Quantcast
Channel: J&B BLOGSPOT
Viewing all 584 articles
Browse latest View live

Drama Jurnal Suraya 2017 [Slot Zehra TV3]

$
0
0
A post shared by 🌸Celebrity Official Fans Club🌸 (@official.celebrity.malaysia) on
[Pelakon utama drama Jurnal Suraya; Nad Zainal dan Ryzal Jaafar] 

Drama Jurnak Suraya merupakan drama terbaru karya pengarah Zul Huzaimy yang sebelum ini mengarah drama seperti drama Suamiku Paling Sweet dan Drama Jojie Gigil. Pelakon yang terlibat adalah Nad Zainal, Johan Asari, Ryzal Jaafar dan ramai lagi. Tarikh tayangan masih belum pasti.

Profil Drama Jurnal Suraya 2017

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Pengarah : Zul Huzaimy [Drama Suamiku Paling Sweet dan Drama Jojie Gigil]
Penulis : MUFID & NEXTSCENE Team
Pelakon : Nad Zainal, Johan Asari, Ryzal Jaafar, Wanna Ali, Amir Rahim, Sasqia Dahuri, Hilman Aleef, Adam Shadan dan Kuza.
Episod : 13 Episod
Siaran : Slot Zehra TV3
Tarikh Tayang : Ogos 2017

Ryzal Jaafar sebagai Imran
Nad Zainal sebagai Suraya
Hilman Aleef sebagai Shah
Adam Shadan sebagai Fariz

Gambar Pelakon Drama Jurnal Suraya

johan asari
Johan Asari

nad zainal ryzal jaafar adam shadan hilman aleef
Nad Zainal, Ryzal Jaafar, Hilman Aleef dan Adam Shadan


Drama Pinggang Tak Retak Nasi Tak Dingin 2017 [Slot Akasia TV3]

$
0
0
A post shared by Country&Universal Sdn Bhd (@jalenarejab) on
[Azrel Ismail, Idris Khan dan Jalena Rejab] 

Satu lagi novel bakal diadaptasi ke drama bersiri iaitu novel Pinggang Tak Retak Nasi Tak Dingin karya Umi Syidah. Ini merupakan novel pertama tulisan Umi Syidah. Memang terbaik! Drama 28 episod ini bakal mengisi slot Akasia namun tarikh tayangan masih belum dapat dipastikan.

Profil Drama Pinggang Tak Retak Nasi Tak Dingin 2017

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Studio : Country Universal Sdn Bhd [Drama Nahu Rindu]
Pengarah :
Penulis : 
Idea Asal : Novel Pinggang Tak Retak Nasi Tak Dingin karya Umi Syidah
Pelakon : Azrel Ismail [Drama Cucu Tauke Beras], Idris Khan [Mr Donat Karamel]
Episod :28 Episod
Siaran : Slot Akasia TV3
Tarikh Tayangan :  

Idris Khan sebagai Sharul Nizam
Azrel Ismail sebagai Saiful Mizan 

Sinopsis Drama Pinggang Tak Retak Nasi Tak Dingin

sumber : goodreads.

Sehari sebelum majlis perkahwinannya, Yuhanis dikejutkan dengan berita tunangnya, Sharul Nizam enggan menikahinya. Bimbang maruah keluarga tercemar, Yuhanis menebalkan muka merayu dan memaksa supaya Saiful Mizan merangkap abang kepada Sharul Nizam supaya mengahwininya.

“Perempuan apa awak ni ha?! Tak malu ke merayu pada lelaki yang tak sudi? Inilah orang kata, perigi cari timba. Tengok awak pun saya tak ada selera. Inikan lagi nak menikah.”– Saiful Mizan.
“Saya tak akan minta apa-apa dari awak, saya tak akan tuntut apa-apa dari awak. Apa saja permintaan awak, saya akan ikut. Saya merayu, tolonglah.”- Yuhanis.

Yuhanis tidak peduli dan terus mendesak. Akhirnya Saiful Mizan bersetuju namun bersyarat.

“Saya tak mahu awak mengganggu hidup saya. Bila saya berada di rumah, awak jangan lalu-lalang menyemakkan mata saya, faham? Awak nak buat apa, nak ke mana pun, suka hati awaklah. Saya izinkan dan saya tak kesah sebab awak bukan urusan saya. Jangan fikir perkahwinan ini untuk selamanya. Okey?”- Saiful Mizan

Kata-kata Saiful Mizan memakan diri apabila lama-kelamaan dia mula terpaut hati dengan Yuhanis gara-gara sifat Yuhanis yang penyabar dan patuh kepadanya walaupun tidak dilayan selayaknya. Mereka mula mengecapi bahagia tetapi muncul pula bekas tunang Yuhanis dan muncul juga Suraya, bekas isteri Saiful Mizan yang mahu merebut cinta mereka kembali.

“Abang Mizan, how I miss you. I want to be with you.”- Suraya
“Hani tahu kan, abang sayang Hani. Abang cinta Hani.”- Sharul Nizam

Rumah tangga yang dibina mula goyah. Kebahagiaan mereka mula dilanda badai. Ada rahsia yang belum terlerai. Ada cinta yang belum terucap. Ada perkara yang belum selesai. Mampukan Saiful Mizan mempertahankan Yuhanis sebagai isterinya?

