Quantcast
Channel: J&B BLOGSPOT
Viewing all 584 articles
Browse latest View live

Trailer, Sinopsis dan Poster Movie Headshot Lakonan Iko Uwais

$
0
0
headshot film poster
Poster Filem Headshot

Terbaik lah tagline filem ini "They should have killed him". 

Kalau sebut nama Iko Uwais, memang tak dapat dinafikan filem The Raid and The Raid 2 : Berandal adalah antara filem aksi terbaik dekad ini. Koreagrafi aksi yang memang hebat! Jadi filem terbaru Iko Uwais ini memang dinantikan oleh para peminat.

Headshot baru sahaja release trailer pertama mereka dan ianya mendapat sambutan hebat dari seluruh peminat filem aksi. Kalau kamu sukakan filem lakonan Iko Uwais sebelum ini, boleh tonton trailer ini kat bawah:

 [Trailer filem Headshot lakonan Iko Uwais]

Dari segi jalan cerita, rasanya memang cliche filem aksi - who am i [jackie chan], jason bourne [matt damon] dan banyak lagi filem aksi yang gunakan tema amnesia ini. Walaubagaimanapun, dengan aksi yang dipaparkan memang membuat aku excited untuk tengok apa yang bakal terjadi.

Filem headshot ini diarahkan oleh Kimo Stamboel dan Timo Tjahjanto, hasil tulisan skrip oleh Timo Tjahjanto. Selain Iko Uwais, pelakon yang terlibat adalah Chelsea Islan, Sunny Pang, David Hendrawan, Very Tri Yulismann, Julie Estelle, Zack Lee dan Epy Kusnandar. 

Sinopsis Filem Headshot 
Seorang lelaki [Uwais] yang tidak diketahui identitinya terbangun dari koma tanpa sebarang ingatan. Lelaki ini dijaga oleh seorang pelajar perubatan bernama Ailin [Chelsea Islan], yang memberi nama Ishmael kepada lelaki tersebut. Ternyata sejarah lampau Ishmael datang mengejar dia, Lee [Sunny Pang] seorang kepala gangster dan pengedar dadah mahukan Ishmael. Lalu dia menculik Ailin. Maka, bermulalah perjalanan Ishmael dalam menyelamatkan Ailin dan menyingkap kembali memori dirinya yang telah hilang.


Movie headshot bakal ditayangkan pada  16 Disember 2016 di Indonesia. Tarikh tayangan di Malaysia belum pasti, mungkin juga tidak ditayangkan seperti The Raid 2; Berandal. Kita tunggu update ye!

Barisan Pelakon dan Sinopsis Drama Korea Entourage

$
0
0
Drama Korea Entourage adalah 'remake' daripada siri Amerika dengan tajuk yang sama. Entourage US ditayangkan selama 8 musim daripada tahun 2004 sehinga 2011 - aku pernah tengok episod pilot [first episode of the first season] dan memang tak boleh nak teruskan. it's too much for me. ehem! Penuh dengan parti, dadah, arak dan sebagainya. Memang tunjuk realiti selebriti di Hollywood.

Sesi bacaan skrip untuk drama Entourage 2016

So, it is gonna be good untuk tonton versi korea pulak. Aku harap versi ini lebih sopan dan tekankan more towards the bromance and friendship. Para pelakon yang terlibat adalah Seo Kang Jong, Cho Jin Woong, Park Jung Min, Lee Kwang Soo, Lee Dong Hwi, Kim Hye In, Ahn So Hee, Choi Myoung Gil dan Amber.

Drama Entourage mengisahkan Cha Young Bin [Seo Kang Jong], seorang artis yang sedang meningkat naik dan kehidupannya dengan tiga rakan sejak kecil iaitu Lee Ho Jin [Park Jung Min], Cha Joon [Lee Kwang Soo] dan Geobook [Lee Dong Hwi]. Young Bin merupakan artis di bawah naungan sebuah syarikat yang diuruskan oleh Kim Eun Gab [Cho Jin Woong] sebagai CEO. 



Drama Entourage akan mula ditayangkan selepas tamatnya drama Cinderalla and Four Knights di saluran TvN, setiap jumaat dan sabtu, jam 11.00 malam [masa korea].

Gambar Sekitar bukit Bendera Penang 2016

$
0
0
bukit bendera
Pintu masuk Bukit Bendera untuk yang nak naik menggunakan kereta api kabel/funikular.

Bukit Bendera merupakan simbolik bagi Pulau Pinang. Jadi alang-alang ada di pulau pinang ini, aku mengambil sedikit masa semperna cuti hari ahad lepas untuk ke Bukit Bendera. Ramai juga yang datang melawat tempat ini. Masa aku beratur menaiki kereta kabel itu, satu gerombolan pelancong dari Indonesia ada di depan. Nasib baik mereka asingkan lorong untuk warganegara dengan bukan warganegara. So, tak payah tunggu lama untuk naik kereta api kabel. 

Oh! Masa aku sampai adalah jam 8.50 pagi dan ada promosi harga tiket kereta kabel pergi balik adalah hanya RM3. Memang jimat! Terkejut juga masa bayar RM10, kakak kaunter bagi balik baki bayaran. Bila Tanya, katanya ada promosi. Bagus! Bagus! Sila layari laman web rasmi Bukit Bendera [pautan] untuk promosi-promosi menarik ye.

Sampai atas, first yang aku cari adalah kedai makan. Lapar sebab pagi itu masih belum sarapan. Aku makan di kedai makan Cliff Cafe yang terletak di Astaka Bukit Bendera [macam foodcourt aje]. Yang buka hanya kedai makanan goreng-goreng, makan sahajalah sebab dah lapar sangat. Haha. Harga makanan standard kedai makan biasa. Takde la mahal sangat. 

