big Apple)

Dokumentari Terbaik
1- Menanti Sinar Kemananan
2- Mindanao Penantian Merdeka
3- Boat People
4- Dato' Meor Abdul Rahman- Lagenda Mahaguru Seni Silat Melayu
5- Awang Pahlawan Iban


Filem Animasi Terbaik
1- Boboiboy The Movie
2- Oh! La La

Cerita pendek terbaik
1- Selfie
2- RM10
3- Terbit 23
4- UV
5- Suraya

Filem pendek animasi terbaik
1- Tales Of Wisdom
2- Ummi...Ceritalah Kepada Kami
3- Ejen Ali
4- Rimba Kids – Nursery Rhymes
 

Kesan Khas Terbaik
1- Amru Najmi Osman (Kapsul)
2- Bak Chee Hong (Ola Bola)
3- Yusry Abdul Hamil (Cicakman 3)
4- Viper Studios Sdn Bhd (Munafik)
5- Bliminal Studio Sdn Bhd (The Noise)

Trailer dan Poster Filem Mawar Putih

$
0
0
mawar putih movie poster
Poster Filem Mawar Putih

Filem Mawar Putih ini diterbit dan diarahkan oleh Dato' Rosnani Jamil, dikatakan ini merupakan filem terakhir beliau setelah bersedia untuk mengundurkan diri dari industri seni. Filem Mawar Putih mengisahkan tentang seorang gadis daripada keluarga berada dan bangsawan yang jatuh hati dengan seorang warga Indonesia yang datang merantau ke Malaysia mencari rezeki. Perhubungan mereka dihalang oleh keluarga pihak gadis.

Saksikan filem Mawar Putih di pawagam bermula pada 18 Ogos 2016. Layan trailer dulu;

Filem genre drama romantik ini dibarisi pelakon-pelakon hebat dari Malaysia dan Indonesia, antara artis yang terlibat adalah Reen Rahim, Arja Lee, Datuk Tamimi Siregar, Syanie, Triestan Aprilian, Adli Eddynor dan Herdawatie. 

Lagu tema (baca: OST) untuk filem Mawar Putih ini dinyanyikan oleh penyanyi baru, Tiesha menerusi lagu Kamar Rindu dan lagu Kau Yang Ku Panggil Cinta.

Trailer dan Poster utama Siri Luke Cage

$
0
0
Kalau sebelum ini, aku ada tuliskan mengenai teaser poster dan teaser trailer dari Luke Cage, dengan tarikh tayangan yang tinggal sebulan setengah, pihak Netflix telah mengeluarkan trailer utama dan poster rasmi untuk drama siri superhero terbaru Luke Cage.




Dari awal trailer, kita dapat lihat yang Luke Cage merupakan mangsa sebuah eksperimen yang gagal. Dia diletakkan di dalam sebuah tangki ibarat seekor ikan dan setelah berjaya meloloskan diri, Luke Cage hanya mahu hidupnya aman dan hidup seperti manusia normal. Ala, macam filem superhero lain la, mesti nak jalani hidup manusia normal, tapi last-last terpaksa jugak guna kuasa yang ada pada mereka. 

Setiap superhero, mesti ada penjahat utama yang akan jadi lawan mereka. Dalam trailer ni, ada satu scene dari Cottonmouth aka Cornell Stoke yang dilakonkan Mahershala Ali yang memberi impak besar iaitu ketika dia berdiri di hadapan sebuah lukisan dengan lukisan takhta betul-betul kelihatan seperti berada di atas kepalanya and he said "Everybody wants to be a king". Awesome!

luke cage poster rasmi
Poster rasmi drama siri superhero Luke Cage

Selain watak Luke Cage yang dilakonkan oleh Mike Colter, pelakon lain yang terlibat dalam siri Luke Cage season 1 ini ialah Mahershala Ali sebagai Cornell Stokes, Erik Laray Harvey sebagai Diamond Back, Simone Missick sebagai Misty Knight, Theo Rossi sebagai Alvarez dan Frank Valley sebagai Detektif Scarfe.

Drama siri Luke Cage bakal ditayangkan secara serentak (baca: 13 episod) di Netflix pada 30 September 2016.

