Quantcast
Channel: J&B BLOGSPOT
Viewing all 584 articles
Browse latest View live

Barisan Pelakon dan Poster Filem Desolasi

$
0
0
syamsul yusof
Poster filem Desolasi

Satu filem terbaru akan datang hasil karya Syafiq Yusof. Filem bertajuk desolasi bakal ditayangkan kepada umum pada 8 Disember 2016. Trailer filem belum dikeluarkan, hanya beberapa poster sebagai promosi filem setakat ini.

Pelakon utama filem ini adalah Syamsul Yusof dan dibantu oleh Bella Dally, Pekin Ibrahim dan Dato Jalalludin Hassan. Memang banyak filem yang dilakonkan oleh Pekin Ibrahim [Volkswagen Kuning, Rock Bro!, Surf This Love, Kampung Drift] sekarang ini tidak kira sebagai pelakon utama atau watak pembantu.

Profil filem Desolasi

Bahasa : Melayu
Pengarah : Syafiq Yusof [KL Special Force, Villa Nabila, Abang Long Fadhil]
Pelakon : Syamsul Yusof, Bella Daily, Pekin Ibrahim, Dato Jalalludin Hassan, Aida Khalidah, Jacky Kam, C. Kumaresen dan Siraj Sheikh AlSagoff.
Fotografi : Azami Alias
Penata Seni : Ridzuan Bin Mat Hussain
Cerita Asal : Syafiq Yusof
Solekan : JLo Touch
Penyunting : Syafiq Yusof
Penyelia Kesan Khas : Dinie Shuhaimi
Penata Muzik dan Bunyi : Imaginex Sdn Bhd
Penerbit : Dato Yusof Haslam
Pengarah/Lakon Layar : Syafiq Yusof
Studio : Skop Production
Tarikh Tayangan : 8 Disember 2016

Update Poster Filem Desolasi

desolasi syamsul yusof bella dally
Poster filem Desolasi features Syamsul Yusof dan Bella Dally
 

Drama Goblin Lakonan Goo Yoo dan Lee Dong Wook

$
0
0
goblin script reading
First script reading for Goblin Drama.

Drama terbaru dari Korea Selatan bertajuk Goblin akan mula ditayangkan pada bulan Disember tahun ini. Kali ini watak utama merupakan Goblin dan Grim Reaper. Memang macam-macam drama korea sekarang tetapi main theme still pasal cinta. Genre pun romantik komedi. 

Apa yang menarik adalah drama ini merupakan gabungan lakonan Goo Yoo dan Lee Dong Wook. Goo Yoo meletup dengan drama Coffee Prince [terbaru filem Train to Busan] manakala Dong Wok dengan drama My Girl. Lagipun penulis drama ini Kim Eun Sook adalah penulis kepada drama Descendent of the Sun, drama korea paling popular tahun ini. Jadi drama ini memang dinantikan para peminat drama korea.

Sinopsis Drama

Kim Shin [Goo Yoo] is a goblin who needs a human bride to end his immortal life. Meanwhile, the Angel of Death, Wang Yeo [Lee Dong Wook] has amnesia. Somehow these two meet and live together. They see off those who have passed away and are now leaving this world. 

Profil Drama

Bahasa : Korea
Pengarah : Lee Eung Bok
Penulis : Kim Eun Sook
Saluran : TvN
Tarikh Tayangan : Disember 2016
Genre : Romantik Komedi
Pelakon :  Goo Yoo, Lee Dong Wook, Kim Go Eun, Yoo In Na, Yook Sung Jae, Kim So Hyun.

goblin drama 2016
Watak utama drama Goblin.


Huraian Watak Utama

Kim Shin [Lakonan Gong Yoo] 
  • Goblin
  • His name has a hidden meaning. His name "Shin" means belief. The people call him "Believe in god".
  • He was stabbed by the sword of a king he once served, but manages to survive as a goblin.
Wang Yeo [Lee Dong Wook]
  • Grim Reaper (a messenger of the underworld)
  • He was abandoned by the king he served and died. Cursed with amnesia and became a messenger of the underworld.
  • He doesn't remember anything aside from his responsibilities as the reaper
  • He meets a woman (the reincarnation of the king he served) and experiences a sense of deja vu
In regards to Wang Yeo and Kim Shin, the picture mentioned that the two characters will have a "bromance" The two of them coincidentally become roommates. They argue a lot but also depend on each other a lot. 

Ji Eun Tak [Kim Go Eun]
  • Human bride to Kim Shin
  • High school student
  • Orphan
  • Because she was an orphan she had an unfortunate childhood, but she is very strong and positive in character and retains her will
  • Her life of poverty suddenly takes a turn to fantasy
Kim Sun [Yoo In Na]
  • Female con artist
  • Orphan
  • She uses her beauty to take advantage of men and fill her own pockets. However, when she meets Wang Yeo she falls in love.
sumber : Soompi

Drama Suri Hati Mr Pilot [Astro]

$
0
0
neelofa
Suri Hati Mr Pilot drama poster banner

Drama Suri Hati Mr Pilot akan menggantikan drama Abang Bomba I Love You yang tengah hangat ditayangkan di Astro Ria sekarang. Drama ini akan menggandingkan Neelofa dan Fattah Amin sebagai pelakon utama. Selain mereka berdua, drama ini turut dibintangi oleh Eleena, Alvin Chong, Mas Khan, Aleza Shadan dan Nina Juren.