Lepas makan, baru bermula aktiviti menapak ke seluruh pelusuk Bukit Bendera. Tak besar pun kawasan ini. Hanya satu atau dua jam sahaja dah habis pusing. Ada beberapa muzium yang boleh dilawati antara Owl Muzium dan Toys muzium [ini baru buka, kena bayar RM10 kalau nak masuk]. Ada beberapa attraction macam lookout point [seringgit untuk 2 minit], viewing deck dan love lock.  Masa aku ke sana, ada street artist buat performances, memang terbaik!

Semasa perjalanan turun, kena beratur lagi tunggu train. Setiap train hanya ambil masa 15 hingga 20 minit. Kali ini ada gerombolan pelajar sekolah rendah dengan dua guru pengiring dan yang best ada seorang pak cik yang dalam usia 60++ yang menceritakan perbezaan bukit bendera sekarang dengan apa yang pernah dia tengok waktu datang ketika berusia belasan tahun. 

bukit bendera
Cliff Cafe dan Owl Museum di Astaka Bukit Bendera

bukit bendera
Love Lock di Bukit Bendera

bukit bendera
Lookout Point di mana kamu boleh lihat bandar georgetown dari atas.

bukit bendera
Sky Terrace Bukit Bendera

bukit bendera
The Famous Bendera Hill Kacang Putih

bukit bendera
Masjid Bukit Bendera

bukit bendera
Kuil Sri Aruloli Thirumurugan di atas Bukit Bendera

bukit bendera
New attraction di Bukit Bendera - Mini Toy Musem dan The Habitat

bukit bendera
Dataran di Bukit Bendera

bukit bendera
Hopper di atas Bukit Bendera

bukit bendera
Mungkin first time jumpa monyet/kera di bukit bendera.

bukit bendera
Playground [taman permainan] pun ada kat atas bukit bendera

Poster, OST dan Barisan Pelakon Drama Sweetie Nanie TV3

$
0
0
aidit noh nadia brian
Poster drama Sweetie Nanie akan datang di TV3

Drama Sweetie Nanie merupakan drama arahan Pali Yahya, idea asal oleh Nieza Nahar dan tulisan skrip oleh Nieza Nahar dan Jue Zurhanisza. Drama 13 episode ini akan ditayangkan di saluran TV3, jam 9.00 malam, slot lestary menggantikan drama Maria Elisa. Tarikh tayangan bermula 29 September 2016.

Barisan pelakon yang terlibat adalah Nadia Brian sebagai Nanie Nadirah, Aidit Noh sebagai Zafri Khalis, Duerra Mitilda sebagai Manis, Syafnida Shuhaimi sebagai Fida, Nazeera Sardi sebagai Kak Ja, Ilya Buang sebagai Nazam, Rohaya SamatDFKL sebagai Mariam, Nafiz Muah sebagai Radhi, Fana Azizan sebagai Syada dan Firezze sebagai Shah.

OST drama ini dinyanyikan oleh cherpen band dengan lagu betajuk Selalu Denganmu. Komposer dan penulis lirik lagu adalah orang yang sama iaitu Gjie 6ixthSense. Boleh dengar lagu tu kat video di bawah;

[Ost drama Sweetie Nanie TV3] 

Lirik Lagu Selalu Denganmu Cherpen Band

Lelah hati ku menanti
Cinta yang mengisi hidupku
Engkau tiba hadir memenuhi
Relung hatiku yang telah lama sepi

Andainya kau tahu bertapa
Ku memerlukan mu
Hingga hujung waktu

Aku ingin selalu
Selalu denganmu
Dalam hidup dan matiku

Aku ingin selalu
Selalu didekatmu
Mendakap mu sepenuh jiwaku

poster drama sweetie nanie
Sweetie Nanie Teaser Poster

Behind The Scene Photo dan Barisan Pelakon Filem KL Special Force 2017

$
0
0
rosyam nor syamsul yusof
Rosyam Nor dan Syamsul Yusof - Dua tonggak utama filem KL Special Force

Filem KL Special Force merupakan filem arahan Syafiq Yusof yang baru berusia 23 tahun. Syafiq Yusof pernah mengarahkan filem seperti Villa Nabila, Abang Long Fadhil dan SAM : Saya Amat Mencintaimu. Filem terbarunya yang bertajuk KL Special Force merupakan usaha bersama antara Skop Production Sdn Bhd, Viper Studios Sdn Bhd dan Damofa Production Sdn Bhd.

Filem yang telah memulakan pengembaraan pada 15 Mei 2016 itu meletakkan Rosyam Nor, 49 sebagai pelakon utama. Memang jarang dalam industri perfileman Malaysia mengambil pelakon berusia sebagai watak utama. Syabas kepada Syafiq Yusof atas taruhan berani ini.

Siapa yang tidak kenal akan pelakon hebat Rosyam Nor? Sejak daripada filem Gila-Gila Remaja Lagi. Aku suka dua filem hebat lakonan Rosyam Nor iaitu Suami, Isteri & .... dan filem Lenjan. Siapa boleh lupa watak Castello dalam Gerak Khas The Movie. Terbaik kan!

Selain Rosyam Nor, pelakon-pelakon lain yang terlibat dalam filem KL Special Force adalah Syamsul Yusof, Fattah Amin, Tania Hudson, Sabrina Ali, Esma Daniel, Ramona Zamzam dan Mustaqim Bahadon.

Filem KL Special Force bakal ditayangkan pada tahun hadapan [baca: 2017]. Tarikh sebenar tayangan masih belum dipastikan. Layan gambar para pelakon dan behind the scene photo dahulu ye.

behind the scene photo
Salah satu scene letupan dalam KL Special Force movie.

esma daniel
Esma Daniel dalam filem KL Special Force

fattah amin
Fattah Amin dalam KL Special Force.

pelakon dan crew photo
Crew dan Para Pelakon dalam KL Special Force 2017

rosyam nor
Salah satu aksi Rosyam Nor dalam KL Special Force

syamsul yusof
Syamsul Yusof dalam filem KL Special Force

rosyam nor
Rosyam Nor dalam KL Special Force 2017


Banyak lagi gambar para pelakon dan behind the scene photo boleh tengok di instagram Rosyam Nor [@iamrosyam] dan Jurufoto Nazri [@Thehitman Nazri]. 