Karektor Poster untuk Drama Korea Love In The Moonlight

$
0
0
Dengan tarikh tayangan yang semakin menghampiri iaitu 22 Ogos 2016, drama romantik terbaru KBS2 lakonan Park Bo Gum dan Kim Yoo-jung Love In the Moonlight (tajuk lain : Moonlight Drawn By Clouds) telah mengeluarkan karektor poster untuk watak utama dan watak sampingan drama. Nak tengok teaser with English Subtitle, boleh tengok post sebelum ni;

park bo gum poster
Watak utama drama Love In The Moonlight, Park Bo Gum.



park bo gum poster
Poster Karektor utama Love In The Moonlight

Watak utama drama Love In The Moonlight dilakonkan oleh Park Bo Gum ialah seorang putera raja dan pewaris takhta bernama Lee Young.

Kim yoo Jung poster
Poster watak Hong Ra-on yang dilakonkan Kim yoo-jung
Kim Yoo jung
Poster karektor utama Love in the Moonlight

Watak heroin dalam drama Love In The Moonlight dilakonkan oleh Kim Yoo-jung. Watak Hong Ra-on disalahertikan sebagai seorang lelaki dalam drama ni, berlaku salah faham yang membawa dirinya menjadi penasihat dalam bidang romantik kepada watak utama, Lee Young.

Jinyoung poster
Watak Kim Yoon Sung

Watak Kim Yoon Sung dilakonkan oleh Jinyoung yang juga merupakan salah seorang penasihat kepada Raja. 


chae soo bin poster
Watak Jo Ha Yeon

Watak Jo Ha Yeon dilakonkan oleh Chae Soo Bin merupakan seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan peribadi, dia dikaitkan dengan hero utama, Lee Young melalui perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga masing-masing.

Kwak dong yeon poster
Watak Kim Byung Yeon

Watak Kim Byung Yeon dilakonkan oleh Kwak Dong Yeon merupakan salah seorang pengawal kepada putera raja Lee Young. Dia juga merupakan kawan rapat Lee Young dan salah seorang pemain pedang terhebat di Joseon.


Review The Shallow dan 38 Task Force

$
0
0
Gabungan review antara filem terbaru Blake Lively, The Shallow dan satu drama korea yang baru sahaja menamatkan siri 16 episod iaitu 38 Task Force. Kedua-dua ni di'syor'kan untuk korang tengok sebab memang terbaik. Filem The Shallow boleh dikatakan filem tema survivor yang terbaik untuk tahun ni dan 38 Task Force merupakan drama korea terbaik untuk tahun ni. Bagi aku la! Kalau tak percaya, boleh tonton dan nilai sendiri. 

review the shallow movie
Salah satu scene surfing dalam The Shallow.

The Shallow Review.

Sinematografi filem ini sangat cantik. Aku baca di imdb yang tempat shooting movie ini dilakukan di Australia (baca: Neds Beach on Lorde Howe Island) di mana pantai itu ombak sangat kurang dan memang tiada orang surfing pun. Kalau dalam movie ni, ikut dialog pantai tersebut terletak di Mexico, tapi nama pantai dirahsiakan sehingga penamat filem. 

Jalan cerita yang sangat simple. Seorang surfer wanita bernama Nancy Adam yang terperangkap di atas sebuah batu besar dan menjadi buruan seekor ikan jerung.

Lakonan Blake Lively sebagai Nancy Adam memang menjadi, dapat dirasakan tension yang wujud semasa dia dalam bahaya, dan semangat yang tidak pudar untuk survive. Selalu cari jalan untuk selamatkan diri dan dengan pengalaman sebagai jururawat digunakan sepenuhnya oleh pengarah/penulis filem ini untuk menjadikan ianya lebih realistik terutama bab luka akibat dibaham jerung tu. Meremang bulu roma aku tengok!

blake lively surfing vs jaws
Blake Lively (Nancy Adam) bertarung dengan seekor jerung.


38 Task Force Korean Drama Review.

First time tahu pasal drama ni memang secara tak sengaja, baru je ditayangkan episod 1 dan 2 masa tu.  Aku pun cuba la tengok sebab sinopsis drama ni macam drama White Collar US. Selalu drama korea aku cuma tengok separuh jalan, episod 5 atau 6 aku dah mula bosan. Drama melayu pun sama.