Profil Drama 

Studio : Cube Film Sdn Bhd
Pengarah : Michael Ang [Biar Aku Jadi Penunggu]
Pelakon : Fattah Amin [KL Special Force], Neelofa, Ben Amir, Eleena, Alvin Chong, Mas Khan, Aleza Shadan dan Nina Juren.
Karya Asal : Novel Suri Hati Mr Pilot karya Dyla Dyna
Episod : 16 Episod
Tarikh Tayangan : 10 Oktober 2016
Siaran : Setiap Isnin hingg Khamis jam 10 Malam di Astro Ria dan Astro HD 123 
OST : Selamanya Cinta [Shila Amzah dan Alif Satar]

[Selamanya Cinta Lirik Video - OST Drama Suri Hati Mr Pilot]

Sinopsis Drama Suri Hati Mr Pilot

Pertemuan Ejaz dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taasub dengan cinta Muslim.

Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad untuk mengahwini Warda.

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan.

Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?

sumber : kbergetar 

Gambar Barisan Pelakon Drama Suri Hati Mr Pilot 

neelofa alvin choong
Alvin Chong dengan Neelofa dalam drama Suri Hati Mr Pilot

alvin choong fattah amin
Alvin Chong bersama dengan Fattah Amin

alif satar siti nordiana neelofa fattah amin
Penampialan Khas Alif Satar dan Siti Nordiana dalam Drama Suri Hati Mr Pilot

video promo Suri Hati Mr Pilot

Program Realiti Astro Bella Jom Kurus Musim ke-2

$
0
0
Kevin Zahri
Kevin Zahri Pengaracara utama rancangan Astro Bella Jom Kurus.

Astro Bella Jom Kurus merupakan program realiti fitness pertama di Malaysia. Ianya akan kembali untuk musim kedua bermula pada 7 Oktober 2016 di Astro Bella dan Astro Mustika HD. Bagi peminat program realiti yang ingin mengetahui lebih banyak tips-tips fitness dan kesihatan boleh la pakat menonton!

Untuk musim ke-2 ini, pengacara program dilakukan bersama antara Kevin Zahri [cikgu fitness Malaysia] dan Jihan Muse [pengacara wanita popular]. Jurulatih pula terdiri daripada Tuan Mohd Faiz, Nana Al-Haleq dan Sharil Ab Satar. Semua mereka ini adalah pakar dalam bidang kesihatan dan penjagaan badan.

Jika musim pertama seramai 12 peserta diambil dan dilatih selama 30 hari, kali ini masa latihan dilanjutkan kepada 60 hari [masih kekal 12 peserta] bagi menunjukkan lebih kesan transformasi kepada pelatih. 

Juara program Astro Bella Jom Kurus akan membawa pulang wang kemenangan RM30,000, sebuah trofi dan lain-lain hadiah menarik. Seorang pelatih favorite juga bakal membawa pulang RM5000 sebagai Anugerah Pilihan Penonton.


Video Promosi Astro Bella Jom Kurus 

- Huraian ; Nampaknya semua dah bersedia untuk menghadapai Cabaran 60 Hari! Cabaran apa tu? Mestilah cabaran Astro Bella Jom Kurus! Nantikan mulai 7 Oktober, 9 malam di Astro Bella dan Astro Mustika HD!

Drama Hantu Punya Bos [SLOT IRIS TV3]

$
0
0
Poster Drama Hantu Punya Bos!

Satu lagi drama hasil adaptasi novel. Kali ini novel 'Hantu Punya Bos' karya Dekna Lee. Drama arahan Mohd Feroz Abdul Kader ini dilakonkan oleh Syukri Yahaya dan Intan Najuwa sebagai teraju utama. 

Profil Drama Hantu Punya Bos

Studio : MIG Production Sdn Bhd
Pengarah : Mohd Feroz Abdul Kader
Penerbit : Major David Teo
Pelakon : Syukri Yahaya [Surf This Love], Intan Najuwa, Julia Marin, Afiera Riana, Fahmy Reza, Iszander Nor, Aizat Hassan, Tengku Fiela, Vicha SayWho dan Serena Redzuawan.
Episod : 20 Episod
Tarikh Tayangan :  Disember 2016
Saluran : Slot Iris TV3 [Dah boleh tengok kat tonton sekarang]
OST : Hantu atau Buaya nyanyian Nanasheme


Sinopsis Drama Hantu Punya Bos

Bekerja sebumbung dengan Arrayyan Zainuddin, memang tidak pernah terlintas di fikiran Abby. Tambahan pula setelah mendengar kutukan Diela terhadap lelaki itu. Setiap hari, ada sahaja aduan yang Abby terima daripada Diela sehinggakan hatinya ikut menyimpan rasa benci terhadap lelaki bernama Arrayyan itu. 

Baru hari pertama Abby bekerja di situ, Arrayyan sudah naik gila! Setiap kali dia menjerkah, Abby ikut membalasnya dengan jerkahan, ‘hantu punya bos!’. Kadang-kadang Abby sertakan dengan bonus, iaitu penampar! Terkedu Arrayyan dibuatnya. Mujurlah Abby ada alasan! Melatah! Kalau tidak sudah pasti tapak tangannya singgah ke muka Abby semula. 

Entah sejak bila, dari meluat tengok Abby, kini dia mahu melihat Abby selalu! Kewujudan Wandi membuatkan dia tidak tentu hala. Dia terpaksa mengambil langkah agresif dengan ‘mengheret’ gadis itu ke Melaka bersamanya untuk meluahkan rasa cinta yang baru berputik itu. Dapatkah Abby menerima bos yang berperangai hantu itu?