Trailer dan Poster Movie In A Valley of Violence

$
0
0
ethan hawke john travolta
Poster filem In A Valley of Violence

Filem In A Valley Of Violence menggabungkan dua pelakon utama Hollywood iaitu Ethan Hawke dan John Travolta. Selain mereka berdua, filem ini turut dilakonkan oleh Karen Gillan, Burn Gorman, Taissa Farmiga, James Ransone, Toby Huss, Larry Fessenden dan K Harisson Sweeney. Filem ini diarah dan ditulis sepenuhnya oleh Ti West.

Sinopsis Filem In A Valley of Violence;
A mysterious drifter named Paul and his dog Abbie make their way towards Mexico through the barren desert of the old west. In an attempt to shorten their journey they cut through the center of a large valley, landing themselves in the forgotten town of Denton, a place now dubbed by locals as a “valley of violence.” The once popular mining town is nearly abandoned, and is controlled by a brash group of misfits and nitwits—chief among them the seemingly untouchable Gilly, who is the troublemaking son of the town’s unforgiving Marshal. As tensions rise between Paul and Gilly, Denton’s remaining residents bear witness to an inevitable act of violence that starts a disastrous chain reaction, infecting the petty lives of all involved and quickly dragging the whole town into the bloody crosshairs of revenge.

Filem In A Valley of Violence bakal ditayangkan pada 21 Oktober 2016 [US]. Tarikh tayangan di Malaysia belum dipastikan.

Trailer Filem In A Valley of Violence;

Sinopsis Drama Awak Sangat Nakal

$
0
0
sharnaaz ahmad ayda jebat
Ayda Jebat dan Sharnaaz Ahmad dalam drama Awak Sangat Nakal

Sebuah lagi drama adaptasi novel bakal disiarkan di Astro Ria 104 dan Ria HD 123. Kali ini novel Awak Sangat Nakal karya Syamnuriezmil. Sebelum ini, drama Tuan Anas Mikael dan Suami Tanpa Cinta merupakan adaptasi daripada novel penulis yang sama.

Drama Awak Sangat Nakal ini bakal menggandingkan Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat sebagai teraju utama. Drama yang mempunyai 16 episod ini akan mula tayang pada bulan November tahun ini. Selain Ayda Jebat dan Sharnaaz Ahmad, pelakon lain yang terlibat adalah Ika Nabella, Tash Yong, Fadilah Mansor, Hefny Sahad, Farouk Hussain.

Pengarah drama Awak Sangat Nakal ini adalah Azmi Hatta dan merupakan salah satu drama terbitan Orangetree Production Sdn Bhd.

Sinopsis Drama Awak Sangat Nakal
- sumber

Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya. 
 
Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran.
 
Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu.
 
Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun.

Poster dan Sinopsis Filem Rock Bro! Arahan Mamat Khalid

$
0
0
poster filem rock bro!
Poster filem Rock Bro! arahan Mamat Khalid

Filem Rock Bro! merupakan penamat bagi franchise filem Rock yang bermula pada tahun 2005 dan diteruskan dengan Rock Oo; Rimba Bara Kembali pada tahun 2013. Rock Bro! merupakan filem terakhir versi Rock yang dihasilkan Mamat Khalid.

Sinopsis Filem Rock Bro!

Walaupun Zul Kapan beralih arah dan menyertai kumpulan rap, 4URU, ini tidak mematahkan semangat Rimba Bara yang masih gigih meneruskan perjuangan mereka di dalam industri muzik yang penuh dengan permainan politik. Sementara itu, Jijoe pula telah jatuh cinta dengan Ratu Rock Ella ketika terserempak di studio rakaman. Jijoe yang terlalu sayangkan Ella sanggup meninggalkan kehidupan rockernya dan menjadi kontraktor sebagai bukti dia betul-betul sayangkan Ella.

Pelakon yang terlibat dalam movie ini adalah Khir Rahman, Azmi Baharon [Azmi Black], Pekin Ibrahim dan Soffi Jikan. Ingatkan Ella turut serta dalam filem ini tetapi watak Ella dijayakan oleh seorang pelakon baru bernama Amy Juliet. Ada iras-iras Ella gamaknya. ehehee.

khir rahman soffi jikan pekin ibrahim azmi baharon
Kumpulan Rimba Bara kembali menjengah ke pawagam.

Tarikh tayangan untuk filem Rock Bro! ini adalah pada 27 Oktober 2016. Nantikan update mengenai filem ini ye.

Update poster dan banner Filem Rock Bro!

Grand Brilliance baru sahaja update poster dan banner terbaru untuk filem Rock Bro! ini. Jom tengok bawah;

filem rock bro! mamat khalid
Rock Bro movie poster

Nota Tambahan : Sebuah filem arahan Mamat Khalid di terajui Khir Rahman serta penampilan bersama Soffi Jikan, Pekin Ibrahim dan Azmi Bahron. Nantikan penampilan khas bintang-bintang rock ternama seperti Dato’ Hattan, Man Kidal dan Black Wings. Terbaik!

Judul Filem : Rock Bro! Kembali Ke Pangkal Jalan
Pengarah : Mamat Khalid 
Pengarah Sinematografi : Tan Teck Zee
Muzik : Raja Mahafaizal Raja Muzaffar
Penata Busana : Natasya Zamani
Pengarah Seni : Akmal Adli
Penyunting : Zappa Khalid / Ameen Khalid
Penolong Pengarah : Muhamad Razif Abdul Rashid
Penasihat Produksi : Mohd Nazari Ibrahim
Pengurus Produksi : Norhashimi Samsudin
Penerbit Bersekutu : Esmi Zahara Yusof
Penerbit : Irene Mariana Mohamad / Hasmah Hassan / Mamat Khalis
Penerbit Eksekutif : Tengku Iesta Tengku Alaudin
Cerita Asal / Skrip : Mamat Khalid
Pelakon : Soffi Jikan, Pekin Ibrahim, Khir Rahman, Amy Juliet, Azmi Bahron, Kamarool Hj Yusof, Dato' Hattan, Man Kidal dan Black Wings.
Tarikh Tayangan : 27 Oktober 2016

pelakon filem rock bro!
Poster [banner] untuk movie Rock Bro!