38 Task Force boleh dikatakan drama korea yang terbaik pernah aku tonton. Dari episod satu hingga episod terakhir memang aku tunggu saban minggu. Keluar je subtitle English terus ditonton tanpa rasa bersalah. Ehehehe! 


Seo In-Guk sebagai Yang Jung Do.

Jalan cerita sangat padat dengan twist yang tak dijangka. Kadang-kadang rasa tertipu pulak dengan penipuan yang dirancang oleh hero/heroin drama ni. Bermula dengan kisah seorang pengutip cukai yang bekerja di Jabatan Cukai, ditunjukkan kepayahan seorang yang benar-benar inginkan menjalankan tugasnya. Dari situ, kita dah mula relate dengan karektor utama Baek Sung il lakonan Ma Dong Seok (Train to Busan). Pelbagai halangan terutama dari orang atasan yang korup menyebabkan Sung il mencari alternatif lain untuk mendapatkan kembali duit cukai dari mereka yang enggan membayar.

Kemudian wujud pulak watak Yang Jung Do yang dilakonkan oleh Seo In Guk. Raja segala penipu! tetapi matlamat Jung Do lebih besar dari menipu saja-saja. Semua yang dilakukan mempunyai matlamat yang berbeza, ada je kisah atau muslihat disebalik apa yang Jung Do ni buat. By the way, ini first time tengok lakonan Seo In Guk. Memang terbaik!

Apabila watak Sung Il dan watak Jung Do ni bergabung untuk mengutip cukai dari mereka yang enggan membayar dan menggunakan kuasa dan wang untuk membeli pihak atasan, pelbagai aksi dan tipu daya yang dapat kita saksikan, bukan mudah nak menipu orang untuk membayar wang cukai bernilai jutaan ringgit.

best korean drama 2016
Ma Dong Seok sebagai Baek Sung-iL

Aku malas nak tulis review banyak-banyak sebab takut terkantoikan pulak jalan cerita. Jalan cerita dan lakonan mantap merupakan dua tunjang utama kejayaan drama ni. Rating episod akhir drama 38 task force merupakan rating tertinggi (6.7%) yang pernah dicatat untuk drama di siaran berbayar OCN. Ramai yang mengatakan drama ni bakal mendapat sambungan untuk musim kedua. Harap-harap la. 

Lepas ni, nak layan drama korea Bad Guy la pulak – sebab penulis untuk drama 38 TASK FORCE merupakan penulis yang sama untuk drama Bad Guy. Ma Dong Seok pun ada berlakon dalam drama tu.

best korean drama 2016
38 Task Force drama.

Fast and Furious 8 : Dwayne Johnson sebagai Luke Hobbs

$
0
0
Kita tahu yang watak Luke Hobbs dah sebati dengan franchise filem Fast and Furious. Sejak dari Five 5, perkembangan watak dan aksi yang dilakukan oleh "The Rock" Dwayne Johnson tak pernah meghampakan. Untuk filem ke-8 Fast and Furious, kita boleh bakal menyaksikan more darker side untuk karektor Hobbs.

EXCLUSIVE FIRST LOOK: #HOBBS #F8 When you strip a man of all he has. All that's important to him. You force him to return to his roots.. and sometimes that's a very dangerous and twisted place. If I was going to return for another FAST & FURIOUS I wanted to come in and disrupt the franchise in a cool way that got fans fired up and their blood pumping to see a new version of Hobbs and his "Daddy's gotta go to work" mentality and set the table in a cool way for where the character goes in the future. Maybe it's a spinoff movie. Maybe it's more #FF movies. Or hell maybe Hobbs just gets on his motorcycle and rides off into the sunset never to be seen again. Either way, I've had a solid first week of shooting, good to be back with the ohana, good to work again w/ my bud and director F. Gary Gray and our home studio of UNIVERSAL, as always have been the best partners to me and my #SevenBucksProds team. Most importantly... you guys around the world will really dig this new version of the role, 'cause as we always say, disrupters dent the universe. #Hobbs #TwistedRoots #1Disrupter #1Savage #F8
A photo posted by therock (@therock) on



Selain Dwayne Johnson sebagai Luke Hobbs, Fast and Furious 8 juga dibintangi oleh Vin Diesel sebagai Dominic Toretto, Michelle Rodriguez sebagai Letty Ortiz, Tyrese Gibson sebagai Roman Pearce, Chris ‘Ludacris’ Bridges sebagai Tej Parker, Eva Mendes sebagai Monica Fuentes, Lucas Black sebagai Sean Boswell, Kurt Russell sebagai Frank Petty (Mr. Nobody), Jason Statham sebagai Deckard Shaw dan Charlize Theron sebagai Cipher. Terbaru update adalah pelakon Helen Mirren, namun wataknya masih belum diketahui. 