Gambar Pelakon Drama Pinggang Tak Retak Nasi Tak Dingin 2017

Idris Khan dan Azrel Ismail

Filem Malay Regiment [2017]

$
0
0
Filem Malay Regiment bakal ditayangkan Ogos 2017

Filem-filem yang bersifat patriotik sentiasa menjadi perhatian, lagi-lagi filem yang berjaya meninggalkan kesan kepada penonton. Contoh filem Ola Bola [2017] dan filem 1957 : Hati Melaya [2007]. Pada tahun ini, satu filem berjudul Malay Regiment telah dihasilkan dan bakal ditayangkan pada bulan Kemerdekaan Negara iaitu Ogos 2017.

Profil Filem Malay Regiment 2017

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Patriotik / Aksi
Studio : World Evolution Brain
Pengarah :  Dato Jurey Latif Rosli
Penulis : Yusof Kelana
Pelakon : Ahmad Tarmimi Serigar, Yuswaisar, Normah Damanhuri, Nad Zainal, Kamal Adli, Falisha Crossley
Tarikh Tayangan : 31 Ogos 2017

Sinopsis Filem Malay Regiment 2017

Berdasarkan kisah benar pertempuran anggota tentera darat unit 17 RAMD menentang pengganas komunis di Gubir Kedah pada tahun 1976.

Teaser Filem Malay Regiment 2017


Filem Kolestrol vs Cinta [2017]

$
0
0
A post shared by Queen Qya (@tiz.zaqyah) on
[Poster Filem Kolestrol vs Cinta 2017]

Satu filem terbaru karya Eyra Rahman bakal ditayangkan yang diterjui dua pelakon terkenal di Malaysia iaitu Kamal Adli dan Tiz Zaqyah. Filem yang diterbitkan MiG ini turut mengundang pelakon seperti Siti Elizad, Faradhiya dan Acong Sweetchild sebagai watak cameo dalam filem ini. Tarikh tayangan filem Kolestrol vs Cinta belum dapat dipastikan.

Profil Filem Kolestrol vs Cinta 2017

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Romantik Komedi
Studio : Metrowealth
Penulis :
Pelakon : Kamal Adli [Drama Black Belt Kaler Pink], Tiz Zaqyah [Drama Hero], Siti Elizad [Drama Papa Ricky], Faradhiya, Acong Sweetchild, Dayang Areeda, Anam, Ardell Aryana dan Vicha Saywho.
Tarikh Tayangan : 

Kamal Adli sebagai Irfan
Tiz Ziqyah sebagai Krisya
Siti Elizad sebagai Fazira
Vicha Saywho sebagai Juwita
Ardell Aryana sebagai Jasmin
Anam sebagai Phil

Gambar Pelakon Filem Kolestrol vs Cinta

tiz zaqyah kamal adli
Tiz Zaqyah dan Kamal Adli [1]

tiz zaqyah kamal adli
Tiz Zaqyah dan Kamal Adli [2]

tiz zaqyah kamal adli
Tiz Zaqyah dan Kamal Adli [3]

tiz zaqyah kamal adli
Tiz Zaqyah dan Kamal Adli [4]

tiz zaqyah kamal adli
Tiz Zaqyah dan Kamal Adli [5]

tiz zaqyah
Tiz Zaqyah

tiz zaqyah vicha saywho ardell aryana anam
Tiz Zaqyah, Vicha Saywho, Ardell Aryana dan Anam

Drama Mencintaimu Mr Photographer 2017

$
0
0
A post shared by Support Syafiq Kyle ￶❤❤❤ (@syafiqkylezzone) on
[Watak utama drama Mencintaimu Mr Photographer, Shafiq Kyle dan Hannah Delisha] 

Sebuah drama terbaru adaptasi novel bertajuk Mencintaimu Mr Photographer karya Emma Mariam bakal dihasilkan. Pelakon utama drama tersebut bakal dilakonkan oleh Syafiq Kyle [Suamiku Paling Sweet] dan bintang baru dari Singapura iaitu Hannah Delisha. Pengembaraan drama ini bakal bermula pada Mei 2017.

Profil Drama Mencintaimu Mr Photographer

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Romantik / Drama
Pengarah :
Penulis :
Idea Asal : Novel Mencintaimu Mr Photographer karya Emma Mariam
Pelakon : Shafiq Kyle, Hannah Delisha
Episod :
Siaran :
Tarikh Tayang :

Shafiq Kyle sebagai Jemy
Hannah Delisha sebagai Ira

Sinopis Drama Mencintaimu Mr Photographer
 
sumber : Goodreads

Aku dah jatuh cinta dengan Mr.Photographer tu? Hanya satu klik pada lensa kamera hubungan Aira dan Jemy semakin rapat.

