Quantcast
Channel: J&B BLOGSPOT
Viewing all 584 articles
Browse latest View live

Drama Dekatkan Jarak Kita [2017]

$
0
0
Syafiq Kyle dan Ayda Jebat bersama penerbit filem Sheila Rusly.

Drama Dekatkan Jarak Kita merupakan drama adaptasi daripada sebuah cerpen. Lain sedikit kali ini. Drama ini diterbitkan oleh syarikat JS Pictures Sdn Bhd dengan teraju utama dipegang oleh Syafiq Kyle dan Ayda Jebat, kedua mereka belum pernah berganding bersama sebelum ini. 

Profil Drama Dekatkan Jarak Kita 2017


Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Pengarah :
Idea Asal : Cerpen Dekatkan Jarak Kita karya Syu Ariani [Boleh Baca Sini]
Studio : JS Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Syafiq Kyle, Ayda Jebat, Nadia Brian, Riena Diana, Catriana Ross dan Raja Hakim.
Episod :
Siaran : Samarinda TV3
Tarikh Tayang : 

Gambar Pelakon Drama Dekatkan Jarak Kita 2017

Syafiq Kyle, Ayda Jebat, Riena Diana, Catriana Ross dan Raja Hakim serta Shiela Rusly.


Filem Pencuri Hati Mr Cinderella [2017]

$
0
0
eizlan yusof ahmad idham cat farish atikah suhaime faye kusairi
Gambar pelakon filem Pencuri Hati Mr Cinderella

Filem Pencuri Hati Mr Cinderella menggandingkan pelakon seperti Ahmad Idham, Eizlan Yusof, Atikah Suhaime, Faye Kusairi dan Cat Farish. Filem ini bakal ditayangkan pada 10 Ogos 2017 nanti. Tak dapat dipastikan filem ini ada kaitan dengan drama Cinderella lakonan Ahmad Idham dan Haliza Misbun pada tahun 1998 tu kerana watak Haliza Misbun hanya muncul sebagai penampilan khas sahaja dalam filem ini.

Profil Filem Pencuri Hati Mr Cinderella 2017

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama Romantik
Pengarah : Ahmad Idham
Skrip : Ahmad Idham
Studio : Aifa Motion Pictures
Pelakon : Ahmad Idham, Eizlan Yusof, Faye Kusairi, Atikah Suhaimi, Hairul Azreen, Cat Farish, Kathy Azian dan Haliza Misbun.
OST : Pencuri Hati nyanyian Ayda Jebat
Tarikh Tayang : 10 Ogos 2017

Trailer Filem Pencuri Hati Mr Cinderella 



Poster Filem Pencuri Hati Mr Cinderella

ahmad idham atikah suhaime
Poster filem Pencuri Hati Mr Cinderella

Gambar Pelakon Filem Pencuri Hati Mr Cinderella 2017

ahmad idham atikah suhaime
Ahmad Idham dan Atikah Suhaime.

haliza misbun ahmad idham kathy azian
Haliza Misbun, Ahmad Idham dan Kathy Azian.

faye kusairi
Faye Kusairi.

Drama Bilo Nogori Jupo Kelate [2017]

$
0
0
mia ahmad nazrief nazri
Pelakon utama : Mia Ahmad dan Nazrief Nazri

Sebuah drama terbaru terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd bertajuk Bilo Nogori Jupo Kelate bakal ditayangkan di slot iris TV3. Drama Bilo Nogori Jupo Kelate ini bakal dilakonkan oleh Mia Ahmad dan Nazrief Nazri sebagai watak utama.

Profil Drama Bilo Nogori Jupo Kelate 2017

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama Romantik Komedi
Pengarah : Amor Rizan
Idea Asal :
Studio : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd 
Pelakon : Mia Ahmad, Nazrief Nazri, Didie Alias, Fadilah Mansor, Kamarul Haji Yusof, Kuna Muzani dan Hanna Aqeela.
Episod :
Siaran : Slot Iris TV3
Tarikh Tayang : 2017

Sinopsis Drama Bilo Nogori Jupo Kelate 2017

Pertemuan dua negeri di antara dua keping hati menjadi satu cinta, antara Noah & Nik Safiya.