Gambar Barisan Pelakon Hantu Punya Bos!

syukri yahaya intan najuwa
Syukri Yahaya dan Intan Najuwa
afiera riana iszander nor
Afiera Riana dan Iszander Nor

Drama Cinta FB [HyppTV] Arahan Rusdi Ramli

$
0
0
Poster Drama Cinta FB di Hypptv.
Sebuah drama terbaru yang bertajuk Cinta FB bakal ditayangkan di saluran HyppTV 116 bermula 3 Oktober 2016. Drama ini di bawah arahan Rusdi Ramli dan tulisan skrip oleh MF Kenchana. Tak tahu la pula Rusdi Ramli dah mula mengarah drama. ehehehe. 

Drama Cinta FB dibarisi pelakon seperti Zara Zya, Erwin Dawson, Hafizul Kamal dan Chacha Maembong sebagai teraju utama. Ianya bakal bersiaran setiap hari Isnin dan Selasa pada jam 9.00 malam.

Promo Drama Cinta FB

[Promo Video  Cinta FB]
Sinopsis Drama Cinta FB Hypptv

Shah [Hafizul Kamal] adalah jejaka kacak, seorang novelis yang menggunakan nama pena Nina Syakina dalam novel. Dia gemar bersosial di laman sosial menggunakan nama pena Mawar Merah untuk mencari kenalan sebagai proses kreatif. Syafik [Erwin Dawson] kawan karibnya yang banyak menguruskan jadual hidupnya dan membantunya. 

Emilda [Zara Zya] seorang gadis yang agak kasar tetapi mempunyai wajah yang ayu cantik jelita. Fitri [Azhar Azhael] sudah berulang kali berusaha untuk mendapatkan cintanya tetapi hati Emilda begitu keras untuk menerimanya. Sebagai seorang usahawan produk kuruskan badan, Emilda aktif dengan syarikat kecil-kecilannya dibantu oleh sahabat baiknya bernama Syira [Chacha Maembong].
Fitri juga meminta bantuan Syira untuk mendekati Emilda tetapi masih gagal.  

Melalui laman sosial Facebook, Emilda menggunakan nama pena Mawar Putih dan berkenalan dengan Mawar Merah. Masing-masing tidak menggunakan profil picture wajah sendiri, dan hanya menggunakan gambar bunga. Mereka menggunakan nama pena bunga mawar di facebook dan menulis madah cinta di status masing-masing sebagai luahan kekecewaan cinta. 

Shah membeli sebuah rumah tanpa diketahui rumah itu bersebelahan dengan rumah Emelda. Sejak itu Shah dan Emilda bertekak dan saling bermusuh dalam keadaan berjiran. Masing-masing tidak tahu mengetahui identiti sebenarnya Emilda adalah Mawar Putih dan Shah adalah Mawar Merah. 

Profil Drama Cinta FB HyppTV

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Romantik Komedi
Pengarah : Rusdi Ramli
Penulis : MF Kenchana
Studio : Nafalia Corporation
Pelakon : Zara Zya, Hafizul Kamal, Erwin Dawson, Chacha Maembong, Azhar Azhael, Nisha Dirr, Noralbaniah, Arja Lee, Zalfa Zin dan Reza Hasbi.
Episod : 30 Episod
Waktu Siaran : Isnin & Selasa pada jam 9.00 malam.
OST : Tanda Tanya nyanyian Aisyah Aziz

Filem Bopeng [2016]

$
0
0

nabil ahmad johan as'ari
Poster Filem Bopeng.

Filem terbaru yang bakal ditayangkan pada 22 Disember 2016 mengambil Nabil dan Johan As'ari sebagai watak utama. Nabil sebagai Bo dan Johan sebagai Peng dengan tagline 'Kita punya bloodbrothers takde sape boleh lawan bro!".

Profil Filem Bopeng 2016 

Genre : Komedi Thriller
Pelakon : Nabil Raja Lawak, Johan Asári [Juvana], Zulin Aziz, Soffi Jikan, Wanna Ali, Fauzi Nawawi, Along Edzendy, Elli Suriati, Kilafairy dan Dira Abu Zahar.
Pengarah : Helmi Yusof
Penerbit : Dato' Aýu Puteh
Studio : Pencil Pictures & Records Sdn Bhd 
Tarikh Tayangan : 22 Disember 2016

Trailer Filem Bopeng


Drama Tak Beli Tak Cinta TV3

$
0
0
drama tak beli tak cinta 2016
Rita Rudaini memegang watak utama sebagai Puan Bibi

AIFA Motion Pictures akan mengeluarkan sebuah drama terbaru yang bertajuk Tak Beli Tak Cinta arahan pengarah popular Ahmad Idham. Barisan Pelakon terdiri daripada Rita Rudaini sebagai Puan Bibi, Ariz Lufias sebagai Muhammad Isma, Qara Lyana sebagai Filzah, Syainie Shuhaimi sebagai liyana dan Erry Putra sebagai Tuan CJ.
 
Profil Drama Tak Beli Tak Cinta

Episod : 20 episod
Siaran : Slot Iris TV3
Genre : Komedi Sitkom
Pengarah : Ahmad Idham [Mat Moto Otai] & Rosli Mohd Taib
Terbitan : AIFA Motion Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Rita Rudaini, Ariz Lufias, Qara Lyana, Syainie Aida Shuhaimi [Patahnya Sebelah Sayap], Aliff Yasraff, Erry Putra, Habiel Lutfillah, 
Penampilan Khas : Shiha Zikir, Dian P Ramlee, Datuk Eizlan Yusof, Abib Jamu Mak Dara dan Ropie Cecupak.
Lokasi Pengembaraan :  The Strand di Kota Damansara, Petaling Jaya.  

tak beli tak cinta
Barisan pelakon dan Krew drama Tak Beli Tak Cinta yang bakal ditayangkan di slot Iris TV3

Sinopsis Drama Tak Beli Tak Cinta

Drama 20 episod ini mengisahkan kehidupan Bibi lakonan Rita Rudaini yang juga pemilik butik barangan kecantikan dan pakaian. Perniagaan itu diusahakan Bibi selepas kematian suaminya dalam tragedi pesawat MH17.