“Kau ingat kau tu cantik sangat ke sampai aku nak kena curi-curi tangkap gambar kau?” - Jemy

Aira geram. Ah! Photographer tu memang sengal!
“Saya nak kerja sini.” – Aira

Kerana impiannya untuk bergelar seorang model, Aira rela menelan setiap perangai berlagak dan panas baran Jemy. Namun, tanpa sedar setiap pertengkaran melahirkan cinta. Orang lain tak kenal maka tak cinta, Jemy dan Aira pula dah gaduh-gaduh baru nak kenal cinta.

“Aku nak dia gayakan rekaan terbaru aku!”
Di situ bermula detik di mana Aira, seorang pembantu studio fotografi berubah kepada seorang model.

Cinta yang kian bercambah disemi dengan kata-kata rindu dan sayang. Tentangan hebat daripada Tan Sri Megat Miqdad dan tuntutan kerjaya sebagai seorang model membuatkan Aira nekad menerima Jemy sebagai suami. Sebuah perkahwinan rahsia tercipta. Status isteri kepada seorang photographer turut dirahsiakan. Pahit manis rumah tangga dirasai. Cemburu dan kemanisan cinta membuah rasa bahagia yang tak terkata.

Dugaan dan kesilapan silam menjadi duri dalam hubungan mereka. Aira terpanar bila dituduh hanya mempermainkan perasaan Jemy sedangkan cintanya tiada penghujung. Akhirnya, demi menjaga hati masing-masing, kata perpisahan terbitdi hujung bibir. Namun, tegakah hati melepaskan yang tercinta? Rahsia apakah yang tersembunyi hingga membuat Jemy terpaksa melafazkan perpisahan? Pengkhianatan dan kesetiaan, yang mana satu pilihan mereka?

Drama Perempuan Paling Bahagia [2017]

$
0
0
Drama Perempuan Paling Bahagia.

Satu drama lakonan pasangan suami isteri iaitu Zahiril Adzim dan Shera Aiyob bakal ditayangkan di Astro Oasis [Slot Raihana] pada bulan September tahun ini. Drama ini juga merupakan adaptasi novel karya Syamnuriezmil dengan tajuk yang sama.

Profil Drama Perempuan Paling Bahagia Astro

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Romantik / Drama
Pengarah : Jamal Khan
Penulis :
Idea Asal : Novel Perempuan Paling Bahagia karya Syamnuriezmil
Pelakon : Zahiril Adzim, Shera Aiyob, Luqman Hafidz, Sara Ali, Liza Abdullah dan Ako Mustapha.
Episod :
Siaran : Slot Raihana, Astro Oasis
Tarikh Tayang :September 2017

Sinopsis Drama Perempuan Paling Bahagia 2017

Bahagia adalah pengorbanan. Berkorban untuk buat orang yang kita sayang bahagia, kita akan turut merasakan bahagia. Bagi Arissa yang berasal daripada keluarga yang susah, bahagia itu adalah duit. Ada duit semuanya akan bahagia.
Tetapi makna bahagia bagi Arissa berubah apabila Arissa diberi tugas untuk menjaga Rayyan, bayi yang dijumpai di tangga masjid yang telah dibuang oleh Rafi, abang Rafa. Rayyan yang merupakan anak tidak sah taraf telah dinafikan haknya oleh Rafi dan disebabkan Datin Zarina menghibahkan semua harta yang sepatutnya milik Rafi kepada Rayyan, Rafi berdendam.
Namun, anak tidak sah taraf hanya akan mempunyai pertalian keluarga dengan keluarga sebelah ibu yang melahirkannya dan melalui ibu susuanlah, Rayyan akan ada pertalian keluarga dengan Rafa.
Akibat kasih sayang dan layanan baik Arissa ke atas Rayyan, Rafa dan Datin Zarina merasakan Arissa lah calon yang sesuai untuk menjadi isteri Rafa dan ibu susuan Rayyan. Dalam masa yang sama, tanpa pengetahuan mereka, Arissa sudah pun mula mengambil ubat hormon itu. Ini kerana mereka masing-masing mempunyai alasan mereka tersendiri. Alasan Arissa adalah kerana dia sayangkan Rayyan dan menganggap Rayyan senasib dengannya, yatim piatu.
Alasan Rafa adalah kerana dia sudah mula jatuh cinta. Tetapi terikat dengan perjanjiannya dengan Datin Zarina, Rafa buat-buat Kebal.
Alasan Datin Zarina pula adalah kerana dia telah meletakkan Arissa sebagai penama polisi insuransnya yang bernilai RM50 juta untuk mengaburi mata Dato’ Rafail yang mahu membunuhnya.

Black Panther Movie [2018]

$
0
0
Chadwick Boseman
Poster Filem Black Panther 2018

Watak Black Panther mula diperkenalkan pada filem Captain America Civil War dan watak T'Challa aka Black Panther dilakonkan oleh Chadwick Boseman. Marvel telah mengumumkan mengenai filem solo untuk Black Panther yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan iaitu pada 16 februari 2018 sebelum filem Avengers Infinity Wars.