Poster dan Sinopsis Drama Patahnya Sebelah Sayap

$
0
0
Poster Drama terbaru TV3 bertajuk Patahnya Sebelah Sayap.
- Hati Cekal Menggapai Awan, Walau Terbangnya Tidak Sempurna -

Drama terbaru di TV3 akan bermula pada malam ini dan daripada sinopsis yang diberikan memang drama ini berdasarkan sebuah drama korea bertajuk 'Secret' yang disiarkan pada 2013. Ini antara drama korea melodrama yang terbaik pernah aku tonton. Diharapkan drama Patahnya Sebelah Sayap berjaya mengulangi kejayaan drama tersebut.

Drama Patahnya Sebelah Sayap ini menggandingkan tiga pelakon hebat iaitu Ummi Nazeera, Aeril Zafrel dan Izzue Islam. Ianya turut dibantu oleh Wawa Zainal, Putra Amaris, Syainie Shuhaimi, Zainab Othman, Normah Damansuri, Neera Azizi, Muhamad Faiz, Wan Nor Azlin, Azhar Amir, Mili, Arash Mohd dan Faiz Hak.

Bermula pada 20 September 2016 [malam ini], drama ini akan bersiaran di slot Samarinda setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10 malam. Jangan lupa saksikan tau!

drama patahnya sebelah sayap
Aeril Zafrel, Ummi Nazeera dan Izzue Islam.

Sinopsis Drama Patahnya Sebelah Sayap

Mengisahkan Alisha (Ummi Nazeera), seorang gadis kampung yang telah diberikan ujian percintaan yang berat daripada kekasihnya, Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan mereka amat baik dan harmoni kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Namun, segalanya berubah apabila Amzar lulus temuduga dan diterima untuk bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.

Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Alisha membelikan Amzar pelbagai jenis kemeja agar Amzar selesa bekerja. Atas keterujaan itu, Amzar berjaya membicarakan kesnya yang pertama. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar di kedai makan kegemaran mereka. Amzar juga melamar Alisha dan Alisha menerima lamaran Amzar tanpa syarat dek terlalu gembira.

Selesai mereka menjamu selera, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya. Mereka terus gegas ke kereta Alisha dan beransur pulang. Namun, kerana terlalu asyik bergurau, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan. Dalam keadaan hujan yang lebat Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang telah dilanggar mereka. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar dan enggan memberitahu hal sebenar.

Suatu hari, terpampang di dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha yakin bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian malam bersama Amzar. Trauma Alisha makin bertambah apabila sekumpulan anggota polis datang ke rumahnya dan menahannya. Menurut mereka, Alisha adalah suspek utama kes langgar lari yang disiarkan di media massa. Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di atas “kesalahannya” itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya sendirian. Selepas dua tahun, Alisha dibebaskan dan menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel), suami kepada mangsa langgar lari Amzar.

Bagaimanakah hubungan Alisha, Kuzairi dan Amzar? Adakah masa depan buat gadis yang bergelar bekas banduan itu?

sumber : infotaip

Profil Drama

Judul : Patahnya Sebelah Sayap
Pengarah : Ayie Mustafa
Skrip : Mia Marziah
Terbitan : Creative Skill Solution Sdn Bhd
Jumlah Episod : 15 
Tarikh Tayangan : Bermula 20 September 2016 [Slot Samarinda]
OST : Lagu Hancur Aku oleh Estanged ft Fazura 

Promo Drama Patahnya Sebelah Sayap


Opening Montage Drama Patahnya Sebelah Sayap

Barisan Pelakon dan Sinopsis Filem Surf This Love

$
0
0
Watak utama filem Surf This Love - Shukri Yahaya [Billy] dan Christina Suzanne [Mia]

Selain Shukri Yahaya dan Christina Suzanne, filem Surf This Love ini turut dibintangi oleh Josiah Hogan, Pekin Ibrahim, Farid Kamil, Ardell Aryana, Beto Khusyairi, Mustakim Bahadom dan Mimi Ernida. Filem ini diarahkan oleh Wan Mohd Hafiz Wan Hussain dan idea asal oleh Khairul Kiasan.

Sinopsis Filem Surf This Love 

Billy bekerja dengan kakaknya, Siti sebagai pemandu pelancong di Pulau Tioman. Sejak kecil, Billy sangat suka dengan sukan surfing (luncur ombak) kerana dia mendapat sumber inspirasi dari arwah abangnya iaitu Bobby yang merupakan seorang juara luncur ombak yang terkenal. Selain Bobby, Mike Malaya dan Jimmy yang juga sahabat arwah abangnya juga handal dalam sukan luncur ombak, turut menjadi idola Billy.

Walaupun sangat obsess dengan sukan surfing sejak dia berusia 12 tahun hinggalah sekarang Billy tidak pernah betul-betul cekap dan handal bermain dengan surf board dan ombak. Pencapaiannya dalam sukan ini terbantut kerana arwah abangnya Bobby mati dalam satu pertandingan sukan luncur ombak di Bali. Manakala Jimmy yang masih berkawan dengannya hingga kini dan tinggal tidak jauh dari rumahnya juga enggan mengajarnya kerana Jimmy mengalami kecacatan di kaki. Kesan dari kecederaan di kakinya dan juga sejak kematian Bobby, Jimmy bagaikan sudah ‘patah hati’ dengan sukan luncur ombak. Mike Malaya pula sejak kematian Bobby, dia telah merantau ke seluruh dunia bagi menyertai sukan luncur ombak. Maka terpaksa lah Billy terkial-kial berlatih surfing sorang diri tanpa tunjuk ajar sesiapa pun. Walaubagaimanapun, apa jua cabaran dan kesusahan, minat Billy dengan sukan ini tidak pernah luntur.