Gambar Pelakon Drama Bilo Nogori Jupo Kelate 2017

mia ahmad nazrief nazri
Mia Ahmad dan Nazrief Nazri

mia ahmad nazrief nazri
Mia Ahmad dan Nazrief Nazri

 

Filem Kau Takdirku [2017]

$
0
0
Bront Palarae, Aisya Hasnaa, Ezzaty Abdullah, Megan Tan dan Remy Ishak
Bront Palarae, Aisya Hasnaa, Ezzaty Abdullah, Megan Tan dan Remy Ishak

Filem Kau Takdirku merupakan sebuah filem terbitan Grand Brilliance dan di bawah arahan Jason Chong. Filem ini bakal membariskan pelakon seperti Remy Ishak, Bront Palarae, Ezzaty Abdullah sebagai watak utama. Filem romantik ini bakal ditayangkan pada 7 September 2017.
 
Profil Filem Kau Takdirku 2017

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama Romantik
Pengarah :Jason Chong
Cerita Asal : Azlina Pa'wan
Studio : Grand Brilliance Sdn Bhd
Pelakon : Remy Ishak, Bront Palarae, Ezzaty Abdullah, Aisya Hasnaa, Kartina Aziz, Hasnul Rahmat dan Megan Tan.
OST : Lagu Engkau Milikku nyanyian Alyah
Tarikh Tayang : 7 September 2017

Sinopsis Filem Kau Takdirku 2017

"Takdir menentukan jalanku. Takdir menemukan dirimu." 
Kau Takdirku - sebuah kisah cinta tragis antara tiga jiwa. Mampukah Alya membuat pilihan samada untuk mencintai Kamar atau kembali ke pangkuan Harris.
 
Poster Filem Kau Takdirku 2017

bront palarae ezzaty abdullah
Poster Filem Kau Takdirku 1.

bront palarae ezzaty abdullah remy ishak
Poster Filem Kau Takdirku 2.

Gambar Pelakon Filem Kau Takdirku 2017

aisya hasnaa ezzaty abdullah megan tan
Aisya Hasnaa, Ezzaty Abdullah dan Megan Tan.

Drama Kelip Kelip Kota London [2017]

$
0
0
hafidz roshdi hanna aqeela zain saidin haliza misbun nadiyah shahab
Barisan pelakon drama Kelip-Kelip Kota London.

Zeel Production bakal mengeluarkan drama bertajuk Kelip-Kelip Kota London yang ditunjangi oleh Hafidz Roshdi dan Hanna Aqeela sebagai watak utama. Drama Kelip Kelip Kota London ini bakal ditayangkan di slot Zehra TV3. Tarikh tayangan belum dapat dipastikan.

Profil Drama Kelip Kelip Kota London TV3

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Pengarah :
Idea Asal :
Studio : Zeel Production
Pelakon : Hafidz Roshdi, Hanna Aqeela, Zain Saidin, Tony Yusof, Haliza Misbun dan Nadiyah Shahab.
Episod :
Siaran : Slot Zehra TV3
Tarikh Tayang : 2017

Gambar Pelakon Drama Kelip-Kelip Kota London 2017

hafidz roshdi hanna aqeela
Hafidz Roshdi dan Hanna Aqeela

tony yusof zain saidin
Zain Saidin dan Tony Yusof

hafidz roshdi zain saidin
HafidzRoshdi dan Zain Saidin

Drama Titian Cinta [2017]

$
0
0
Pelakon drama Titian Cinta TV3.

Drama Titian Cinta yang bakal ditayangkan di slot Akasia TV3 juga merupakan sebuah drama adaptasi dari novel dengan tajuk yang sama kerja Ridhya Iman. Drama ini di bawah arahan Heykal Hanifah dan dibarisi pelakon Zul Ariffin, Daler Yusof dan Farah Nabila sebagai watak utama. Tarikh tayangan belum dapat dipastikan.

Profil Drama Titian Cinta TV3 Akasia

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Pengarah : Heykal Hanifah
Idea Asal : Novel Titian Cinta karya Ridhya Iman
Studio : Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Farah Nabila, Zul Ariffin, Daler Yusof, Dottie Abraz dan Tisha Shamsir.
Episod :
Siaran : Slot Akasia TV3
Tarikh Tayang : 2017

Farah Nabila sebagai Aisy
Zul Ariffin sebagai Harris
Daler Yusof sebagai Rayyan
Tisha Shamsir sebagai Sofia
Dottie Abraz sebagai Sakeena

Sinopsis Drama Titian Cinta 2017

- Kalau minat baca novel, boleh ke blog tuan empunya novel; Ridhya Iman 

Dulu, dia pernah dihalau bagai kucing kurap oleh suami sendiri. Kini, setelah empat tahun membawa diri di bumi asing, ‘Aisy pulang dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Namun, tatkala bertemu, lain pula yang terjadi.

Kepulangan ‘Aisy memang dinanti Harris. Dia ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.

Pun begitu, kesungguhan dan kesabaran Harris meladeni setiap onar yang sengaja diciptanya membuatkan tekad ‘Aisy semakin goyah. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan ‘Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi.

Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi.

Siapakah Rayyan sebenarnya di hati ‘Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?   

Gambar Pelakon Drama Titian Cinta 2017

daler yusof farah nabila
Daler Yusof [Rayyan] dan Farah Nabila [Aisy]

farah nabila dottie abraz
Dottie Abraz [Sakeena] dan Farah Nabila [Aisy]

Drama Muzium Misteri [2017]

$
0
0
shah sulaiman bell ngasri along eyzendy
Bell Ngasri, Along Eyzendy dan Shah Sulaiman

Drama Muzium Misteri merupakan drama terbaru yang bakal ditayangkan di slot Seramedi TV3. Di bawah arahan Hashim Rejab dan skrip oleh MF Kencana, drama ini bakal menggandingkan Bell Ngasri, Along Eyzendy dan Shah Sulaiman sebagai watak utama. Tarikh tayangan drama ini dijangka pada 13 September 2017. Nantikan!

Profil Drama Muzium Misteri TV3

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama Seram Komedi
Pengarah : Hashim Rejab
Skrip : MF Kencana
Studio : Zamriez Golden Pictures Production 
Pelakon : Shah Sulaiman, Bell Ngasri, Along Eyzendy, AR Badul, Azzahra Ahmad, Mak Jah, Chacha Maembong, Iswan Ismail, Kuza, Epoybasir Keon, Azzim Ramli dan Sasqia Dahuri.
Episod : 20 Episod
Siaran : Slot Seramedi TV3
Tarikh Tayang : 13 September 2017

Shah Sulaiman sebagai Danial 
Bell Ngasri sebagai Shah
Along Eyzendy sebagai Adam
AR Badul sebagai En Bad

Gambar Pelakon Drama Muzium Misteri TV3

shah sulaiman bell ngasri along eyzendy
Bell Ngasri, Along Eyzendy dan Shah Sulaiman

kuza epoybasir keon
Kuza dan Epoybasir Keon

ar badul bell ngasri along eyzendy
AR Badul, Bell Ngasri dan Along Eyzendy

bell ngasri along eyzendy
Bell Ngasri dan Along Eyzendy

Filem Blok 404 [2017]

$
0
0
barisan pelakon
Barisan pelakon filem Blok 404

Telefilem Blok 404 yang pernah menjadi fenomena pada tahun 2003 akan dihasilkan ke layar perak dan bakal ditayangkan pada hujung tahun ini. Filem Blok 404 masih ada mengekalkan pelakon dari telefilem Blok 404 iaitu Boy Iman, Raja Azrey dan Zamarul Hisyam selain pelakon-pelakon baharu seperti Amar Ashraf, Nur Risteena, Nadia Brian dan Aedy Ashraf.

Profil Filem Blok 404 [2017]

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Thriller Seram
Pengarah : Isma Yusof
Studio : DBI Entertainment
Pelakon : Boy Iman, Nur Risteena Munim, Nadia Brian, Amar Ashraf, Aedy Ashraf, Zamarul Hisyam, Raja Azrey dan Fasha Sandha.
Tarikh Tayang : Disember 2017

Boy Iman sebagai Zul
Nadia Brian sebagai Intan
Amar Ashraf sebagai Amar
Nur Risteena Munim sebagai Misha
Aedy Ashraf sebagai Duan
Fasha Sandha sebagai Suri

Sinopsis Filem Blok 404 [2017]

Filem Blok 404 mengisahkan tentang pengembaraan tiga sahabat iaitu Zul [Boy Iman], Intan [Nadia Brian] dan Hairi [Amar Ashraf]. Namun, perjalanan mereka terbantut selepas kereta yang mereka naiki rosak di tengah jalan. Mereka terpaksa keluar daripada kereta tersebut untuk mendapatkan bantuan dan akhirnya ternampak sebuah rumah di bawah bukit yang dinamakan Rumah Tamu 404.

Selain tiga sahabat itu, terdapat juga beberapa orang yang turut terheret ke rumah tersebut. Misha [Nur Risteena] pula menerima tawaran bekerja di rumah tamu tersebut, manakala Duan [Aedy Ashraf] ke situ kerana mendapat jemputan untuk memberi review tentang lokasi terbabit. Namun dia berasakan ada sesuatu yang aneh di rumah tersebut. Mereka tidak sedar yang rumah tersebut menjadi studio rakaman sebuah program realiti yang penuh sadis sekali.