2 keping gambar Dwayne Johnson The Rock sebagai Luke Hobbs juga sudah dipamerkan;


gambar dwayne johnson
Dwayne Johnson sebagai Luke Hobbs dalam movie terbaru Fast and Furious 8

gambar the rock dwayne johnson fast 8
The Rock di dalam filem terbaru Fast and Furious 8

Kalau sebelum ini ada post video belakang tabir Fast and Furious 8 movie, kali ini mereka ada release video tarian Haka yang diketuai oleh watak Luke Hobbs untuk perlawanan bola sepak yang melibatkan anak perempuan Hobbs.


Poster dan Sinopsis Filem Interchange

$
0
0
poster filem interchange
Poster Festival Filem Antarabangsa untuk movie Interchange

Filem Interchange adalah filem terbaru yang dibawakan oleh pengarah yang berkaliber iaitu Dain Iskandar Said menggabungkan pelakon-pelakon hebat dari Malaysia dan Indonesia. Kat poster dah tahu yang Iedil Putra (Pekak) akan terlibat sekali dalam menjayakan filem ini. Poster ini adalah official untuk festival filem antarabangsa bagi movie Interchange, tagline dia terbaik! 'You Are Not Prepared For This Journey'.

Sinopsis Filem Interchange;

Emotionally distraught and experiencing strange hallucinations after witnessing the aftermath of a bizarre murder, forensics photographer Adam (Iedil Putra) retreats from the world, until detective Man (Shaheizy Sam) arrives at his doorstep. Another murder has occurred, one with undeniable similarities to the one that pushed Adam over the edge. Adam’s help is required to unravel the mystery – one revolving around corpses drained of blood, impossible feathers and antique photographs that appear to capture Adam’s beautiful new neighbour Iva (Prisa Nasution) decades before she could have been alive. As Adam is drawn further into Iva’s tribal world and Man delves deeper into his investigation, they discover the city’s mystical underbelly of shamans and supernatural beings as century-old superstitions come to life.

shaheizy sam sebagai detektif man
Shaheizy Sam sebagai Detektif Man.

Antara pelakon yang membintangi filem ini adalah Shaheizy Sam, Nicholas Saputra, Prisia Nasution, Nadiya Nisaa, Alvin Wong, Chew Kin Wah dan Iedil Putra. Filem ini dikeluarkan melalui kerjasama antara syarikat perfileman Indie Malaysia iaitu Apparat dengan Syarikat Perfileman Indonesia Cinesurya bersama-sama dengan Sonneratia, Seeing Eye Films dan MDEC.

Filem ini bakal ditayangkan di Malaysia, Indonesia dan Singapura. Di Malaysia, tarikh tayangan sudah dipastikan iaitu pada 1 Disember 2016, namun untuk Indonesia dan Singapura belum mempunyai tarikh tayangan.

Poster Drama Mariam Alisa Di Slot Lestary TV3

$
0
0
poster mariam elisa
Poster Drama Mariam Alisa

Bermula daripada 25 Ogos 2016, satu drama 13 episod berjudul Mariam Elisa akan mula ditayangkan di Slot Lestary TV3. Drama ini adalah terbitan Radius One Sdn Bhd dan diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin. Antara pelakon yang terlibat adalah Elvina sebagai Mariam Alisa, Ben Amir sebagai Farhan, Amirul Faqeem sebagai Ustaz Haikal dan Haris Mohd sebagai Fareeq.


Elvina Ben Amir
Watak Utama Drama Mariam Alisa - Ben Amir dan Elvina

Poster dan Trailer Juvana Perhitungan Terakhir

$
0
0
Poster Filem Juvana Perhitungan Terakhir

Masih mengekalkan watak-watak dari siri/filem sebelum ini, filem Juvana Perhitungan Terakhir bakal ditayangkan pada 29 September 2016. Di bawah arahan Faizal Ishak, filem ini diterbitkan secara kerjasama antara Filmscape, Juita Viden dan Star Media Group.