Selain pelakon Chadwick Boseman, filem ini turut dibintangi oleh Michael B. Jordan, Lupita Nyong’o, Danai Gurira, Martin Freeman, Daniel Kaluuya, Angela Bassett, Forest Whitaker, Andy Serkis, Letitia Wright, Winston Duke, Florence Kasumba, Sterling K. Brown, and John Kani

Trailer Filem Black Panther 2018


Sinopsis Filem Black Panther 2018

“The film follows T’Challa (Chadwick Boseman) who, after the events of ‘Captain America: Civil War’, returns home to the isolated, technologically advanced African nation of Wakanda to take his place as King. However, when an old enemy reappears on the radar, T’Challa’s mettle as King and Black Panther is tested when he is drawn into a conflict that puts the entire fate of Wakanda and the world at risk.”

Profil Filem Black Panther 2018

Bahasa: English [US]
Genre: Sains Fiksyen
Studio: Marvel
Pengarah: Ryan Coogler
Penerbit: Kevin Feige
Idea Asal: Komik Black Panther karya Stan Lee
Pelakon: Chadwick Boseman, Michael B. Jordan, Lupita Nyong’o, Danai Gurira, Martin Freeman, Daniel Kaluuya, Angela Bassett, Forest Whitaker, Andy Serkis, Letitia Wright, Winston Duke, Florence Kasumba, Sterling K. Brown, and John Kani.
Tarikh Tayangan: 16 Februari 2018

Chadwick Boseman
Reka Seni filem Black Panther 2018
 

Reset Movie [2017]

$
0
0
Poster filem RESET 2017

Sebuah filem menggunakan tema 'time travel' bertajuk RESET bakal ditayangkan pada tarikh 6 Julai 2017. Filem ini dilakonkan oleh Yang Mi dan Wallace Huo sebagai watak utama dan diterbitkan oleh bintang aksi legenda Jackie Chan.

Profil Filem RESET 2017

Bahasa : Mandarin [China]
Genre : Sains Fiksyen
Pengarah : Chang
Penerbit : Jackie Chan
Pelakon :Yang Mi, Wallace Huo, King Shih Chieh, Liu Chang dan Hummer Zhang.
Tarikh Tayangan : 6 Julai 2017 [Malaysia], 30 Jun 2017 [China]

Sinopsis Filem RESET 2017

Xia Tian [Yang Mi] is a single mother who works as an associate researcher, helping to complete a technology that can allow people to go back in time. One day, her son Dou Dou is kidnapped by a mysterious man and she was forced to hand over her life's work. She takes a risk and travels to a time an hour and fifty minutes earlier in hopes of saving her son.

Trailer Filem RESET 2017 [English Subtitle]



Drama 3 Dara Kampung Dot Com [Astro Warna]

$
0
0
gambit saifullah, scha alyahya, marsha milan, nasz sally
Pelakon utama Drama 3 Dara Kampung Dot Com

Sebuah drama berjudul 3 Dara Kampung Dot Com bakal ditayangkan pada setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9 malam di astro warna mengisi slot skrin komedia. Drama ini dibintangi oleh Scha Alyahya, Marsha Milan dan Nasz Sally sebagai 3 pelakon wanita utama.


Profil Drama 3 Dara Kampung Dot Com [2017]

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama / Komedi
Pengarah :Dira Abu Zahar
Penulis :
Penerbit : Hyper Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Scha Alyahya, Marsha Milan, Nasz Sally, Gambit Saifullah dan Qara Lyana.
Episod :24 Episod
Siaran : Slot Skrin Komedia, Astro Warna [setiap rabu hingga jumaat]
Tarikh Tayang : 5 Julai 2017
 
Scha Alyahya sebagai Esah
Marsha Milan sebagai Awa
Nasz Sally sebagai Noi
 
Sinopsis Drama 3 Dara Kampung Dot Com 2017

Mengisahkan tiga dara pingitan, Esah, Awa dan Noi yang berasal dari Kampung Kembang Kempis. Mereka bertiga adalah kawan baik meskipun mempunyai personaliti yang berbeza. Mereka nekad berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki.
 
Gambar Pelakon Drama 3 Dara Kampung Dot Com Astro
 
nasz sally scha alyahya marsha milan
Scha Alyahya, Marsha Milan dan Nasz Sally

scha alyahya marsha milan nasz sally
Scha Alyahya, Nasz Sally dan Marsha Milan.
 

War For The Planets of The Apes Movie [2017]

$
0
0
poster War For The Planets of The Apes Movie 2017
Poster Filem War For The Planets of The Apes Movie

Perang antara Manusia menentang Monyet!

Satu lagi movie dari siri Apes bakal ditayangkan pada 14 Julai 2017. Andy Serkis kembali lagi untuk memegang watak Ceaser, ketua kepada monyet ini yang akan bertembung dengan pertahanan terakhir dunia yang diketuai Woody Harrelson. Filem War For The Planets of The Apes ini diarahkan oleh Matt Reeves dan disunting oleh William Hoy.