Bibi yang mempunyai anak lelaki berusia 11 tahun setiap hari berdepan dengan pelbagai masalah terutama membabitkan kerenah pekerja, pelanggan dan rakan perniagaan. Di butik Bibi nempunyai dua pembantu iaitu Liyana [Syainie Aida] dan Isma [Ariz Forteen]. Tanpa disangka wujud konflik cinta tiga segi antara mereka.

Namun, kehadiran CJ [Erry Putra] iaitu kawan karib arwah suami Bibi yang juga seorang duda membuka lembaran baru dalam hidup Bibi. Dalam diam CJ menyimpan rasa cinta terhadap Bibi.

Sumber sinopsis : Harian Metro


Mr. Donat Karamel [Slot Lestary TV3]

$
0
0
para pelakon donat karamel drama
Barisan Pelakon : Idris Khan, Azira Shafinaz, Hafidz Roshdi, Mona Allen dan Sazuwan Hassan

Drama Mr. Donat Karamel bakal menggantikan drama Sweetie Nanie yang bakal berakhir pada hujung bulan Oktober ini. Drama ini diarahkan oleh Azman Yahya [Jinggo] dan diterajui oleh Hafidz Roshdi dan Azira Shafinaz. Pelakon baru ke? Tak pernah dengar nama mereka berdua ini.

Profil Drama Mr. Donat Karamel

Negara : Malaysia
Episod : 13 Episod
Tarikh Tayangan : Oktober 2016
Siaran : Slot Lestary TV3
Pengarah : Azman Yahya aka Jinggo
Skrip : Rehal Nuharis
Adaptasi : Novel Mr Donat Karamel karya Hanny Esandra
Terbitan : JS Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Hafidz Roshdi, Azira Shafinaz, Mona Allen, Syazuwan Hassan, Fimie Don, Shamsul Ghau Ghau dan Idris Khan.
OST : Jangan Kecam Cintaku nyanyian Bahrain Rahman

Sinopsis Drama Mr. Donat Karamel 

Kisah seorang novelis bernama Anggun Qairah yang kerjanya menulis dan makan donat karamel di sebuah kafe. Hari-hari tanpa jemu. Di situ dia mencurahkan ilham. Di situ dia khusyuk dan tenggelam dalam dunia ciptaannya.
 
Suatu hari dia bertemu dengan Faiq Faiqal secara tidak sengaja dalam satu kemalangan kecil yang merosakkan segala khazanah pentingnya. Cermin mata dan komputer ribanya hancur digilis kereta. Dengan rasa simpati, Faiq membantu Anggun dan menggantikan dua barang penting milik Anggun. Anggun yang rabun, tidak cam siapa lelaki yang melanggarnya.
 
Faiq pula sudah gila bayang. Dia, CEO Design Dynamic Berhad turun pangkat sebagai pelayan di Kafe Donat Karamel semata-mata kerana mahu mendekati gadis idamannya dengan menyamar sebagai Rafiqi. Rafiqi yang konon-kononnya meminati semua karya garapan Anggun.
 
Hari demi hari hubungan mereka semakin berkembang mekar sehinggalah Zhariff, lelaki sekampung dengan Anggun, mula mengganggu hubungan mereka. Namun, hubungan mereka tetap kukuh sehinggalah hari bersejarah mereka.
 
Anggun kecewa bila tahu Rafiqi yang sebenarnya adalah Faiq. Dia rasakan Faiq tidak ikhlas bila Faiq tidak jujur dan menipunya selama ini. Bermulalah misi ops pikat isteri yang dijalankan oleh Faiq. Pelbagai adegan lucu yang Faiq ciptakan.
 
Zhariff pula tidak jemu meminta-minta Anggun daripada Faiq. Sebagai suami Faiq rasa tercabar. Anggun pula salah faham bila terdengar pertengkaran mereka lalu membawa diri ke kampung. Bahagiakah Anggun di sisi Faiq? Faiq pula, masih ada lagikah kesabaran dalam menempuh rumah tangga yang dibina? Cinta perlukan kesabaran. Faiq pasti, akan ada bahagia di penghujung jalan.
 
Gambar Para Pelakon Mr Donat Karamel
 
faiq haiqal anggun qairah
Hafidz Roshdi sebagai Faiq Faiqal dan Azira Syafinaz sebagai Anggun Qairah

mona allen syazuwan hassan
Mona Allen dan Syazuwan Hassan

hafidz roshdi
Hafidz Roshdi

idris khan zhariff
Idris Khan memgang watak Zhariff

Sherlock Musim Ke-4

$
0
0
First Official photo of Season 4. Benedict Cumberbatch and Martin Freeman

Musim ke-4 siri Sherlock akan mula dipertontonkan pada awal tahun hadapan. Benedict Cumberbatch [Dr Strange] dan Martin Freeman [Hobbit, Civil War] kembali menerajui watak Sherlock Holmes dan John Watson. Setelah dua tahun menanti, pasti siri hebat ini menjadi tumpuan untuk para peminat.

Kalau ikutkan twitter official untuk siri Sherlock [pautan], mereka masih mengekalkan tiga episod untuk musim ke-4. Dua episod pertama sudah mempunyai tajuk iaitu The Six Thatcher untuk episod 1 dan The Lying Detective untuk episod 2. Boleh tengok teaser untuk Sherlock Musim keempat kat bawah;


Trailer Sherlock Musim-4



Review Sherlock

- its not a review, more on my rant on the series.