Disebabkan filem Juvana 2 adalah satu filem yang fail (tak paham jalan cerita), so tak tahu sama ada filem ketiga ni mampu menarik orang ke pawagam atau tidak. Tapi trailer filem Juvana 3 ini sangat terbaik! Botak vs Daim!


Barisan pelakon yang terlibat dalam filem Juvana 3 adalah; Zahiril Adzim, Johan As'ari, Adam Shahz, Hasnul Rahmat, Pekin Ibrahim, Zaidi Omar, Shera Aiyob, Nad Zainal, Riki Rikando, Khairul Muhamad, Muhammad Syafiq Ikmal, Helmi Hakim, Rosli Sako.

Sinopsis Filem Juvana 3 : Perhitungan Terkahir

Siri ketiga filem Juvana merupakan kesinambungan dari sekuel terdahulu, Botak, Daim dan Ayam menyedari perjanjian mereka bertiga dengan Raja demi membebaskan Sara, ayah Botak dan adik-beradik Apek telah memakan diri.

Terperangkap dalam permainan Raja, persahabatan mereka turut sekali lagi teruji apabila Raja dengan bijak memanipulasi dan melaga-lagakan mereka hingga masing-masing mencurigai antara satu sama lain. Dalam situasi yang semakin menghimpit, harapan Botak, Daim dan Ayam terletak pada rakan-rakan mereka yang lain untuk menyelamatkan mereka sebelum terlewat. 

Still Dari Movie Passengers Lakonan Chris Pratt dan Jennifer Lawrence

$
0
0
Jennifer Lawrence dan Chris Pratt dalam movie Passangers

Wow! Katniss Everdeen dan Star Lord dalam satu movie. I am sold!

Dua keping gambar promosi (baca : still) untuk movie Passangers telah dimuatnaik ke dalam talian. Watak utama untuk filem ini dilakonkan oleh dua nama besar dalam industri Hollywood sekarang iaitu Jennifer Lawrence (Hunger Games, America Hustle, Silver Lining Playbook) dan Chris Pratt (Jurrasic World, Guardian of the Galaxy, Park and Recreation).

Filem Passengers diarahkan oleh Morten Tyldum hasil tulisan Jon Spaith. Filem bergenre pengembaraan sains fiksyen ini mengisahkan seramai 5259 orang penumpang kapal angkasa Starship Avaion yang berhibernasi selama 120 tahun untuk dihantar ke sebuah planet jajahan Bumi. Namun, satu kerosakan pada kapal angkasa tersebut menyebabkan Jim Preston (lakonan Chris Pratt) dan Aurora Dunn (lakonan Jennifer Lawrence) terbangun dari hibernasi 90 tahun lebih awal dari jangkaan.

Dua watak utama dalam movie Passangers; Chris Pratt dan Jennifer Lawrence

Gambar promosi yang dipertontonkan menunjukkan kedua-dua watak utama berinteraksi antara satu sama lain. Kita ada Chris Pratt dalam spacesuit dan Jennifer Lawrence dengan dress macam nak pergi dinner party. Still kedua hanya gambar Chris Pratt dan Jennifer Lawrence memandang sesuatu side by side.

Skrip filem ini dikatakan yang antara yang popular pernah dihasilkan dan kerap kali bertukar tangan. Ini yang dikatakan oleh Pengarah filem Morten Tyldum;

"Yes, it was a popular script. It’s one of those stories that really grabs you and you fall in love with it. It’s very smart and funny and clever and such a page turner I couldn’t put it down. Every 10 pages, something new happens! At the same time it’s a very intimate movie while taking place on this epic scale. For me, it’s a story about what’s important to live a full life. What are the things we need as humans? It’s not afraid to entertain but at the same time it asks big questions about what does it mean to really feel happy. Every generation has its love story. I feel like this is it. I had to do it.
—Director Molten Tyldum

Selain Jennifer Lawrence dan Chris Pratt, selebriti yang terlibat dalam filem ini adalah Michael Sheen, Laurence Fishburne dan Aurora Perrineau. Movie ini dijangka akan ditayangkan pada 21 Disember 2016.