Cerita ini bermula dengan kehadiran seorang blogger yang cantik dari Kuala Lumpur iaitu Mia yang bertandang ke Pulau Tioman untuk membuat liputan tentang keindahan Pulau Tioman bagi bahan berita dalam blognya. Walaupun Mia pertama kali sampai Tioman dan hanya datang seorang diri, Mia tidak berdepan dengan sebarang masalah kerana di Tioman, Mia mempunyai seorang sahabat yang pernah belajar bersama-sama dengannya di universiti dahulu iaitu Lia. Lia bekerja dengan abangnya Jimmy, yang mengusahakan sebuah café dan bengkel membaiki surf board.

Lia mencadangkan Mia mendapatkan khidmat pemandu pelancong bagi membawanya bersiar-siar ke seluruh Pulau Tioman kerana dia sibuk membantu abangnya menguruskan kedai. Pemandu pelancong yang dimaksudkan Lia adalah kawanya sejak kecil iaitu Billy.

Billy lah yang membawa Mia bersiar-siar seluruh pulau. Dari perkenalan singkat itu, Mia tertarik dengan perwatakan Billy yang kelakar dan bersahaja. Jauh dalam hati Mia, Mia kagum dengan kesungguhan Billy dalam sukan surfing walaupun Billy sering gagal. Bagi Billy pula, dia sudah mula jatuh hati pada Mia kerana Mia tidak seperti orang lain yang sering merendah-rendahkan cita-citanya.

shukri yahaya surf this love
Shukri Yahaya dengan krew filem Surf This Love

mustaqim bahadom
Mustakim Bahadom sebagai Bobby
pekin ibrahim
Pekin Ibrahim sebagai Jimmy
ardell aryana
Ardell Aryana sebagai Lia


josiah padilla hogan
Josiah Hogan sebagai Mike Malaya

Tarikh tayangan filem ini dikatakan pada awal tahun hadapan, tarikh sebenar belum pasti. Kalau nak tengok lebih banyak gambar behind the scene, boleh ke facebook page filem ini - pautan.

Trailer dan Poster Kecoh! Primadano Kena Hantu

$
0
0
Poster Filem Kecoh! Primadona Kena Hantu

Satu lagi filem tempatan genre komedi seram bakal ditayangkan di pawagam Malaysia pada bulan hadapan berjudul Kecoh! Primadona Kena Hantu. Tarikh tayangan adalah pada 13 Oktober 2016. Filem ini merupakan filem arahan Pierre Andre. Rasanya filem last Peirre Andre adalah sniper yang ditayangkan pada 2014.


Profil Filem Kecoh! Primadona Kena Hantu

Bahasa: Melayu
Tarikh Tayangan: 13 Oktober 2016
Genre: Komedi / Seram
Pengedar: Rainfilm Sdn Bhd
Pelakon: Kamal Adli, Kamarol Haji Yusof, Khatijah Tan, Abam Bocey, Amir Raja Lawak
Pengarah: Pierre Andre
Tarikh Tayangan : 13 Oktober 2016

Sinopsis Filem Kecoh! Primadona Kena Hantu

Sebuah produksi sedang menjalankan penggambaran cerita seram di sebuah rumah banglo. Sejak dari awal penggambaran lagi mereka berdepan masalah kerana terpaksa menunggu kehadiran pelakon veteran primadona Khaty ke set. Malah pengarah juga tiba lewat berikutan neneknya baru meninggal dunia. Apa yang membimbangkan pengarah adalah dia telah menerima sesuatu daripada neneknya sebelum meninggal dunia dan ia berkemungkinan saka neneknya. Ketika penggambaran pelbagai kejadian aneh berlaku sehingga Khaty jatuh pengsan dan mereka menyangka dia telah dirasuk oleh saka nenek pengarah itu. 

Trailer Filem Kecoh! Primadona Kena Hantu


Trailer dan Sinopsis Movie Allied arahan Robert Zemeckis

$
0
0
[Trailer filem Allied] 

Kalau kamu pernah tonton movie Mr & Ms Smith lakonan Brad Pitt dan Angelina Jolie sebelum ini, filem ini adalah lebih kurang tetapi ditambah dengan ramuan zaman perang. Pelakon utama movie Allied ini adalah Brad Pitt dan Mario Cottilard. 

Yang paling penting adalah pengarah filem ini iaitu Robert Zemeckis, pengarah filem-filem hebat yang pernah dihasilkan seperti Forest Gump, Back to The Future Franchise, Cast Away dan The Walk. Tentu sahaja filem Allied ini ditunggu oleh peminat filem antarabangsa.

Tarikh tayangan filem Allied adalah pada 23 November 2016 di USA, tayangan di Malaysia adalah belum pasti.

Sinopsis Movie Allied

ALLIED is the story of intelligence officer Max Vatan (Pitt), who in 1942 North Africa encounters French Resistance fighter Marianne Beausejour (Cotillard) on a deadly mission behind enemy lines. Reunited in London, their relationship is threatened by the extreme pressures of the war. 

Profil Movie Allied

Bahasa : English
Pengarah : Robert Zemeckis
Skrip : Steven Knight 
Genre : Aksi Drama
Pelakon : Brad Pitt, Mario Cottilard, Lizzy Caplan, Matthew Goode, Jared Harris, Simon McBurney, Marion Bailey, Anton Lesser, Josh Dylan, August Diehl, Charlotte Hope dan Sally Messham.
Tarikh Tayangan : 23 November 2016 (US) 

Stills Movie Allied

Brad Pitt dan Mario Cottilard
Brad Pitt dan Mario Cottilard dalam movie Allied.
filem allied
Brad Pitt dan Mario Cottilard movie photo

Barisan Pelakon dan Sinopsis Drama Arluna [Astro]

$
0
0
anzalna saharul ridzwan
Drama Arluna Lakonan Anzalna dan Saharul Ridzwan

Sebuah drama terbaru terbitan Global Station Sdn Bhd dan di bawah arahan Emi Suffian. Drama ini juga merupakan adaptasi novel yang ditulis oleh Rin Ahmad bertajuk Arluna. Drama Arluna bakal ditayangkan di Astro Ria 104 dan Ria HD 123, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam.