First time aku tengok siri Sherlock adalah di rumah member. Masa tu just tengok sikit scene dari first season episod satu. Terus macam wow! Balik rumah cari untuk download full episod untuk ketiga-tiga musim, tak jumpa so aku hold dulu untuk marathon siri ini. Minggu lepas, kebetulan jumpa siri Sherlock full episod dan semua boleh tengok online. Aku download la semua sebelum semua file kena delete. Kalau nak korang boleh tengok online di watchseries.ac.

Musim ketiga berakhir dengan video kehadiran semula Jim Marioty - yang mati bersama-sama dengan Sherlock dalam musim kedua episod 3 siri tersebut. Kita dah diberi pelbagai versi untuk memperdaya John dalam mempercayai kematian Sherlock - ada 13 pilihan sebenarnya tetapi ada 4 atau 3 teori yang dijelaskan dengan terperinci.


Musim ketiga episod 3 agak mengecewakan sebab villain kurang menjadi tetapi episod 2 musim 3 memang terbaik. Satu majlis perkahwinan penuh havoc dengan Sherlock Holmes speech dan kes-kes yang penuh misteri untuk diselesaikan. Bagi aku, the kes pertama iaitu A study In Pink masih lagi kes terbaik yang pernah diorang pertontonkan. Dan ianya kes pertama bagi duo ini - Sherlock Holmes dan John Watson. 

Siri ini sangat-sangat terbaik! Dah macam tonton filem pun ada disebabkan satu episod memakan masa 1 jam 30 minit. Jadi tiga episod itu dah macam 3 filem berlainan kamu tonton. Setiap episod akan pastikan kes tersebut berjaya dijelaskan dengan baik. Disebabkan siri ini diterbitkan setiap dua tahun sekali, so aku pun akan turut bersama-sama tunggu dengan kamu [peminat sherlock] untuk musim seterusnya.

Drama Nasi Minyak Kuah Kari [Slot Dahlia TV3]

$
0
0
emma maembong nazrief nazri
Emma Maembong dan Nazrief Nazri

Drama terbaru di slot Dahlia akan bermula pada 9 Oktober [Ahad ini] merupakan satu drama di bawah produksi Orangetree Production Sdn Bhd. Drama ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan menggandingkan Emma Maembong dan Nazrief Nazri.

Promo drama Nasi Minyak Kuah Kari [Slot Dahlia]


Sinopsis Drama Nasi Minyak Kuah Kari [Slot Dahlia]

- sumber asal : kbergetar

Drama ini mengisahkan tentang Putra Izka [Nazrief Nazri], seorang wartawan di sebuah stesen televisyen, secara tidak sengaja telah bertemu dengan Mia [Emma Maembong] di dalam sebuah bas ketika ingin bercuti pulang ke kampung. Mia baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat ijazah dalam bidang komunikasi massa.

Drama antara mereka berdua berlanjutan apabila Mia mula menjalani latihan praktikal di stesen televisyen yang sama dengan Izka. Ini memberi peluang kepada Izka untuk membalas dendam terhadap Mia. Izka kurang bertuah dalam percintaan dan telah dua kali putus cinta. Mungkin disebabkan itu Izka agak dingin dengan perempuan dan menyerah soal jodoh kepada ibunya Azizah.

Di kampung, Azizah telah mengaturkan pertunangan Izka dengan gadis bernama Zulaikha. Pada masa yang sama, ibu dan bapa Mia juga telah mengaturkan jodoh untuk Mia dengan jejaka pilihan mereka bernama Putra. 

Apa yang tidak diketahui oleh Mia dan Izka adalah mereka sebenarnya merupakan tunang masing-masing. Mia mesra dipanggil Zulaikha oleh keluarganya kerana dia kuat menangis waktu kecil dahulu dan nama itu diberi oleh neneknya. Izka pula mula jatuh hati setelah merasa nasi minyak kuah kari yang diberi oleh Zulaikha.

Apakah perasaan Mia dan Putra selepas mendapat tahu bahawa mereka telah bertunang dengan musuh ketat mereka sendiri? Adakah perasaan benci itu akan bertukar menjadi cinta?

Profil Drama Nasi Minyak Kuah Kari [Slot Dahlia]

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Terbitan : Orangtree Production Sdn Bhd
Pengarah : Eoon Shuhaini [Cinta Masam Manis
Pelakon : Emma Maembong [Yes Boss!], Nazrief Nazri [Lara Terindah], Aishah Ilias, Shahz Jaszle [Cinta Masam Manis], Anas Ridzuan, Idzham Ismail, Riezman Khuzaimi, Ieka Simone dan Fara Mendoza.
Genre : Komedi
Episod : 20 Episod
Tayangan : Bermula 9 Oktober 2016
Siaran : Slot Dahlia TV3 [Setiap Jumaat hingaa Ahad jam 7.00 malam]

Movie The Doll 2016 Arahan Rocky Soraya

$
0
0
the doll movie poster
Poster movie The Doll


Filem seram terbaru dari Indonesia bertajuk The Doll akan menjengah pawagam Malaysia pada 10 November 2016. The Doll merupakan arahan dan idea asal sepenuhnya oleh Rocky Soraya. Barisan pelakon yang terlibat adalah Shandy Aulia, Denny Sumargo, Sara Wijayanto, Vitta Mariana, Annette Edoardo dan Damien Aditya.