Poster dan Teaser The Gentleman of Wolgyesu Tailor Shop

$
0
0
Poster drama Korea terbaru The Gentlemen of Wolgyesu Tailor Shop

Poster terbaru yang release untuk promosi drama The Gentlemen of Wolgyesu Tailor Shop. Drama ini diarahkan oleh Hwang In Hyuk, skrip ditulis oleh Koo Hyun Sook. The Gentlemen of Wolgyesu Tailor Shop mempunyai 50 episod dan disiarkan setiap hari Sabtu dan Ahad menggantikan drama Five Enough.  
 
The Gentlemen of Wolgyesu Tailor Shop membariskan ramai pelakon seperti Lee Dong Gun, Cha In Pyo, Jo Yoon Hee, Oh Hyun Kyung, Ra Mi Ran, Choi Won Young, Shin Goo, Kim Young Ae, Hyun Woo, Ji Seung Hyun, Jung Kyung Soon, Lee Jung Eun, Pyo Ye Jin, Park Jun Keum, Goo Jae Yee dan Park Eun Seok.

Tarikh tayangan drama The Gentlemen of Wolgyesu Tailor Shop bermula pada 3 September 2016 di saluran KBS2. Sinopsis drama belum jelas dan hanya diketahui berkisar mereka yang bekerja di kedai tersebut. Teaser The Gentlemen of Wolgyesu Tailor Shop Dengan English Subtitle pun dah release;

Sinopsis dan Teaser Drama Razia Sultan di TV3

$
0
0

Kalau dulu ada telenovela Rosalinda dari Mexico, lepas tu ada sinetron Bawang Putih Bawang Merah dari Indonesia. Sekarang TV3 membawa drama dari negara India yang bertajuk Razia Sultan. Bukan sahaja Malaysia, drama ni dah pun ditayangkan di Indonesia dan Thailand.

Girl Power! Itu aku rasa yang cuba dibawakan oleh drama ini dan ianya adalah berdasarkan kisah benar mengenai sejarah kesulatanan India. Drama Razia Sultan menggunakan bahasa Hindi dan akan bersiaran bermula pada 31 Ogos 2016, Setiap hari Isnin hingga Khamis Jam 4 Petang.
 
Sinopis Drama Razia Sultan
Drama Razia Sultan merupakan drama sejarah yang menceritakan tentang Kesultanan Delhi. Cerita berpusat pada Razia Sultan (Razia Sultana) yang merupakan satu-satunya sultan wanita yang memimpin kesultanan Delhi. Konflik dalam drama Razia Sultan dimulai ketika Sultan Iltutmish (Shooraj Thapar) memberikan pimpinan kesultanan kepada Razia (Pankhuri Awasthy) sebelum ia meninggal. 

Penunjukkan Razia sebagai penerus kepemimpinan Kesulatan bukan tanpa alasan, ternyata Razia dipilih oleh Sultan Iltutmish karena kemampuannya yang memang sangat baik dalam memimpin kesultanan. Hal itulah yang membuat Ruknuddin Firuz (Ankit Arora) tidak terima dengan keputusan yang diambil oleh sultan Iltutmish. Ruknududdin mendakwa bahwa dirinyalah yang lebih hebat daripada Razia yang hanya seorang wanita. Dan bagaimanakah kisah selanjutnya ? Apakah Razia mampu menjadi pemimpin Kesultanan Delhi ?

Trailer dan Poster Filem Radhi Rudy Bin Dadu

$
0
0
Poster movie Radhi Rudy Bin Dadu

Filem aksi komedi ini meletakkan pelakon Sofi Jikan, Taiyuddin Bakar, Usop Wilcha, Puteri Sarah Liyana, Khatijah Tan dan Ezzaty Abdullah sebagai teraju utama untuk menarik peminat ke pawagam. Filem yang bakal ditayangkan di pawagam pada 8 September 2016 ini diarahkan oleh Arjin Uppal dan terbitan di bawah syarikat White Merpati Entertainment.


Sinopsis Filem Radhi Rudy Bin Dadu

Radzi, Rudy dan Tuan Haji Kassim telah jatuh cinta dengan tiga wanita berbeza. Disebabkan masalah dan halangan, ketiga-tiga mereka ini gagal dalam kehidupan cinta mereka. Mereka telah sedaya upaya membuat apa sahaja untuk menarik perhatian pasangan mereka tetapi tidak menjadi. Ketiga-tiga mereka kemudian telah merancang melakukan sesuatu yang membawa mereka kepada melakukan jenayah tanpa disedari.

