Quantcast
Channel: J&B BLOGSPOT
Viewing all 584 articles
Browse latest View live

Senarai 10 Drama Melayu dengan Rating Paling Tinggi [2016]

$
0
0
senarai drama melayu 2016
Senarai Drama Melayu dengan rating tertinggi 2017

sumber : EDTV

Telah sampai penghujung tahun 2016, sekejap sahaja masa berlalu. Sepanjang tahun ini, pelbagai drama ditayangkan dan ini merupakan senarai drama melayu dengan rating yang tinggi sepanjang ianya bersiaran. 


1. 7 Hari Mencintaiku (TV3) - Aku tak tonton lagi, tetapi banyak scene-scene dalam drama ini jadi viral di laman sosial, dari watak pambantu hinggalah watak utama mendapat pujian daripada peminat kerana lakonan yang berkesan. 
2. Cinta Masam Manis (TV3) - Aku tengok sampai episod 10 sahaja, gandingan mantap Izara Aishah dan Zamarul Hisyam. Siapa kata Pak Cik tua tak laku? haha.
3. Suri Hati Mr. Pilot (ASTRO)
4. Patahnya Sebelah Sayap (TV3) - Yeah! Drama favorite tahun ini, tetapi aku ini memang minat lakonan Ummi Nazeera. ahaha. Tunggu drama Nahu Rindu pulak!
5. Dia Semanis Honey (ASTRO)
6. Mak Cun 2 (TV3)
7. Lara Aishah (ASTRO)
8. Abang Bomba I Love You (ASTRO)
9. Isteri Tuan Ihsan (ASTRO) - Masih ditayangkan dah masuk senarai. Terbaik la! Aku pun tengah layan sekarang, baru episod 2. Ok la tapi watak Aaron Aziz gila kaya tak boleh aku nak terima. hahaha.   
10. Sweetie Nannie (TV3)

30 Movie Kena Tonton Tahun Hadapan [2017]

$
0
0
Tahun 2017 bakal berkunjung beberapa hari lagi dan senarai movie blockbuster Hollywood untuk tahun hadapan telah lama memulakan promosi. Di sini merupakan senarai yang dilakukan oleh pihak Looper bagi movie yang perlu anda tonton untuk tahun 2017. 
 


 
Diingatkan senarai movie di sini adalah dari hollywood sahaja dan kebanyakkan adalah Adaptasi, Reboot ataupun Sekuel. 

Movie Terbaik 2016 [Youtube]

$
0
0
Tahun 2016 dan pun di penghujung hari. Banyak cuti pula sekarang ini, jom tengok senarai movie terbaik tahun 2016 dari youtubers yang telah menyenaraikan favorite movie mereka. Terbaik! Banyak yang belum aku tengok lagi. Boleh la layan waktu cuti ini. haha.


  • La La Land
  • Moonlight
  • Manchester by the sea
  • Nocturnal Animals
  • Deadpool - It's okay, I like Civil War more.
  • Jackie
  • Weiner
  • The VVitch
  • The Edge of Seventeen
  • Arrival - Tayang kat Malaysia awal tahun 2017. I am excited to watch this one!
  • 10 Cloverfield Lanes - One of favorite movie this year.


  • Kubo and The Two String
  • Hunt For Wilderpeople
  • Girl With All the Gift
  • The Nice Guy - This is my favorite. Really enjoyable buddy cop film.
  • Train to Busan - Yep! One of the best zombie films in years. Full of emotion.
  • Love & Friendship
  • The Fits


  • The Arrival
  • Deadpool
  • 10 Cloverfield Lanes
  • The VVitch
  • Rogue One : Star Wars Story


  • La La Land
  • The VVitch
  • Hell or High Water
  • Zootopia
  • Manchester By The Sea
  • Pete's Dragon
  • The Nice Guy
  • Moonlight
  • Moana
  • Arrival
  • Rogue One


  • Moana
  • The Edge of Seventeen
  • Kubo and The Two String
  • Patriots Day
  • Rogue One : Star Wars Story
  • Deadpool
  • Deepwater Horizon
  • Hacksaw Ridge
  • Captain America : Civil War
  • Arrival

10 Rancangan Yang Patut Korang Tonton [2016]

$
0
0
Hari terakhir di tahun 2016. Tiba masa untuk senaraikan apa yang patut korang tonton sepanjang tahun 2016 ini. Tak kisahlah sama ada ianya filem, drama, series, anime dan macam-macam lagi rancangan. Senarai ini berdasarkan apa yang masih melekat dalam otak fikiran aku sewaktu menulis entri ini. Ahaha.

Animasi Boboiboy Galaxy

1] Boboiboy The Movie dan Boboiboy Galaxy

Filem animasi superhero Malaysia yang mengutip 15.74 juta, tempat ke-3 carta box-office Malaysia 2016. Animasi Boboiboy The Movie membawa revolusi kepada animasi tersebut yang sebelum ini hanya popular di kalangan kanak-kanak. Setiap kali balik kampung mesti tengok filem animasi ini dengan anak saudara. Boboiboy kuasa tujuh!

Diperkenalkan pula rebranding kepada Animasi Boboiboy iaitu Boboiboy Galaxy yang membawa pengembaraan Boboiboy dan kawan-kawan kepada galaksi yang lebih besar. Jangan lupa saksikan Boboiboy Galaxy setiap hari jumaat jam 5.00 petang di TV3. Terbaik!