Barisan pelakon yang terlibat adalah Saharul Ridzwan sebagai Johan Arif, Anzalna Nasir sebagai Nia Nia Arluna, Adeline Tsen sebagai Fazleen, Putri Najuwa sebagai Hanna dan Zoey Rahman sebagai Raziq. Pelakon lain yang terlibat adalah Atilia Haron, Syaffiq Sahli dan Susan Manen.

Sinospis Drama Arluna 

Permulaan perjalanan hidup Nia Arluna atau Nina sangat cliché.

1. Mula-mula terjumpa, terjatuh kat dalam kolam di puncak Sands Skypark. 

Eh, kau tak tengok side mirror dulu ke sebelum brek?- NIA ARLUNA atau NINA
 
Emmm… errr... I’m not a car. Uh... I didn’t bring side mirror while walking.- JOHAN ARIF atau JOE

2. Terjumpa lagi. 

I macam kenal you. Kita pernah jumpa kat mana ya? - JOE

3. Terjatuh cinta pula. 

Kalau tadi dapat colour LUNA pun dah cakap ‘thank you’, dapat hadiah lagi best ni jangan lupa cakap ‘I’ll marry you’ ya.- JOE

4. Dah nak kahwin ni, ada pulak si penyibuk Fazleen ‘udang galah’. 

Eh, dah kahwin pun muncul lagi? Berjayakah seorang Arluna merubah plot hidupnya? Atau dia tewas dengan hasutan syaitan? Atau dia tewas dengan hak seorang isteri?

“Tewas Itu Taat.”

- Sumber : goodreads
- Boleh baca novel Arluna : penulisan2u

Profil Drama Arluna

Bahasa : Melayu
Pengarah : Emi Suffian [Drama Meh Sandar Pada Aku]
Terbitan : Global Station Sdn Bhd
Pelakon : Saharul Ridzwan, Anzalna Nasir, Adeline Tsen, Putri Najuwa, Zoey Rahman, Atilia Haron, Syaffiq Sahli, Susan Manen.
Adaptasi : Novel Arluna karya Rin Ahmad
Episod : 16 Episod
Siaran : Astro RIA dan RIA HD setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam.
 

Barisan Pelakon dan Sinopsis Drama Lara Cinta Ameena

$
0
0
Raja Afiq dan Tiz Ziqyah memulakan pengembaraan drama Lara Cinta Ameena

Drama Lara Cinta Ameena ini diarahkan oleh Suhaimi Lua Abdullah dan terbitan Tanah Beris Film Production. Selain Raja Afiq dan Tiz Ziqyah, drama ini turut dibarisi Zarina Zainoordin,  Sabhi Sadhi, Lia Natalia dan Fazlina Ahmad Daud.
 
Sinopsis Drama Lara Cinta Ameena

Ameena [Tiz Ziqyah] seorang anak yatim piatu manakala Radhuan [Raja Afiq] pula anak hartawan. Cinta mereka seketika namun terpisah akibat fitnah yang ditabur oleh Puan Kirana iaitu umi kepada Radhuan. Ameena melarikan diri ke Sabah setelah dicerai. Hati Radhuan terpenjara dalam perkahwinan keduanya dengan Ezzaty.


Profil Drama Lara Cinta Ameena

Bahasa : Melayu
Pengarah : Suhaimi Lua Abdullah
Pelakon : Tiz Ziqyah, Raja Afiq, Zarina Zainoordin, Fazlina Ahmad Daud, Sabhi Sadhi dan Lia Natalia.
Episod : 15 Episod
Siaran : Slot Samarinda di TV3

Anugerah Skrin 2016 TV3 [ASK 2016]

$
0
0
Sempena dengan Anugerah Skrin 2016 [ASK 2016], TV3 bakal menayangkan 8 drama yang tercalon setiap hari Ahad pada jam 3.00 petang bermula dari 25 September 2016 sehingga 13 November 2016. Tarikh tayangan drama pilihan ini adalah seperti berikut;

1] Pondok Itu Rumahku - 25 September 2016
2] Fatin - 2 Oktober 2016
3] Anak Ibu Buangan Ibu - 9 Oktober 2016
4] Khilaf Seorang Isteri - 16 Oktober 2016
5] Calon Syurga - 23 Oktober 2016
6] Cermin Kasih - 30 Oktober 2016
7] Bila Tiba Saatnya - 6 November 2016
8] Ku Haramkan Susu Itu - 13 November 2016

Anugerah SKRIN yang mula diperkenalkan pada tahun 1994 merupakan satu pengiktirafan kepada penggiat-penggiat seni dan karyawan tanah air. Selain rangkain televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad [TV3, TV7, 8TV dan TV9], pihak penganjur turut menjemput steven televisyen RTM, ASTRO, TV Al-Hijrah dan Hypp TV untuk menyertai Anugerah Skrin ini.

Anugerah Skrin 2016 bakal dipertandingkan pada 18 November 2016.  
Tunggu update ye!

Teaser dan Sinopsis Anime Ao No Exorcist : Kyoto Fujouou-hen

$
0
0

anime Ao No Exorcist : Kyoto Fujouou-hen
Anime poster Ao No Exorcist : Kyoto Fujouou-hen

Ao No Exorcist : Kyoto Fujouou-hen merupakan kesinambungan dari siri pertama Ao No Exorcist. Anime ini akan mula ditayangkan pada tahun hadapan dan tarikh sebenar adalah belum pasti. Alih suara bagi karektor utama adalah Nabuhiko Okamoto [Rin], Jun Fukuyama [Yukio], Kana Hanazawa [Sheimi] dan Kazuya Nakai [Bon].