Sinopsis The Doll 2016 

Sepasang suami isteri, Anya dan Daniel baru saja berpindah ke sebuah rumah di Bandung dan bersedia menjalani kehidupan baru mereka. Tanpa sengaja, Daniel membawa pulang sebuah boneka dari lokasi projek tempat dia bekerja yang ada di Jalan Siliwangi. Boneka tersebut ada di atas pohon yang kemudian ditebang Daniel untuk keperluan projek real estate. 

Anya yang merupakan seorang pembuat boneka dengan senang hati meletakkan boneka itu di rumah mereka. Tapi Niken, jiran mereka takut ketika melihat boneka itu. Ternyata boneka itu bernama Ghawiah yang membawa erti jahat dan mengikuti hawa nafsu. 

Dulu boneka itu adalah milik seorang anak kecil bernama Uci yang meninggal ketika dia dan seluruh keluarganya dibunuh secara keji dalam satu kes rompakan. Hal-hal aneh mulai terjadi seperti boneka yang pindah tempat sendiri, loceng pintu yang bunyi tanpa ada orang dan suara anak kecil pada malam hari. Apa yang sebenarnya terjadi?

Trailer Movie The Doll


Profil Movie The Doll

Negara : Indonesia
Bahasa : Melayu
Pengarah : Rocky Soraya
Idea Asal : Rocky Soraya
Studio : Hitmaker Studio
Pelakon : Shandy Aulia, Denny Sumargo, Sara Wijayanto, Vitta Mariana, Annette Edoardo dan Damien Aditya.
Tarikh Tayangan : 27 Oktober 2016 [Indonesia], 10 November 2016 [Malaysia]
Muzik : Profound Music
Pengarah Bunyi : Adityawan Susanto
Sinematografi : Asep Kaula
Kostum : SA Collection
Penyunting : Kelvin Nugroho dan Sastha Sunu

Why Him Movie Lakonan Bryan Cranston

$
0
0
james france bryan craston
Poster Movie Why Him?

Why Him? merupakan sebuah karya komedi lakonan Bryan Cranston dan James Franco. Bryan Cranston adalah pelakon untuk watak Walter White dalam siri Breaking Bad dan watak Hal dalam siri Malcolm in the Middle. James Franco pula terlibat dalam movie seperti 127 Hours, Planet of The Apes dan Good People. Peminat Bryan Cranston dan James Franco boleh la ke pawagam untuk tengok filem komedi ini.

Why Him Movie Profil

Bahasa : English [USA]
Studio : Twentieth Century Fox Film, Red Hours Films.  
Pengarah : John Hamburg
Penulis : Jonah Hill, Ian Helfer dan John Hamburg
Pelakon : Bryan Cranston. James Franco, Zoey Deutch, Adam Devine, Keegan Micahel Key, Griffin Gluck, Megan Mullally, Andrews Rannells, Casey Wilson, Bob Stephenson dan Steve Aoki.
Genre : Comedy 
Tarikh Tayangan : 25 Disember 2016 [USA], 29 Disember 2016 [Singapura] 

Trailer Movie Why Him? 


Why Him? Movie Sinopsis 

Over the holidays, Ned (Bryan Cranston), an overprotective but loving dad and his family visit his daughter at Stanford, where he meets his biggest nightmare: her well-meaning but socially awkward Silicon Valley billionaire boyfriend, Laird (James Franco). The straight-laced Ned thinks Laird, who has absolutely no filter, is a wildly inappropriate match for his daughter. The one-sided rivalry—and Ned’s panic level—escalate when he finds himself increasingly out of step in the glamorous high-tech hub, and learns that Laird is about to pop the question.

james franco brayn cranston
Bryan Cranston dan James Franco

griffin gluck james franco
James Franco dan Griffin Gluck
brayan cranston megan mullally
Bryan Cranston dan Megan Mullally

james franco bryan cranston megan mullally gluck griffin zoey deutch
The Fleming family.
james franco shirtless
James Franco

Pirates of the Caribbean : Dead Man Tell No Tales Movie

$
0
0
Dead Man Tell No Tales teaser poster

Wow! Hollywood akan mengeluarkan satu lagi movie franchise Pirates of the Caribbean iaitu Dead Man Tell No Tales. Ini merupakan filem ke-lima siri Pirates of the Caribbean. Harapnya bukanlah yang terakhir kerana Pirates of Caribbean adalah satu-satu nya filem pasal Pirates yang berjaya mendapat tempat di hati peminat. Ada ke filem lain pasal pirates? Mungkin anime one piece le.

Untuk filem ke-5 siri Pirates of the Caribbean, ianya diarahkan oleh Espen Sandberg dan Joachim Ronning dengan tulisan skrip oleh Jeff Nathanson. Johnny Depp akan kembali mewarnai watak Captain Jack Sparrow bersama-sama dengan Orlando Bloom sebagai Will Turner, Geoffrey Rush sebagai Barobossa, Kevin R. McNally sebagai Joshamee Gibbs dan Stephen Graham sebagai Scrum.

Tarikh tayangan filem ini dikatakan adalah pada 26 May 2017

Profil Movie Pirates of The Caribbean : Dean Man Tell No Tales

Bahasa : English [Amerika]
Studio : Walt Disney Pictures, Jerry Bruckheimer Films, Moving Pictures Company.
Genre : Fantasi Pengembaraan Aksi
Pengarah : Espen Sandberg dan Joachim Ronning
Penulis : Jee Nathanson [Catch Me if You Can, Indiana Jones and the Kingdom of The Crystal Skull]
Muzik : Geoff Zanelli
Penerbit : Jerry Bruckheimer
Penerbit Eksekutif : Mike Stenson, Chad Oman, Joe Caracciolo Jr, Terry Rossio dan Brigham Taylor.
Shooting Place : Village Roadshow Studio dan Queensland, Australia 
Tarikh Tayangan : 26 May 2017 [USA, Malaysia, Singapura]
Pelakon : Johnny Depp, Orlando Bloom, Geoffrey Rush, Kevin R, McNally, Stephen Graham, Javier Bardem, Kaya Scodelario, Brenton Thwaites, David Wenham dan Golshifteh Farahani.