Profil War For The Planets of The Apes Movie 2017

Bahasa : English [US]
Genre : Sains Fiksyen
Pengarah : Matt Reeves
Muzik : Michael Giacchino
Sinematografi : Michael Seresin
Penyunting : William Hoy
Pelakon : Amiah Miller, Andy Serkis, Woody Harrelson, Steve Zahn, Karin Konoval, Judi Greer, Terry Notary, Ty Olsson dan Gabriel Chavarria.
Tarikh Tayangan : 13 Julai 2017 [Worldwide]

Sinopsis War For The Planets of The Apes Movie 2017

Caesar and his apes are forced into a deadly conflict with an army of humans led by a ruthless Colonel. After the apes suffer unimaginable losses, Caesar wrestles with his darker instincts and begins his own mythic quest to avenge his kind. As the journey finally brings them face to face, Caesar and the Colonel are pitted against each other in an epic battle that will determine the fate of both their species and the future of the planet.

Trailer War For The Planets of The Apes Movie 2017



Poster War For The Planets of The Apes Movie 2017

poster War For The Planets of The Apes Movie
Poster War For The Planets of The Apes Movie 2017

amiah miller andy serkis
War For The Planets of The Apes Movie

Filem Hijabsta Ballet [2017]

$
0
0
poster filem hijabsta ballet
Poster Filem Hijabsta Ballet

Filem Hijabsta Ballet bakal ditayangkan pada 3 Ogos 2017. Daripada trailer, filem ini nampak menarik apabila menunjukkan satu isu yang penting dan lari dari norma klise filem melayu. Filem ini juga menggunakan pelakon yang berpengalaman seperti Betty Benafe dan Aman Graseka serta memperkenal pelakon baharu sebagai watak utama iaitu Puteh Maimun Zahrah.

Profil Filem Hijabsta Ballet 2017

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama / Muzikal
Pengarah : Syed Zul Tojo
Penulis :
Pelakon : Puteh Maimum Zahrah, Betty Benafe, Aman Graseka, Danny Syaz, Rachel Tabithanya, Alif Azeman dan Aida Khalida.
Tarikh Tayang : 3 Ogos 2017

Trailer Filem Hijabsta Ballet 2017



Sinopsis Filem Hijabsta Ballet 2017

Adele, remaja perempuan memegang teguh impian ibu dan sangat berbakat hingga mendapat biasiswa ke akademi ballet ternama Rusia tetapi tiba-tiba membuat keputusan berhijab. Ibu tak boleh larang, tapi hatinya remuk, patah. Harapan yang sebelum ini dihidupkan oleh anak hancur bagai kaca yang berderai. 

Adele cuba menyatukan dunia hijab dan ballet. Dia hilang kawan, rakan selatihan menolak, keluarga berantakan. Dunia ballet menutup pintu, agamawan mendesak dan ekstrimis mengancam.

Luaran Adele jauh dari bangsanya. Namanya tidak menggambarkan Melayu, sebutannya pelat, bahasanya campur, pakaian balletnya bertentangan dengan pakaian bangsanya tetapi hatinya ingin dekat kepada bangsa dan agama.

Lagu Tema Filem Hijabsta Ballet 2017


Drama Dendam Arora [Astro Prima]

$
0
0
nabila huda ungku ismail aziz
Pelakon utama drama Dendam Aurora; Nabila Huda dan Ungku Ismail

Sebuah drama dengan 100 episod bakal ditayangkan hujung bulan ini bertajuk Dendam Aurora dibintangi oleh Nabila Huda dan Ungku Ismail Aziz sebagai teraju utama. Drama ini bakal menggantikan drama Semusim Rindu di Astro Prima.

Profil Drama Dendam Aurora [Astro]

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Pengarah : Feroz Kader [Drama Hantu Punya Bos] dan Muhd Riza Baharudin
Idea Asal : Telenovela Itali berjudul Tuscan Passion
Penerbit : Global Station Sdn Bhd
Pelakon :Nabila Huda, Ungku Ismail Aziz, Anzalna Nasir, Shah Iskandar, Mia Nasir, Adam Lee, Oktovia Manrose, Aedy Ashraf, Dian P Ramlee, Eizlan Yusof, Nikki Palikat, Fazrul Khan, Tony Eusof, Marisa Yasmin, Chew Kin Wah, Eizlan Yusof, Zila Bakarin dan Sharifah Shahora.
Episod : 100 Episod
Siaran : Astro Prima 104 / Maya HD 135 [Setiap Isnin-Jumaat, Jam 6.00 Petang]
Tarikh Tayang : 25 Julai 2017

Teaser Drama Dendam Aurora 2017

OST drama Dendam Aurora

- dinyanyikan oleh Jaclyn Victor dan Siti Nordiana bertajuk Nisan Cinta.

Gambar Pelakon Drama Dendam Aurora 2017 

chew kim wah nabila huda
Chew Kin Wah dan Nabila Huda

tony eusof marisa yasmin
Tony Eusof dan Marisa Yasmin

Filem Abang Long Fadil 2 [2017]

$
0
0
poster Filem Abang Long Fadil 2
Poster filem Abang Long Fadil 2

Tak tahu pun filem Abang Long Fadil akan ada kesinambungan. Tahu-tahu dah keluar poster dan trailer bakal dikeluarkan dalam masa terdekat, memang terbaik! Abang Long Fadil 2 bakal ditayangkan pada 24 Ogos 2017 dan masih mengekalkan Zizan Razak sebagai Abang Long Fadil yang mula dikenali dalam filem KL Gangster. 