Trailer Filem Blok 404 [2017]


Gambar Pelakon Filem Blok 404 [2017]

zamarul hisyam raja azrey
Zamarul Hisyam dan Raja Azrey

fasha sandha
Fasha Sandha
nur risteena
Nur Risteena

amar ashraf nadia brian
Amar Ashraf dan Nadia Brian


Drama Ops Cinta Din Sardin [2017]

$
0
0
mira filzah x izzue islam
Mira Filzah sebagai Che Ta dan Izzue Islam sebagai Din Sardin

Drama Ops Cinta Din Sardin akan mula ditayangkan pada 12 Ogos 2017 di slot Kelakarama TV9. Drama ini bakal ditunjangi oleh Izzue Islam dan Mira Filzah sebagai pelakon utama disamping pelakon lain seperti Bell Ngasri, Niena Baharun, Ariff Aziz dan Kazar Saisi. Drama Ops Cinta Din Sardin adalah kesinambungan telefilem Din Sardin yang ditayangkan pada tahun 2015 di TV9.

Profil Drama Cinta Din Sardin TV9

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Pengarah : Nazir Jamaluddin
Skrip :  MF Kencana
Studio : Mache All Star United Sdn Bhd 
Pelakon : Mira Filzah, Izzue Islam, Niena Baharun, Bell Ngasri, Ariff Aziz, Syazuwan Hassan, Sasqia Dahuri, Iswan Ismail, Delimawati, Jaja Iliyes, Azhan Rani, Anne Ariffin, Taufiq Hanafi, Ucop Cecupak dan Kazar Saisi.
Episod : 20 Episod
Siaran : Slot Kelakarama TV9
Tarikh Tayang : 12 Ogos 2017

Mira Filzah sebagai Che Ta
Izzue Islam sebagai Din Sardin
Niena Baharun sebagai Cik Murni
Bell Ngasri sebagai Azam 

Gambar Pelakon Drama Ops Cinta Din Sardin TV9

din sardin izzue islam
Izzue Islam sebagai Din Sardin

izzue islam mira filzah
Mira Filzah dan Izzue Islam

sasqia dahuri iswan ismail taufiq hanadi izzue islam
Sasqia Dahuri, Iswan Ismail, Taufiq Hanafi dan Izzu Islam


Opening dan Teaser Drama Ops Cinta Din Sardin TV9



Drama Kalis Kasih [2017]

$
0
0
Amar Baharin dan Mawar Rashid - pelakon utama -

Drama Kalis Kasih merupakan satu lagi drama terbaru yang bakal ditayangkan di slot samarinda TV3. Kali ini menggandingkan pelakon Amar Baharin dan Mawar Rashid sebagai pelakon utama. Drama Kalis Kasih di bawah arahan Nazir Jamaluddin, tarikh tayangan drama ini belum dapat dipastikan.

Profil Drama Kalis Kasih TV3

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Pengarah : Nazir Jamaluddin
Skrip : Maizura Ederis
Penerbit : Zaini Kosnin dan Puan Sri Sabariah Shariff
Studio : Z K Creative Production Sdn Bhd
Pelakon : Amar Baharin, Mawar Rashid, Rosnah Johari, Anne Abdullah, Duerra Mitilda, Syazwan Zulkifli, Amyza Adnan, Gambit Saifullah dan Elvina Mohamad.
Episod : 15 Episod
Siaran : Slot Samarinda TV3
Tarikh Tayang :

Gambar Pelakon Drama Kalis Kasih TV3

rosnah johari anne abdullah amar baharin mawar rashid
Rosnah Johari, Anne Abdullah, Amar Baharin dan Mawar Rashid

elvina mohamad amar baharin
Elvina Mohamad dan Amar Baharin


Drama Awak Suka Saya Tak [2017]

$
0
0
Alvin Chong dan Emma Maembong dalam drama Awak Suka Saya Tak

Novel pertama karya Melur Jelita bakal diadaptasikan kepada sebuah drama bersiri dengan tajuk yang sama, Awak Suka Saya Tak. Drama ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin dan watak utama iaitu Hilman dan Intan dipegang oleh Alvin Chong dan Emma Maembong. Tunggu update yea!

Profil Drama Awak Suka Saya Tak Astro Ria

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Pengarah : Raja Ahmad Alauddin
Idea Asal : Novel Awak Suka Saya Tak karya Melur Jelita
Studio : Global Station Sdn Bhd
Pelakon : Alvin Chong, Emma Maembong, Sabhi Saddi
Episod : 16 Episod
Siaran : Astro Ria / Ria HD
Tarikh Tayang : 

Alvin Chong sebagai Hilman Yong
Emma Maembong sebagai Intan

Sinopsis Drama Awak Suka Saya Tak? Astro Ria

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea – American – Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya, seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Gambar Pelakon Drama Awak Suka Saya Tak? Astro Ria

alvin chong emma maembong
Alvin Chong dan Emma Maembong

alvin chong
Alvin Chong sebagai Hilman Yong

Drama Syurga Yang Kedua [2017]

$
0
0
fasha sandha zarul umbrella siti elizad
Pelakon utama drama Drama Syurga Yang Kedua.