Sinopsis Dead Man Tell No Tales 

Thrust into an all-new adventure, a down-on-his-luck Captain Jack Sparrow finds the winds of ill-fortune blowing even more strongly when deadly ghost pirates led by his old nemesis, the terrifying Captain Salazar [Bardem], escape from the Devil’s Triangle, determined to kill every pirate at sea…including him. Captain Jack’s only hope of survival lies in seeking out the legendary Trident of Poseidon, a powerful artifact that bestows upon its possessor total control over the seas.
 
Teaser trailer Pirates Of Caribbean : Dead Man Tell No Tales Movie 


- Memang terbaik la trailer ni. Javier Bardem memang menjadi kalau bawa watak jahat [captain Salazar]. Dengan solekan dan muzik yang seram tu. Meremang bulu roma!

Drama Red Velvet Lakonan Alif Satar dan Jihan Muse

$
0
0

Michael Ang akan mengarahkan satu lagi drama adaptasi novel selepas Biar Aku Jadi Penunggu dan Suri Hati Mr Pilot. Kali ini novel Red Velvet hasil karya Acik Lana akan diadaptasi. Pelakon-pelakon utama juga telah diumumkan iaitu Alif Satar sebagai Izaat, Jihan Muse sebagai Helena dan Emma Maembong sebagai Sophie.

Profil Drama Red Velvet

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Pengarah : Michael Ang [Biar Aku Jadi Penunggu dan Suri Hati mr Pilot]
Pelakon : Alif Satar [Alif Dalam 7 Dimensi], Jihan Muse [Astro Bella Jom Kurus] dan Emma Maembong [Yes Boss!].

Sinopsis Drama Red Velvet 

Helena tidak memperdulikan tohmahan mahupun kata-kata nista apabila dia mahu mendirikan rumah tangga dengan Fareeq yang merupakan suami orang. Janji dia bahagia, namun Fareeq mungkir janji dan tidak mengahwini Helena. Perkara ini menyebabkan Helena patah hati dan membawa diri. 

Dalam kehidupan yang patah hati dan huru-hara, Helena bertemu dengan Izaat. Bagi Helena, Izaat seorang yang sinis, ego dan berlagak. Izaat merupakan seorang pembuat cake dan sentiasa mencari masalah dengan Helena. 

Dalam keadaan terpaksa, Helena bekerja di bakeri yang sama Izaat bekerja. Dalam pergaduhan, mula timbul soal hati dan perasaan. Namun, rahsia silam Helena yang menjadi homewrecker kembali menghantuinya kerana Izaat sangat bencikan perempuan jenis homewrecker ini.

Spiderman Homecoming Movie 2017

$
0
0
poster filem spiderman homecoming
Spiderman Homecoming Poster

Tom Holland sebagai Spiderman dalam movie Civil War menjadi bualan ramai dan peminat inginkan lebih cerita dan background mengenai watak spiderman tersebut. So, marvel akan keluarkan movie Spiderman Homecoming yang bakal menjengah pawagam pada 7 Julai 2017.

Sorry to Black Widow and Hawkeye. Bila la nak ada filem sendiri. haha.

Selain Tom Holland, filem ini akan dibarisi oleh pelakon seperti Logan Marshall Green, Donal Glover, Marisa Tomei, Angourie Rice, Martin Starr, Zendaya, Kenneth Choi, Michael Chernus, Hannibal Buress dan Tony Revolori. Watak penjahat utama akan dipegang oleh Michael Keaton sebagai birdman aka The Vultures.

spiderman vs vultures
Konsep seni perlawanan antara Spiderman dengan The Vultures

Untuk filem Spiderman homecoming, kita juga akan dapat lihat juga kemunculan Robert Downey Jr sebagai Iron Man dan Jon Favreau sebagai Happy Hogan. Dalam Civil War sendiri Iron Man [Tony Stark] bertindak sebagai mentor kepada Spiderman. 

Behind The Scene Versi Spiderman dalam Civil War


- Terbaik video klips behind the scene yang fokus kepada watak Spiderman dalam Civil War. Tom Holland dan stunt double Marvin Ross.

Profil Filem Spiderman Homecoming

Bahasa : English [Amerika]
Studio : Columbia Pictures, Marvel Enterprise
Pengarah : Jon Watts
Penulis : Jonathan Goldstein, John Francis Daley, John Watts, Christopher Ford, Chris McKenna dan Erik Sommers.
Idea Asal : Stan Lee dan Steve Ditko [Komik] 
Genre : Aksi Pengembaraan
Pelakon : Tom Holland [The Impossible], Robert Downey Jr, Jon Favreau, Michael Keaton, Logan Marshall Green, Donal Glover, Marisa Tomei, Angourie Rice, Martin Starr, Zendaya, Kenneth Choi, Michael Chernus, Hannibal Buress dan Tony Revolori.

tom holland spiderman marvel
Tom Holland sebagai Spiderman

Drama 7 Hari Mencintaiku [Akasia TV3]

$
0
0
siti saleha shukri yahaya
Shukri Yahaya dan Siti Saleha dalam drama 7 Hari Mencintaiku.

Drama 7 Hari Mencintaiku ini bakal ditayangkan di TV3, slot akasia juga merupakan adaptasi dari novel dengan tajuk yang sama. Tarikh tayangan masih belum pasti namun dikatakan bermula pada bulan November menggantikan drama cinta masam manis.  Drama ini bakal diterajui oleh dua pelakon hebat iaitu Shukri Yahaya dan Siti Saleha.