Profil Anime Ao No Exorcist : Kyoto Fujouou-hen

Bahasa : Bahasa Jepun
Genre : Aksi Fantasi
Tarikh Tayangan : 2017
Studio : A-1 Pictures 
Pengarah : Kouichi Hatsumi
Muzik : Hiroyuki Sawano
Adapatasi : Manga Ao No Exorcist daripada Kazue Katou

Sinopsis Anime Ao No Exorcist : Kyoto Fujouou-hen

In the late Edo Period, a demon known as the Impure King killed thousands of people. After defeating the demon, the Knights of the True Cross kept its left eye safely sealed away on Academy grounds - but now someone has stolen it! Hearing the thief has taken a child hostage, Yukio and Rin go to help. The investigation and pursuit will lead Rin and his friends to Kyoto and involve them even deeper in a sinister plot! But will his friends' knowledge that Rin is the son of Satan drive a wedge between them?

Teaser Anime Ao No Exorcist : Kyoto Fujouou-hen

Review Train to Busan dan The Rezort

$
0
0
Review dilakukan untuk kedua-dua movie zombie yang baru ditayangkan di pawagam. Dua-dua menggunakan tema zombie namun Background untuk kedua filem ini adalah sangat menarik dan lari dari normal filem zombie sebelum ini.

poster movie train to busan
Poster movie Train To Busan

Dalam Train to Busan kita dapat lihat the first 'outbreak' which is the first time kejadian zombie berlaku dan manusia masih cuba menyelamatkan mereka yang bertukar. Boleh tengok karektor konduktor kereta api yang cuba bantu seorang mangsa. Tak pasal-pasal kena tokak! Begitu juga dengan mereka yang lain.

Setting filem ini iaitu di dalam sebuah kereta api juga memainkan peranan penting menghidupkan suasana gemuruh dan seram. Ciri-ciri yang dapat dilihat pada zombie seperti reaksi terhadap bunyi, kelajuan, reaksi terhadap cahaya juga sangat menarik dan digunakan sepenuhnya oleh pengarah filem untuk memajukan jalan cerita. 

Apa yang terbaik dalam filem Train to Busan ini adalah watak dan perwatakan setiap pelakon yang terlibat. Lakonan kelas pertama! Dari watak utama hingga watak sampingan. Seorang bapa lakonan Goo Yoo yang pada awal cerita mementingkan diri sendiri boleh dilihat melalui dialog dengan anaknya lakonan Kim Su An yang naïf dan cuba membantu mereka yang lain.  Perubahan watak Goo Yoo ditekankan dalam filem ini apabila dia mula berubah dari satu scene ke satu scene yang lain.

Ada karektor yang menjadi penyelamat dari awal hingga mengorbankan diri untuk menyelamatkan isteri tercinta. Lakonan Ma Dong Seok dan Jung Yu Mi sebagai suami isteri memang boleh buat orang menangis. Ada karektor lakonan Kim Eui Sung yang mempunyai matlamat yang jelas tetapi jalan digunakan adalah kotor sehingga sanggup mengorbankan nyawa orang lain demi menyelamatkan diri. Mungkin watak pelajar sekolah dalam movie ini yang agak kurang menonjol tetapi masih lagi ok dan tidak merosakkan jalan cerita. 

Ma Dong Seok dan Jung Yu Mi sebagai suami isteri dalam Train to Busan.

Train to Busan telah mencipta sejarah dalam dunia perfileman korea apabila mencapai box office di seluruh dunia. Boleh tengok review-review positif diberikan oleh penonton. Ini disebabkan filem Train to Busan ini ada jiwa dan bukannya hanya untuk hiburan semata. Tengok sahaja filem Mamat Khalid Zombie Kampung Pisang yang mencetus revolusi dalam pembikinan filem tempatan, Siri Walking Dead dan filem seperti Zombieland dan Shaun to Dead menempa diminda apabila genre zombie dibangkitkan. Sekarang we have one more to add which is Train To Busan.

Bravo kepada semua krew yang terlibat dalam penghasilan filem ini!!

poster the rezort 2016
The Rezort movie poster - sumber -

Dalam The Rezort kita jump timeline di mana manusia telah menang ke atas perang zombie dan pembangunan telah dijalankan semula. Namun terdapat satu syarikat yang menjalankan perniagaan di atas sebuah pulau yang dipenuhi zombie. Permainan untuk membunuh zombie ini dilakukan demi mengaut keuntungan. Aku suka gila background cerita ini dan cara mereka perkenalkan dunia the rezort pada penonton, Cuma ambil masa yang agak lama sebelum first action nak start. 

Kalau lepas tengok Train to Busan, memang agak mengecewakan filem The Rezort ini sebab Train To Busan memang boleh dikatakan berlainan level dengan The Rezort. Bukan bermaksud the rezort ini tidak bagus Cuma dari segi perwatakan setiap pelakon adalah agak kurang dieksploitasikan pengarah dan lakonan pun kurang menonjol. Cuma satu watak yang aku rasa agak berbeza iaitu seorang perempuan yang terlibat dalam aktiviti kemanusiaan [living hope] dalam menyelamatkan zombie. Bagi dia, zombie tidak patut dijadikan barang permainan dan dibunuh untuk tujuan hiburan. Sangat rare dalam filem zombie ada watak seperti ini.

Jessica De Gouw [Melanie] dan Dougray Scott [Archer] dalam the rezort - sumber -

Kepada peminat filem genre zombie – aku cadangkan korang tonton keduanya dan nilai sendiri which is best. Bagi aku, Train to Busan adalah lebih baik kerana ada jiwa dan ianya dijayakan dengan lakonan mantap para pelakon, tetapi The Rezort membawa satu kelainan atau idea baru yang jarang dapat kita lihat dalam filem bertema zombie.