Profil Filem Abang Long Fadil 2 [2017]

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Aksi Komedi
Studio : Skop Production / Astro Shaw
Pengarah : Shafiq Yusof
Cerita Asal/Skrip : Shafiq Yusof
Penyunting : Shafiq Yusof / Akash
Pengarah Seni : Faizal Senin
Pengarah Fotografi : Rahimi Maidin
Pelakon : Zizan Razak [Polis Evo], Syamsul Yusof [Munafik], AC Mizal, Wak Doyok, Shuib Sepahtu, Achey Bocey, Tania Hudson, A. Galak, Mas Khan, Delima Watie dan Hafiz Bahari.
Tarikh Tayangan: 24 Ogos 2017

Gambar Pelakon Abang Long Fadil 2 

pelakon Filem Abang Long Fadil 2
Pelakon filem Abang Long Fadil 2

wak doyok
Wak Doyok bakal muncul dalam filem Abang Long Fadil 2

Sinopsis Filem Abang Long Fadil 2 [2017]

Abang Long Fadil 2 mengisahkan tentang perjalanan hidup Fadil yang terjerumus dalam dunia mafia didalangi Taji Samprit dan anaknya, Wak Doyok. Fadil terpaksa menjalani kehidupan sebagai seorang pembunuh upahan dan diarahkan untuk membunuh King Kong yang merupakan musuh kepada Taji Samprit.

Drama Isteriku Mem Besar [TV9]

$
0
0
gambar Drama Isteriku Mem Besar [TV9]
Pelakon dan Krew drama Isteriku Mem Besar [TV9]


Drama Isteriku Mem Besar adalah drama arahan Dato Ahmad Tamimi Siregar yang bakal ditayangkan di slot kelakarama TV9. Dibintangi oleh pelakon seperti Arash Ahmad, Amyza Adnan, Mawar Rashid, Ameerul Faqeem, Azhar Osmaan dan Noralbaniah. 

Profil Drama Isteriku Mem Besar 2017 [TV9]

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama / Komedi
Pengarah : Dato Ahmad Tamimi Siregar
Skrip : Qaseh Farina
Studio : Media Prima
Pelakon : Arash Ahmad, Amyza Adnan, Mawar Rashid, Ameerul Faqeem, Azhar Osmaan, Noralbaniah, Lilyanna Jalal, Nani Nasir, Sharisa Haris, Syarra Sri dan Iman Iskandar.
Tarikh Tayang : 2017

Gambar Pelakon Drama Isteriku Mem Besar [TV9]

arash mohd amyza adnan
Arash Mohamad, Amyza Adnan, Iman Iskandar, Azhar Osmaan dan Mawar Rashid

mawar rashid azhar osmaan
Iman Iskandar, Mawar Rashid dan Azhar Osmaan

mawar rashid amyza adnan
Amyza Adnan, Mawar Rashid dan Azhar Osmaan.
 

Drama Villa Ghazara [TV3]

$
0
0
Shukri Yahya, Hafeez Mikail, Haleeda, Aidil Aziz, Amirul Faqeem, Syed Aiman
Antara pelakon yang terlibat dalam drama Villa Ghazara.

Satu drama bersiri bakal ditayangkan di slot samarinda dengan 40 episod bertajuk Villa Ghazara. Tajuk macam drama seram je. haha. Drama Villa Ghazara ini masih dalam pengembaraan dan dibarisi pelakon hebat seperti Mustapha Kamal, Haleeda dan Shukri Yahya.

Profil Drama Villa Ghazara [TV3]

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Pengarah : Feroz Kader [Dendam Aurora]
Idea Asal :
Studio : Excellent Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Mustapha Kamal, Shukri Yahya, Hafeez Mikail, Haleeda, Aidil Aziz, Amirul Faqeem, Syed Aiman, Azira Shafinaz, Tunku Hanis, Puteri Rafasya
Episod : 40 Episod
Siaran : Slot Samarinda TV3
Tarikh Tayang : September 2017

Shukri Yahya sebagai Hariz
Azira Shafinaz sebagai Ariana
Aidil Aziz sebagai Adrian
Tunku Hanis sebagai Sofea
Amirul Faqeem sebagai Azrel

Gambar Pelakon Drama Villa Ghzara TV3

Shukri Yahya, Aidil Aziz dan Ameerul Faqeem.
Tunku Hanis, Puteri Rafasya [Cobi] dan Aidil Aziz
azira syafinaz shukri yahya
Azira Syafinaz dan Shukri Yahya
ameerul faqeem tunku hanis
Amirul Faqeem dan Tunku Hanis


Drama My Darling Inspektor Daniel [2017]

$
0
0
Siti Elizad dan Aaron Aziz 2017

Sebuah drama terbaru berjudul My Darling Inspektor Daniel bakal ditayangkan pada hujung bulan ini menggantikan drama Mencintaimu Mr Photographer. Drama arahan Aziz M.Osman ini bakal manggandingkan pelakon seperti Aaron Aziz, Siti Elizad, Erra Fazira, Dazrin Kamaruddin, Shahir dan Zarul Umbrella.