Trailer Filem Radhi Rudy Bin Dadu
 

Poster dan Trailer Jack Reacher 2 : Never Go Back

$
0
0
jack reacher 2
Poster filem Jack Reacher Never Go Back

Sekuel untuk filem Jack Reacher yang ditayangkan pada tahun 2012 dan mengambil garis masa empat tahun selepas peristiwa filem pertama tamat. Jack Reacher Never Go Back diarahkan oleh Edward Zwick dan hasil tulisan bersama Richard Wenk dan Marshall Herskovitz.


Tengok trailer dulu;



Nampak macam Tom Cruise got another role he can play with selain Mission Impossible. Filem first Jack Reacher pun boleh tahan best.

Selain Tom Cruise, filem Jack Reacher Never Go Back ini dibarisi oleh pelakon-pelakon seperti Colbie Smulders, Danika Yarosh, Aldis Hodge, Patrick Heusinger, Holt McCallany, Chase Savoie, Tery Webly dan Tilton Lipoma. Namun, dalam cerita ni fokus kepada dua watak utama yang dilakonkan oleh Cruise dan Smulders.

Berdasarkan trailer ni, dapat kita lihat yang Jack Reacher cuba menyelamatkan watak lakonan Colbie Smulders iaitu Major Susan Turner apabila dia dituduh terlibat dalam pengintipan (baca; espionage), namun di sebalik tu ada konspirasi yang lebh besar untuk mereka selesaikan. 

Filem ni bakal ditayangkan pada 21 Oktober 2016.

Poster dan Sinopsis Drama Rintihan Nek Mis Di TV9

$
0
0
drama nek mis
Poster drama terbaru bertajuk Rintihan Nek Mis.

Poster drama Rintihan Nek Mis terbitan Primeworks Studio di bawah arahan Amie Maziah dan pun dikeluarkan oleh TV9. Boleh tengok barisan pelakon-pelakon utama drama ini, aku sukakan tagline kat poster tu; Saat Kerinduan Mengatasi Segalanya' 

Sinopsis Drama Rintihan Nek Mis

Oleh kerana kesibukan bekerja, Helmi dan Shida menyerahkan anaknya, Karmila kepada Nek Mis untuk dijaga. Hubungan Nek Mis dan Karmila sangat rapat, tetapi pada suatu hari, Helmi didapati mati lemas semasa memancing. Manakala isterinya, Shida telah berpindah ke rumah bapanya, Encik Ismail dan membawa Karmila dengannya.

Permintaan Nek Mis untuk berjumpa dengan cucunya dilarang oleh Encik Ismail. Encik Ismail tidak suka kepada Nek Mis, kerana perkahwinan Shida dan Helmi dulu tidak direstui olehnya. Dia juga menuduh Nek Mis kerana Shida menjadi janda pada usia yang muda.

Nek Mis melakukan pelbagai cara untuk berjumpa dengan cucunya malah dia juga menuntut hak penjagaan ke atas Karmila, sehingga membawa perkara tersebut ke mahkamah. Walau bagaimanapun, ada sahaja cabaran yang harus diharungi oleh Nek Mis tetapi Nek Mis tidak pernah berputus asa berusaha untuk bertemu kembali dengan cucu kesayangannya.

Tidak lama selepas pemergian suaminya, Shida menjalinkan hubungan cinta bersama Haikal, yang merupakan Penyelia Tapak di syarikat pembinaan bapanya. Perhubungan ini direstui oleh Encik Ismail kerana Encik Ismail amat mempercayakan Haikal.

Lama kelamaan, Shida mula mengabaikan tanggung jawabnya terhadap Karmila. Nek Mis tidak berputus asa untuk menuntut hak penjagaan dan mengambil Karmila untuk tinggal bersamanya. Pada suatu hari, Karmila pergi menghilangkan diri dan apakah tindakan Nek Mis dalam menangani kes kehilangan Karmila ini?