Barisan Pelakon dan Sinopsis Drama Biar Aku Jadi Penunggu

$
0
0
ashraf muslim janna nick afeef iffat
Ashraf Muslim dan Janna Nick dalam dram Biar Aku Jadi Penunggu

Drama Biar Aku Jadi Penunggu diterbitkan oleh Saphire Screen dan diarahkan oleh Michael Ang. Membariskan pelakon-pelakon popular tanah air iaitu Ashraf Muslim sebagai Afeef, Janna Nick sebagai Iffat, Octovia Menrose sebagai Damia, Shah Iskandar sebagai Fazree, Miera Iyana sebagai Hayati, Azah Azmi sebagai Afia, Lan Siro sebagai Lokman, Mahmod Ali Bashah sebagai Dato Azman dan Wilma Mohamad sebagai Datin Maimon.  

Sinopsis Drama Biar Aku Jadi Penunggu 

Iffat Amani dan Afeef Adwan berkawan sejak bangku sekolah. Namun, Afeef mengunakan Iffat sebagai batu loncatan untuk mencapai impian dalam hidup manakala Iffat yang mneyukai Afeef dalam diam menerima lamaran dengan harapan kebahagiaan hidup akan muncul.

Iffat setia menunggu kepulangan Afeef dari luar negara yang bertahun merantau tanpa khabar berita. Selepas tiga tahun, baru Afeef pulang dengan seorang budak comel. Rupanya Afeef telah berkahwin lain, dengan Damia dan dikurniakan seorang anak.  

Iffat terluka lagi dalam diam, tetapi dia masih menerima kehadiran anak comel tersebut dengan hati terbuka. Kesalahan Afeef masih tidak dapat dimaafkan oleh Iffat, dia tidak dapat menerima lelaki tersebut. Kehadiran semula Damia juga merumitkan lagi masalah.
 
Profil Drama Biar Aku Jadi Penunggu

Bahasa : Melayu
Pengarah : Michael Ang
Pelakon : Janna Nick, Ashraf Muslim, Octovia Menrose, Shah Iskandar, Miera Liyana, Azah Azmi, Lan Siro, Mahmod Ali Bashah, Roy Azman, Sharifah Shahora, Alex Davies, Amir Rahim dan Wilma Mohamad.
Adaptasi : Novel Biar Aku Jadi Penunggu karya Arsha Wangi [Baca Novel]
Slot : Akasia
Tarikh Tayangan : 2017

Gambar Barisan Pelakon Drama Biar Aku Jadi Penunggu

pelakon Drama Biar Aku Jadi Penunggu
Barisan Pelakon Drama Biar Aku Jadi Penunggu

Barisan Pelakon Drama Biar Aku Jadi Penunggu
Barisan Pelakon Drama Biar Aku Jadi Penunggu

Trailer movie Ghost In The Shell

$
0
0

Paramount dan DreamWorks telah mengeluarkan satu trailer untuk filem Ghost in the Shell yang dilakonkan oleh Scarlett Johansson, Pilou Asbæk, Michael Pitt, Takeshi Kitano, Chin Han, Lasarus Ratuere and Juliette Binoche.

Filem ini adalah hasil adaptasi manga dengan tajuk yang sama. Movie Ghost In The Shell bakal ditayangkan pada 31 March tahun hadapan dan diarahkan oleh Rupert Sanders.

Ghost In The Shell Sinopsis

Cyborg policewoman The Major (Scarlett Johansson), and her task force Section 9 thwart cyber criminals and hackers. Now, they must face a new enemy who will stop at nothing to sabotage Hanka Robotic’s Artificial Intelligence technology.

Profil Movie Ghost In The Shell

Bahasa : English
Negara : Amerika
Pengarah : Rupert Sanders
Sinematografi : Jess Hall
Editor : Neil Smith
Pelakon: Scarlett Johansson, Pilou Asbæk, Michael Pitt, Takeshi Kitano, Chin Han, Lasarus Ratuere, Rila Fukushima, Tuwanda Manyimo, Yutaka Izumihara, Pete Teo, Yuta Kazama, Kaori Momoi, Michael Wincot dan Juliette Binoche. 
Genre: Drama aksi
Original: Manga Ghost In The Shell karya Masamune Shirow
Tarikh Tayangan : 31 March 2016 [USA]

32 KELEBIHAN DAN KHASIAT MADU

$
0
0


MaduStick - Alternatif mudah untuk makan madu


Madu merupakan sejenis manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nektar bunga. Ia mempunyai sifat kimia yang menjadikan madu unik dan mempunyai rasa tersendiri. Rasa madu berbeza berdasar sumber nektar yang dibawa oleh lebah. Pelbagai jenis dan gred madu berada di pasaran dan ianya menjadi buruan penggemar madu. Bukan sahaja kerana rasanya tetapi khasiat madu yang telah lama diketahui. Jom baca 32 antara khasiat dan kelebihan pengunaan madu; 

1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin
5. Meningkatkan kekuatan tubuh.
6. Membersih dan menambah darah
7. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
8. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
9. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
10. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
11. Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
12. Menyembuh dengan segera cirit-birit.
13. Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
14. Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.
15. Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
16. Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
17. Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
18. Menstabilkan kandungan gula dalam darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
17. Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
18. Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
19. Memulihkan penyakit berpanjangan.
20. Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
21. Menyembuhkan penyakit dalam perut.
22. Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
23. Memulihkan batuk dan lelah.
24. Menghindarkan badan letih dan lesu.
25. Kurangkan kesakitan bila datang haid.
26. Baik untuk perempuan bersalin.
27. Membantu/menerangkan pemandangan.
28. memberhentikan darah dengan segera dan luka terlindung dari kuman.
29. Menambah kelazatan makanan.
30. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
31. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.
32. Mengelak dari kembung perut bayi.

Kepada penggemar madu, boleh cuba dapatkan Madustick. Ianya satu alternatif yang diperkenalkan bagi memudahkan cara pengambilan madu. Sila baca sini bagi yang berminat; PAUTAN.
Viewing all 584 articles
Browse latest View live