Drama Syurga Yang Kedua merupakan satu lagi drama bersiri panjang yang bakal dihasilkan setelah kejayaan drama Lara Aishah [lakonan Fasha] dan drama Papa Ricky [lakonan Siti Elizad]. Kali ini mereka berdua iaitu Fasha Sandha dan Siti Elizad bakal berganding dengan Zarul Umbrella dalam drama berkisarkan hidup berpoligami.

Profil Drama Syurga Yang Kedua Astro Prima

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Pengarah : Zamri Zakaria
Studio : Orangetree Production Sdn Bhd
Pelakon : Siti Elizad, Zarul Umbrella, Fasha Sanda
Episod : 70 Episod
Siaran : Slot Tiara. Astro Prima
Tarikh Tayang : Masih Dalam Pengembaraan

Zarul sebagai Danial
Fasha Sandha sebagai Sabrina
Siti Elizad sebagai Vivy

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Astro

Sebuah kisah yang menceritakan tentang perkahwinan Danial, Vivy dan Sabrina. Adakah poligami itu sesuatu yang indah? Atau sesuatu yang menyakitkan? Apakah Cinta bisa wujud selepas berkahwin? Adakah kesetiaan mampu menguji kekuatan cinta

Gambar Pelakon Drama Syurga Yang Kedua Astro Prima

fasha sandha
Fasha Sandha dalam drama Syurga Yang Kedua

zarul umbrella fasha sandha
Pelakon utama - Zarul Umbrella dan Fasha Sandha

sabrina daniel vivy
Fasha Sandha, Zarul Umbrella dan Siti Elizad

Drama Sara Kirana [2017]

$
0
0
Pelakon utama - Hafreez Adam dan Mia Ahmad

Drama Sara Kirana merupakan satu lagi karya adaptasi novel yang bakal menggandingkan Hafreez Adam dan Mia Ahmad sebagai pelakon utama. Drama arahan Amie Maziah ini merupakan drama terbitan Suhan Movie and Trading untuk rancangan di slot RTM. Tarikh tayangan bermula juga tidak dapat dipastikan.

Profil Drama Sara Kirana RTM

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Pengarah : Amie Maziah
Idea Asal : Novel Sara Kirana karya Ramlah Rashid
Studio : Suhan Movie and Trading Sdn Bhd
Pelakon : Hafreez Adam, Mia Ahmad
Episod : Belum Pasti
Siaran : RTM
Tarikh Tayang : Belum Pasti

Sinopsis Drama Sara Kirana RTM

Maisarah seorang isteri yang taat dan patuh kepada suaminya, Zulfakar. Namun tanpa sebab yang kukuh dia telah diceraikan. Melayari kehidupan rumah tangga bersama Zulfakar membuatkan Maisarah bahagia dengan caranya walaupun Zulfakar tidak menghargainya sebagai seorang isteri. Zahrin, adik Zulfakar telah membantu Maisarah kerana tiada siapa lagi yang boleh diharapkan. Di saat Maisarah memerlukan Zahrin tiba-tiba Zahrin telah pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara. 

Bertolak dari rasa kecewa akibat diceraikan, Maisarah bangkit semula sebagai Sara Kirana, seorang penulis novel yang disegani. Dalam meniti hari-hari yang mendatang, Zahrin muncul menagih cinta Maisarah. Sebenarnya, Zahrin telah mencintai Maisarah sebelum dia bergelar isteri Zulfakar. Namun percintaan mereka mendapat tentangan dari bekas mentua Maisarah. Puan Zulaikha dan Haji Salam tidak bersetuju kerana dianggap kurang manis memandangkan Zulfakar masih hidup.

Kerana sayangkan anak, akhirnya mereka menerima Maisarah sekali lagi menjadi menantu. Selepas mereka berkahwin, Zulfakar cuba mendekati Maisarah kembali. Perkahwinan barunya dengan Elly tidak bahagia. Zahrin mula cemburu akan abangnya. Malang tidak berbau, tiba-tiba Zahrin ditimpa kemalangan di tempat kerja dan terlantar koma berbulan-bulan.

Drama Duda Pujaan Dara [2017]

$
0
0
 
'Table Read' untuk drama Duda Pujaan Dara.