OST Drama Rintihan Nek Mis 

Ost drama Rintihan Nek Mis ini hanya teaser sahaja, full version belum keluar lagi. Lagu Sampai di akhir cerita ini dinyanyikan oleh Min Yasmin dan Rahayudean. Komposer lagu ini adalah Julfekar.

Drama Rintihan Nek Mismembariskan pelakon-pelakon hebat seperti Normah Damanhuri, Idzham Ismail, Hanna Aqeela, Duerra Matilda, Ryzal Jaafar, Faye Kusairi, Sharifah Shahora, Rahim Jailani dan Faeiz Affandi. Drama ini bakal bersiaran bermula 23 Ogos 2016, setiap hari selasa hingga ahad, jam 8.30 malam di TV9 (baca: slot Azalea). Jangan lupa untuk tonton ye!

Superman Dengan Sut Bewarna Hitam

$
0
0
A photo posted by Henry Cavill (@henrycavill) on

Kita semua dah dapat teaser trailer mengenai watak-watak yang bakal muncul dalam filem Justice League pertama, cuma watak Superman sahaja tak tahu apa kisahnya. Dalam scene terakhir Superman vs Batman, kita tahu yang semua watak lain dah tanam Superman sebab ingatkan dia dah meninggal, tapi kita dapat lihat yang tanah disekeliling coffin superman terangkat secara slow-motion

Pelakon watak Superman iaitu Henry Cavill telah post satu gambar di instagram yang menunjukkan close shot sut superman terbaru yang bewarna hitam. Selalunya Superman pakai sut warna biru. Jadi pelbagai spekulasi teleh dikeluarkan oleh peminat-peminat setia siri ini.

1) Gambar ini merupakan filter black and white photo. Aku pun rasa ini sebenarnya! 
2) Superman sut hitam pernah muncul (dalam dunia komik) selepas dihidupkan kembali selepas tewas kepada watak Doomsday. Nampak sama kan situasi ni.

Selain watak Superman oleh Henry Cavill, filem Justice League juga dibarisi oleh Batman (Ben Affleck), Wonder Woman (Gal Gadot), The Flash (Ezra Miller), Cyborg (Ray Fisher), Aquaman (Jason Momoa) dan Pesuruhjaya Gordon (J.K. Simmons). Watak villain dah confirm Steppenwolf, namun pelakon yang memegang watak tersebut masih dirahsiakan. Justice League Part 1 bakal ditayangkan pada 17 November 2017.

Poster Drama Lara Terindah Lakonan Nelydia Senrose dan Nazrief Nazri

$
0
0
Poster Lara Terindah
Poster Drama Lara Terindah di TV3

Drama Lara Terindah akan mula ditayangkan pada cuti Hari Merdeka iaitu 31 Ogos 2016. Drama terbitan Orangetree Production hanya mempunyai 14 episod dan semua episod sudah boleh ditonton di tonton.com.my. Drama Lara Terindah akan menggantikan drama Sayangku Kapten Mukhriz.


Di poster sendiri dapat kita lihat pelakon utama drama Lara Terindah ialah Nelydia Senrose dan Nazrief Nazri. Nelydia Senrose akan memegang watak Elena manakala Nazrief Nazri pula memegang watak Razlan. 

Razlan seorang yang tidak percaya kepada alam rumah tangga dan melayan semua perempuan tanpa rasa hormat. Dia dalam misi menjatuhkan kedudukan Elena kerana menganggap Elena adalah punca dia kehilangan projek-projek besar. Satu kejadian merubah segalanya dan Razlan mula jatuh hati terhadap Elena.

Selain dua watak utama, drama Lara Terindah turut dibintangi oleh Nonny Nadirah sebagai Nisa, Bil Azali sebagai Ali, Hafeez Mikail sebagai Faiz, Jasmin Hamid sebagai Datin Liza, Rahim Omar sebagai Dato Kamal, Mustaqim Bahadon sebagai Azim dan Ika Nabella sebagai Lela.

Drama Lara Terindah diarahkan oleh Azmi Hata, hasil tulisan skrip oleh Mohd Azmy Ariff. Lagu tema (baca; OST) drama ini ialah lagu seindah mimpi dinyanyikan oleh Jacyln Victor. Drama Lara Terindah bakal ditayangkan di slot akasia tv3, setiap hari isnin hingga khamis jam 6.58 malam.
Viewing all 584 articles
Browse latest View live