Profil Drama 7 Hari Mencintaiku

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Episod : 28 Episode
Studio : Pena Creative Pictures Sdn Bhd
Karya Asal : Siti Rosmizah
Pengarah : Jamal Khan
Skrip : Rozie Rashid dan Ainaa Hanez
Penerbit Eksekutif : Muhamad Haiqal Mazelan dan Muhamad Haziq Mazelan
Penerbit Bersekutu : Siti Rosmizah dan Mazelan Zainol Abidin
Pelakon : Shukri Yahaya [Surf This Love], Siti Saleha [Bala Pencinta], Wan Sharmila [Mat Moto Otai], Shazwan Zulkifli, Zila Bakarin, Zarynn Min, Faye Kusairi [Tombiruo] dan Ungku Hariz.
OST : Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah
Siaran : Slot Akasia TV3

[Lirik Video Lagu Lelaki Teragung]


[Opening Montage Drama 7 Hari Mencintaiku - No Sound]

Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku [TV3 Akasia]

Mengisahkan Khuzairi (Shukri Yahaya), dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana (Siti Saleha). Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Mia Adriana merupakan seorang peguam dan mempunyai firma guamannya sendiri bersama ayahnya Dato Megat Idrus. Mia telahpun bertunang dengan sepupunya sendiri Khalil (Ungku Hariz). Namun kerana terlalu percaya pada tunangnya, Khalil, Mia Adriana telah menyebabkan ayahnya muflis. Khalil tidak hadir pada malam pernikahan mereka, sebaliknya Khalil menikahi Rita kerana duit. Dato Megat yang diserang sakit jantung, meminta Khuzairi untuk menjadi menantunya. Demi menutup malu, Mia sanggup berkahwin dengan Khuzairi walaupun mengganggap Khuzairi kekampungan dan kolot.

Bermulanya kehidupan baru Mia Adriana bersama Khuzairi di kampung.

Gegar Vaganza 3 [2016]

$
0
0
Para peserta Gegar Vaganza 3.

Gegar Vaganza kembali lagi untuk musim ketiga. Masih mengekalkan pengacara yang sama iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse serta juri professional yang sama iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim. Berikut adalah senarai peserta untuk Gegar Vaganza 3;

1) Amen Spring
2) Intan Sarafina
3) Gmie Screen
4) Azharina
5) Razif Ismail
6) Shidee Data
7) Rem
8) Zur Eda
9) Elly Mazlein
10) Zarul Umbrella
11) Siti Sarah
12) Nora

Gegar Vaganza 3 akan memulakan konsert pertama pada 16 Oktober ini, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria 104 dan HD 123.

Senarai peserta Gegar Vaganza 3

Ip Man 4 Kembali Dengan Donnie Yen dan Wilson Yip

$
0
0

Yes! Nampaknya kali ini tidak perlu menunggu lama untuk filem Ip Man terbaru. Filem kedua dan ketiga ambil masa selang 5 tahun. Namun atas kejayaan kutipan box office filem ketiga Ip Man, Donnie Yen tidak mengambil masa yang lama untuk mengumumkan pembikinan filem ke-empat Ip Man. 

Masih mengekalkan pengarah yang sama iaitu Wilson Yip, filem ini semestinya ditunggu oleh para peminat filem aksi dan seni mempertahankan diri. 

Ip Man mengisahkan kehidupan dari kisah sebenar Yip Man - seorang pengamal seni mempertahankan diri Win Chun dan lebih dikenali kerana dia merupakan guru kepada legenda seni pertahanan diri iaitu Bruce Lee. Dalam Ip Man 3 ada satu fight antara Mike Tyson dan Ip Man, memang terbaik la kareografi scene tu. Ip Man 4 harap ada banyak lagi!
 
[Fight scene between Ip Man vs Mike Tyson]

Movie Shut In lakonan Naomi Watts dan Jacob Trembley

$
0
0
poster thriller movie shut in
Poster Movie Shut In.

Filem yang bakal ditayangkan pada 11 November 2016 ini merupakan filem arahan Farren Blackburn dan hasil tulisan skrip oleh Christina Hodson. Barisan pelakon hebat yang membintangi filem ini adalah Naomi Watss, Jacob Trembley, Charlie Heaton dan Oliver Platt.

Jacob Trembley merupakan pelakon kanak-kanak yang tengah meningkat naik sekarang selepas dia menjayakan filem Room di samping Brie Larson tahun lepas. Terbaik la movie tu! Naomi Watts sudah membina nama dengan movie-movie hebat seperti The Impossible dan King Kong.

Trailer Movie Shut In


Sinopsis Movie Shut In

A heart-pounding thriller about a widowed child psychologist who lives in an isolated existence in rural New England. Caught in a deadly winter storm, she must find a way to rescue a young boy before he disappears forever.

Profil Movie Shut In

Bahasa : English [Perancis]
Studio : EuropaCorp, Lava Bear Films
Pengarah : Farren Blackburn
Penerbit : Luc Besson
Penulis : Christina Hodson
Muzik : Nathaniel Mechaly
Pelakon : Naomi Watts, Jacob Trembley, Charlie Heaton, Oliver Platt, David Cubitt dan Crystal Balint.
Genre : Thriller
Tarikh Tayangan : 11 November 2016 [sudah beberapa kali dipinda]

jacob trambley naomi watts
Naomi Watts dan Jacob Trembley dalam movie Shut In 2016
Viewing all 584 articles
Browse latest View live