Profil Drama My Darling Inspektor Daniel [Astro]

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama / Romantik
Pengarah : Aziz M. Osman
Skrip : Ayuni Zamani
Penerbit : Skop Productions Sdn Bhd
Pelakon : Aaron Aziz, Elizabeth Tan, Siti Elizad, Erra Fazira, Dazrin Kamaruddin, Shahir dan Zarul Umbrella.
Episod :
Siaran : Astro Ria 104 & HD 123
Tarikh Tayang : 31 Julai 2017

Aaron Aziz sebagai Daniel
Siti Elizad sebagai Hannah 
Elizabeth Tan sebagai Maya Adrianna
Dazrin Kamarudin sebagai Danish
Erra Fazira sebagai Maria
Gambar Pelakon Drama My Darling Inspektor Daniel 2017
aaron aziz siti elizad
Aaron Aziz [daniel] dan Site Elizad [Hannah]

elizabeth tan aaron aziz
Elizabeth Tan [Maya Adrianna] dan Aaron Aziz [Daniel]

shahir elizabeth tan
Elizabeth Tan dan Shahir

Filem Manap Karaoke [2018]

$
0
0
A post shared by Danea Ameer 达尼亚 (@daneaamer) on

Filem Mamat Khalid terbaru yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan ini berjudul Manap Karaoke. Filem berlatarbelakang tahun 70-an dibintangi oleh Joey, Ropie Cecupak, Pekin Ibrahim dan Mona Allen ini ditulis oleh M Halim. Tarikh tayangan filem ini dijangka pada tahun hadapan tetapi tarikh sebenar belum dapat dipastikan.

Profil Filem Manap Karaoke [2018]

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Komedi
Pengarah : Mamat Khalid
Penulis : M Halim
Pengarah Fotografi : Tan Teck Zee
Pelakon : Joey, Ropie Cecupak, Pekin Ibrahim, Nizam Blakcs, Mona Allen, 
Tarikh Tayang : 2018

Gambar Pelakon Filem Manap Karaoke 2018

joey
Joey dalam Filem Manap Karaoke.

pekin ibrahim nizam blacks
Pekin dan Nizam Blacks

ropie
Ropie

Filem Kerja Kahwin [2017]

$
0
0
poster Filem Kerja Kahwin
Poster filem Kerja Kahwin.

Filem Kerja Kahwin yang menggunakan tema ragam perkahwinan di kampung bakal menjengah pawagam pada 20 Julai 2017 nanti. Filem yang telah mula dihasilkan pada tahun 2015 ini di bawah arahan Anwardi Jamil dan dibarisi pelakon seperti Janna Nick, Shaharuddin Thamby, Mubarak Majid dan ramai lagi.

Profil Filem Kerja Kahwin 2017

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Pengarah : Anwardi Jamil
Skrip Asal : Anwar Idris
Studio : Wayang Pondok Sdn Bhd
Pelakon : Janna Nick, Dato' Rosnani Jamil, Shaharuddin Thamby, Mubarak Majid, Ziema Din, Henzi Andalas, A. R. Badul, Den Wahab, Ramasundram, Daniella Sya, Theera Alias, Aziz M. Osman, Syed Ali, Arman Shah, Noor Hasnah Adam, Mary Anne Galistan, Syanie dan Hamid Gurkha.
Tarikh Tayang : 20 Julai 2017

Trailer Filem Kerja Kahwin 2017


Sinopsis Filem Kerja Kahwin 2017

dalam bahasa Melayu;

Berkisarkan tentang gadis kota, Farah yang bakal menamatkan zaman bujangnya. Farah memilih untuk berkahwin secara tradisional di kampung. Beliau membuat keputusan itu bagi memenuhi permintaan Mak Tok yang mahu majlis perkahwinan dibuat mengikut adat budaya tradisi Melayu dan bukannya di hotel mewah. Bagaimanapun, mengadakan perkahwinan di kampung bukanlah tugas mudah kerana dia memerlukan bantuan daripada pelbagai orang. Bermula dengan persiapan sehingga hari majlis perkahwinan pelbagai kejadian dan ragam dapat dilihat termasuk gelagat pengantin, mak andam, bunga telur, joget lambak serta persiapan menyediakan hidangan. 

dalam bahasa English;

Highlighting the culture and uniqueness of a traditional Malay wedding in a village, the story follows city girl Farah, who is forced to hold her wedding in her hometown in the village instead of having it at an expensive or high class venue. This is so that she can fulfill her promise to her grandmother. Nevertheless, to hold a wedding in a village is not an easy task as she would require the help from various people including neighbours, relatives, friends, and let`s not forget - a large amount of patience. The movie shows how chaotic a village wedding can be, but at the same time, it is what makes Malaysian culture unique.

sumber : cinema.com.my dan infotaip.com

janna nick
Janna Nick dalam filem Kerja Kahwin.