Drama Duda Pujaan Dara merupakan drama terbitan Suhan Movies & Trading di bawah arahan Jamal Khan yang bakal menggandingkan Kamal Adli dan Zahirah Mcwilson sebagai pelakon utama. Drama Duda Pujaan Dara ini bakal ditayangkan di slot megadrama Astro Ria.

Profil Drama Duda Pujaan Dara Astro Ria

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Pengarah : Jamal Khan
Skrip : Rehal Nuharis
Idea Asal : Novel Duda Pujaan Dara Karya Hanny Esandra
Penerbit : Suhan Movies & Trading
Pelakon : Kamal Adli, Zahirah Mcwilson, Syafiq Nazri dan Rania Ezzudin
Episod : -
Siaran : Slot Megadrama Astro Ria
Tarikh Tayang : 4 September 2017 [belum pasti]

Sinopsis Drama Duda Pujaan Dara Astro

Si dara yang bercita-cita mahukan si duda. Katanya duda banyak pengalaman. Pelik-pelik sahaja impian Ainee Marwah. Lalu, Ainee Marwah bertemu dengan Tengku Razeen. Si duda yang mempunyai anak satu. Dia merupakan bos di tempat kerja Ainee Marwah. Seorang lelaki yang sudah kematian isteri dan mahu mencari pengganti demi anak tercinta, Tengku Rafanda.

Sikap Ainee Marwah yang gedik mahukan duda mana boleh ditahan-tahan. Maka, dia rancang bermacam-macam cara untuk pikat si duda pujaan. Senyum sudah, langgar bahu sudah, main mata sudah, malah jatuh tergolek pun Ainee Marwah sanggup demi mahu menarik perhatian Tengku Razeen.

Usaha bagai nak rak, tetapi lelaki itu tetap kaku macam paku. Muka ketat pakai skru. Lagi yang buat Ainee Marwah sakit hati, Tengku Razeen cair hati pula bila bersama dengan Dora yang Ainee Marwah gelar Doraemon!

Rasa mahu berhenti jantung Ainee Marwah bila Tengku Razeen tiba-tiba melamarnya. Bercinta dengan Dora, tapi dia yang dilamar. Fuh! Mencabar rupa-rupanya berkahwin dengan lelaki bergelar duda.

Sakitnya hati bila suami tidak romantik. Tapi, Ainee Marwah tidak berputus asa. Kalau sebelum kahwin dia sudah nakal, selepas berkahwin bertambah nakal. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk beli hati Tengku Razeen.

Drama Mr Delicious [2017]

$
0
0
Pelakon drama Mr Delicious; Kila Fairy, Ieda Moin, Guntung Triyoga dan Reen Rahim,

Drama Mr Delicious merupakan drama terbaru yang bakal ditayangkan di siaran HyppTV bermula 16 Ogos 2017 ini. Drama ini membariskan pelakon seperti Azar Azmi, Reen Rahim, Guntur Triyoga, Kila Fairy dan Ieda Moin sebagai pelakon utama.

Profil Drama Mr Delicious HyppTV 2017

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Pengarah : Adlin Abidin
Idea Asal : Novel Mr Delicious karya Merissa
Studio : Dark Wave Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Azar Azmi, Reen Rahim, Guntur Triyoga, Kila Fairy, Nizen Ayob Erwin Dawson, Tony Eusoff dan Ieda Moin.
Episod : 30 Episod
Siaran : HyppTV [Setiap Rabu dan Khamis, Jam 9 Malam]
Tarikh Tayang : 16 Ogos 2017

Reen Rahim sebagai Fina
Ieda Moin sebagai Zita
Kila Fairy sebagai Zara

Sinopsis Drama Mr Delicious HyppTV 2017

Bermula dari zaman sekolah itu, Zita, Zaraa dan Fina semakin rapat dengan Aiman yang mereka gelar sebagai Mr. Delicious. Konflik bermula bila Aiman mula jatuh cinta. Bukan seorang, tetapi dia jatuh cinta kepada ketiga-tiga sahabatnya.

Namun, hadir pula Melina di antara mereka menyebabkan kehidupan sahabat-sahabat itu tambah huru-hara. Apakah Aiman si Mr. Delicious terpaksa memilih Melina demi menjaga hati ketiga-tiga mereka?

Siapakah yang berjaya merebut hati Mr. Delicious dan apakah ada di antara mereka yang bakal berputih mata? Nikmatilah kisah persahabatan dan percintaan Mr. Delicious bersama gadis-gadis di sampingnya dari Kuala Lumpur sehingga ke Las Vegas, Amerika Syarikat.

Poster Drama Mr Delicious HyppTV 2017

Poster drama Mr Delicious 2017

Gambar Pelakon Drama Mr Delicious HyppTV 2017

 
Guntur Triyoga dan Reen Rahim

Drama Sedingin Cinta Antasya [2017]

$
0
0
pelakon drama Sedingin Cinta Antasya [2017]
Barisan pelakon drama Sedingin Cinta Antasya di saluran HyppTV

Drama Sedingin Cinta Antasya merupakan lagi satu drama bakal ditayangkan pada siaran HyppTV pada bulan ini setelah drama Mr Delicious ditayangkan. Drama 30 episod ini bakal menggandingkan Tasha Shila dan Syazwan Zulkifly sebagai watak utama. Drama Sedingin Cinta Antasya bakal ditayangkan pada malam nanti.

Profil Drama Sedingin Cinta Antasya HyppTV 2017

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Pengarah : Ollynn Khadri
Idea Asal :
Penerbit :
Pelakon : Tasha Shila, Syazwan Zulkifly, Khaty Azean, Neera Azizi, Niezam Zaidi dan Erry Putra
Episod : 30 Episod
Siaran : HyppTV [Setiap Isnin dan Selasa, 9.00 Malam]
Tarikh Tayang : 21 Ogos 2017

Sinopsis Drama Sedingin Cinta Antasya HyppTV

Hubungan antara ANTASYA & SYARFAN goyah disebabkan dendam keluarga dan pihak ketiga. Dapatkah Antasya & Syarfan mengekalkan dan menyelamatkan hubungan mereka? 

Gambar Pelakon Drama Sedingin Cinta Antasya HyppTV 2017

tasha shila syazwan zulkifly
Syazwan Zulkifly dan Tasha Shila

syazwan zulkifly tasha shila
Syazwan Zulkifly dan Tasha Shila


Promo Drama Sedingin Cinta Antasya HyppTV 

Drama Mandatori [2017]

$
0
0
iedil putra aeril zafril siti saleha
Dalam pengembaraan Drama Mandatori lakonan Siti Saleha, Aeril Zafril dan Iedil Putra.

Drama Mandatori merupakan sebuah drama yang diangkat dari sebuah novel hasil tulisan penulis novel thriller terkenal tanah air iaitu Ramlee Awang Murshid. Selepas novel Tembiruo yang bakal dijadikan filem, kali ini novel Mandatori dipilih untuk diangkat ke layar televisyen melalui siaran Astro First Esklusif. Nantikan update drama Mandatori ini.

Profil Drama Mandatori Astro First 2017

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama Thriller
Pengarah : Razaisyam Rashid
Idea Asal : Novel Mandatori karya Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Ideate Media
Pelakon : Aeril Zafril, Siti Saleha, Iedil Putra dan Yeop Helmi.
Episod :
Siaran : Astro First
Tarikh Tayang : 

Sinopsis Drama Mandatori Astro First

Bermula dengan hukuman di tali gantung yang dikenakan ke atas seorang pemandu, Carlos menyimpan dendam menuntut keadilan. Seorang demi seorang yang menzalimi akan terpaku di mahkamah keadilan yang dicipta oleh Carlos sendiri. Dialah pendakwa raya dan dia jugalah hakim.

Bagi Carlos, peguambela sudah tidak perlu lagi kerana pendakwaan membawa erti kesalahan telah terbukti. Sesiapa yang diadilinya pasti akan menerima hukuman dengan sekali perbicaraan. Dan hukuman yang pasti ialah hukuman mati mandatori!

Gambar Pelakon Drama Mandatori Astro First

aeril zafril
Aeril Zafril

iedil putra
Iedil Putra

siti saleha
Siti Saleha

Drama Saka Sisters [2017]

$
0
0
Sara Ali, Cik Manggis, Abam Bocey, Luqman Hafidz
Barisan Pelakon Saka Sisters; Abam, Sara Ali, Cik Manggis dan Luqman Hafidz


Drama Saka Sisters merupakan drama genre komedi seram terbaru yang bakal ditayangkan di saluran berbayar Astro Warna. Pelakon yang terlibat dalam drama arahan Yusry KRU ini adalah Sara Ali, Cik Manggis, Abam Bocey, Luqman Hafidz dan AR Badul. Tunggu update terkini drama ini.