 Poster Filem Kerja Kahwin 2017

poster Filem Kerja Kahwin
Satu lagi poster filem Kerja Kahwin
 

Drama Cinta Hati Batu [2017]

$
0
0
Ashraf Muslim dan Aishah Azman

Drama Cinta Hati Batu di bawah arahan pengarah Amor Rizan akan meletakkan Ashraf Muslim dan Aishah Azman sebagai watak utama. Drama ini juga merupakan adaptasi novel yang bertajuk One Day You'll Be Mine karya tulisan Inawza Yusof. Tunggu update berkenaan drama ini nanti;

Profil Drama Cinta Hati Batu 2017

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Pengarah : Amor Rizan
Idea Asal : Novel One Day You'll Be Mine karya Inawza Yusof
Skrip : Sofia J Rhyland
Studio : Media Prima Sdn Bhd
Pelakon : Ashraf Muslim, Aishah Azman, Farisha Irwayu
Episod : 20
Siaran : Slot Lestary TV3
Tarikh Tayang : 2017

Sinopsis Drama Cinta Hati Batu 2017

- sinopsis daripada novel One Day You'll Be Mine

Dzul Ehsan dan Nik Afezal. Bagi perspektif Anith Fitriah, kedua-dua lelaki itu memiliki perangai yang sangat berbeza. Sejak dulu lagi, lelaki yang paling indah di matanya hanyalah Nik Afezal. Dan lelaki yang paling tidak bertanggungjawab dan suka membuat muka selambanya ialah Dzul Ehsan. Uh, sangat menyakitkan hati bila bercerita tentang lelaki itu!
Tapi kenapa banyak perkara yang berlaku dalam hidup Anith Fitriah, nama lelaki itu juga yang meniti di bibirnya. Dzul Ehsan juga yang pasti akan hadir melindunginya.

Adakah itu tandanya? Dzul Ehsan yang berjaya menarik perhatiannya sekali gus berjaya memiliki hatinya? Tapi bagaimana nekadnya untuk hidup bersama dengan lelaki yang pernah disayanginya, iaitu Nik Afezal? Sesungguhnya dia harus bijak memilih! Dan pilihannya pada kali ini tentulah pilihan yang terakhir.

Drama Lelaki Itu Pilihan Hatiku [2017]

$
0
0
pelakon Drama Lelaki Itu Pilihan Hatiku [2017]
Para Pelakon Drama Lelaki Itu Pilihan Hatiku

Drama Lelaki Itu Pilihan Hatiku adalah satu lagi drama adaptasi novel, kali ini novel Mr Hot Guy karya Danisyarahmat. Drama ini diarahkan oleh Zul Huzaimi dan skrip olahan Mufid dan Nextscene Team. Teraju utama drama Lelaki Itu Pilihan Hatiku dipegang oleh Raja Afiq dan Puteri Aishah.

Profil Drama Lelaki Itu Pilihan Hatiku TV3

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Pengarah : Zul Huzaimy
Skrip : Mufid and Nextscene Team
Idea Asal : Novel Mr Hot Guy karya Danisyarahmat
Studio : A Aida Production
Pelakon : Raja Afiq, Puteri Aishah, Shahriza Mahmud, Liza Abdullah, Dilla Ahmad, Dozz Harith, Jaja Iliyes dan Ariff Aziz.
Episod : 32 Episod
Siaran : Slot Akasia TV3
Tarikh Tayang : Ogos 2017

Sinopsis Drama Lelaki Itu Pilihan Hatiku TV3

- Dari novel Mr Hot Guy

Mulanya hanya satu permainan yang dimainkan oleh Andrea kerana geram dengan sikap acuh tak acuh Luqman Hakimi pada perhubungan mereka. Bagi Luqman Hakimi yang senang disapa sebagai Luke, ini sajalah peluang untuk dia melepaskan diri dari Andrea yang serupa pacat menghisap darah.

Nurin Kamila Abdullah Hisyam aka ‘cik adik sayang’ pula tidak menyangka dialah si kambing hitam yang menjadi batu loncatan buat si Luke yang digelar Mr. Hot Guy Malaysia itu. Pantang bagi Nurin kalau bertembung dengan lelaki kaya, apatah lagi ada hubungan hati dengan lelaki jenis itu. Wajib mandi bawah jambatan katanya. Tapi permainan takdir ini memang indah. Yang menjadi pantang itu jugalah yang sentiasa bermain di depan mata.

Awalnya si Luke fikir mudah saja menundukkan gadis kampung yang tidak berduit itu. Ternyata salah anggapannya itu. Maka kaedah daripada bestfriend forever, si Mokhtar diguna pakai.

Bila cik adik sayang makin membenci, Mr.Hot Guy semakin jatuh hati. Tapi sayang, Cik adik sayang sudah memilih pasangan hatinya, Kapten Shahril Aiman. Pada saat Mr. Hoy Guy pasrah dengan jodoh yang tidak kesampaian, tiba-tiba takdir menyebelahinya pula.

Gambar Pelakon Drama Lelaki Itu Pilihan Hatiku TV3 

raja afiq
Raja Afiq

raja afiq
Raja Afiq 2#

raja afiq puteri aishah
Puteri Aishah dan Raja Afiq
ariff aziz raja iliyes
Ariff Aziz dan Raja Iliyes

puteri aishah
Puteri Aishah

raja afiq puteri aishah
Puteri Aishah dan Raja Afiq

Viewing all 584 articles
Browse latest View live