Profil Drama Saka Sisters Astro 2017

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama Seram
Pengarah : Yusry KRU dan Azrie Hakimie
Idea Asal :
Studio : KRU Studios
Pelakon : Sara Ali, Cik Manggis, Abam Bocey, Luqman Hafidz, A.R Badul, Sheila Mambo, Azhar Amir, Hafiyah Hafiz dan Fadil Dani.
Episod :
Siaran : Astro Warna 132 & HD 124
Tarikh Tayang : 

Cik Manggis sebagai Suri 
Sara Ali sebagai Laila 
Abam Bocey sebagai Jamal 
Luqman Hafidz sebagai Taqriz

Gambar Pelakon Drama Saka Sisters Astro Warna 

Sara Ali, Cik Manggis, Abam Bocey, Luqman Hafidz
Sara Ali, Cik Manggis, Abam Bocey dan Luqman Hafidz.

Sara Ali, Cik Manggis, Abam Bocey, Luqman Hafidz
Sara Ali, Cik Manggis, Abam Bocey dan Luqman Hafidz.

abam sara ali
Abam dan Sara Ali dalam drama Saka Sisters.

luqman hafidz abam sara ali cik manggis
Luqman Hafidz, Abam Bocey, Sara Ali dan Cik Manggis.

Drama My Coffee Prince [2017]

$
0
0
fattah amin janna nick
Pelakon utama - Fattah Amin dan Janna Nick

Drama Coffee Prince merupakan drama terbaru dari Michael Ang yang mengambil jalan cerita drama popular korea iaitu Coffee Prince. Drama ini bakal dibintangi oleh Fattah Amin dan Janna Nick sebagai peneraju utama. Jangan lupa saksikan drama Coffee Prince yang akan ditayangkan di saluran Astro Ria ini.


Profil Drama Coffee Prince Astro 

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Pengarah : Michael Ang
Idea Asal : Drama Korea bertajuk Coffee Prince
Studio : Cune Film Sdn Bhd
Pelakon : Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Daiyan Trisha, Elly Suriaty, Jasmin Hamid dan Zain Hamid.
Episod : 28 Episod
Siaran : Astro Ria
Tarikh Tayang : November 2017

Fattah Amin sebagai Raykal
Janna Nick sebagai Dani
Fahrin Ahmad sebagai Amri 
Daiyan Trisha sebagai Ira 

Gambar Pelakon Drama Coffee Prince

fattah amin
Fattah Amin sebagai Raykal dalam drama Coffee Prince.

zain hamid elly jasmin
Jasmin Hamid, Elly Suriaty dan Zain Hamid dalam drama Coffee Prince.

janna nick
Janna Nick sebagai Dani dalam drama Coffee Prince

Filem I'm Not A Terrorist [2017]

$
0
0
afiq muaz chacha maembong gulsan grover rahul dev farida jalal
Poster Filem I'm Not A Terrorist 2017

Satu filem berjudul I'm Not A Terrorist akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 5 Oktober 2017 nanti. Filem gandingan Malaysia dan Bollywood ini dibarisi oleh gabungan pelakon seperti Afiz Muiz, Chacha Maembong, Gulshan Grover, Rahul Dev dan Farida Jalal. Boleh baca info berkaitan filem ini yea;


Profil Filem I'm Not A Terrorist 2017

Bahasa : Melayu/Hindi
Genre : Drama Aksi Romantik
Pengarah : Arjin Uppal
Studio : White Merpati Entertainement Sdn Bhd
Pelakon : Afiq Muiz, Gulshan Grover, Chacha Maembong, Rahul Dev, Farida Jalal, Jalaluddin Hassan dan Betty Benafe.
Durasi : 1 Jam 50 Minit
Tarikh Tayangan : 5 Oktober 2017

Sinopsis Filem I'm Not A Terrorist

Dilahirkan di Kashmir, Ummar telah dihantar oleh ibunya untuk tinggal bersama makciknya di Malaysia. Di sana, dia telah menyambung pengajian di sebuah universiti dan jatuh cinta dengan seorang pelajar wanita bernama Dayana yang merupakan anak kepada seorang tokoh perniagaan. Apabila Ummar mendapat tahu ibunya sedang nazak, Dayana telah membantunya membeli tiket penerbangan ke Kashmir. Namun Ummar tidak tahu yang Dayana turut mengikutnya kerana perasaan ingin tahu selain mahu mengembara. Ketika di sana, Dayana mendapati kebenaran di sebalik mengapa Ummar dihantar jauh dari kampung halamannya selepas terperangkap dengan pengganas.

sumber : cinema.com.my

Trailer Filem I'm Not A Terrorist 2017


Gambar Pelakon Filem I'm Not A Terrorist 2017

afiq muaz chacha maembong
Afiq Muaz dan Chacha Maembong

gulsan grover rahul dev
Gulsan Grover dan Rahul Dev

farida jalal
Farida Jalal

Viewing all 584 articles
Browse latest View live