Cast drama 38 Task Force

2] Drama Korea 38 Task Force

Drama korea yang berkisarkan seorang pengutip cukai berpadu tenaga dengan con-man untuk menipu mereka yang cuba mengelak dari membayar cukai. Tidak terlampau serius dan setiap trick yang dilakukan dijelaskan dengan teliti menjadikan rating drama ini antara yang tertinggi pernah ditayangkan di saluran berbayar OCN. Drama ini membariskan aktor hebat iaitu Ma Dong Seok dan Seo In Guk. 

Musim ke-2 Stranger Things telah diumumkan!

3] Stranger Things Series

Series terbaru dari Netflix ini memang perfect! Dari sudut supernatural, komedi, monster, crazy character, kanak-kanak comel dan misteri memang menjadi. Kita juga dibawa ke satu dunia lain yang membawa seribu satu soalan dan digarap dengan baik oleh pengarah series ini iaitu Duffer brothers. 

Ma Dong Seok dan Jang Yu Mi dalam filem Train to Busan.

4] Filem Train to Busan dan I Am a Hero

Zombie flick! Keduanya adalah terbaik. Satu filem dari korea dan satu filem lagi dari Jepun. Filem Train to Busan lebih kepada emosi dan dibawa dengan baik oleh para pelakon yang terlibat. Satu lagi projek dari aktor Ma Dong Seok.

Filem I Am a Hero tidak membawa normal zombie yang dipertontonkan sebelum ini. Zombie dikenali dengan nama ZQN, satu virus yang merebak ke seluruh dunia dan diperkenalkan watak hero, seorang yang penakut tetapi bernasib baik sebelum dia mula berubah menjadi seorang hero yang disegani.

Kedua filem lari dari normal filem zombie dan dijayakan dengan baik oleh tuan pengarah.

5] Filem The Nice Guy dan 10 Cloverfield Lane

Aku dah tonton filem The Nice Guy ini lebih dari 3 kali dan ianya tak membosankan. Memang terbaik terutama chemistry tiga watak utama iaitu Ryan Gosling, Russel Crowe dan Angourie Rice. 10 Cloverfield Lane pulak menjangkau jangkaan aku masa aku tonton di pawagam, terutama lakonan John Goodman. Memang boleh buat sakit jantung! Dua filem ini juga banyak kali tersenarai dalam antara filem terbaik tahun 2016.

3 watak utama drama Patahnya Sebelah Sayap.

6] Drama Patahnya Sebelah Sayap

Satu-satu nya drama melayu yang aku tonton sampai episod akhir tahun ini. Lakonan mantap dari tiga pelakon utama terutama Izzue Islam yang memegang watak lelaki psiko memang menjadi. Idea asal drama ini diambil dari drama korea dan diolah bersesuaian dengan latar dan budaya Malaysia. Ianya berjaya memikat hati penonton apabila berada di antara sepuluh drama rating tertinggi untuk tahun 2016.

Luffy Fourth Gear Mode!


7] Anime One Piece

One Piece is still one of my favorite anime. Aku akan tunggu episod One Piece berpuluh-puluh barulah aku tonton semula. Ahaha. Malas nak tunggu dari satu minggu ke minggu. Tahun ini One Piece telah menamatkan perjalanan krew mereka di Dressrosa apabila Luffy berjaya menewaskan Doflamingo. Luffy dengan upgrade power kepada Gear Fourth. Memang Terbaik!

8] Captain America : Civil War

Filem superhero terbaik tahun ini. Scene di lapangan terbang itu sahaja dah memadai untuk mengatakan ini adalah filem blockbuster yang tak patut dilepaskan. Filem ini juga membawa dimensi baharu kepada filem superhero apabila penjahat utama adalah manusia biasa dan tiada satu kuasa yang gah, hanya memanipulasi perasaan superhero untuk menentang antara satu sama lain. Good Job!

Running Man member!


9] Running Man 

Aku sebenarnya tak nak masukkan ini dalam list disebabkan Running Man untuk tahun ini bukanlah yang terbaik. Namun, disebabkan kontroversi dan pengakhiran siri Running Man pada tahun hadapan menjadikan ianya sangat emosi kepada semua peminat, staff dan member of Running Man. Diharapkan ianya berakhir dengan satu episod yang terbaik!

10] Anime Haikyuu Musim 3

Anime bola tampar ini terus tampil dengan satu lagi musim yang berjaya. Hanya satu perlawanan dipertontonkan dalam sepuluh episod. Karasuno vs Shiratorizawa! Dua pasukan yang mempunyai corak permainan berbeza - satu pasukan yang mementingkan kekuatan individu [dipilih antara terbaik] dan satu pasukan yang baru sahaja naik dengan corak permainan berpasukan dan daya serangan kreatif.

Filem Hospital [2017]

$
0
0
[Para Pelakon dan Krew Filem Hospital]

Sebuah filem seram thriller terbaru bertajuk Hospital bakal ditayangkan pada tahun ini. Filem Hospital dibarisi pelakon seperti Nina Iskandar, Shima Anuar, Fatin Afeefa dan Fizz Fairuz sebagai teraju utama. Sinopsis dan tarikh tayangan filem ini belum dipastikan lagi. Tunggu update yea!


Profil Filem Hospital [2017]

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Seram Thriller
Pengarah : Azaromi Ghozali
Studio: MiG Pictures
Pelakon : Fizz Fairuz, Nina Iskandar, Shima Anuar, Serina Redzuawan, Fatin Afeefa, Julia Farhana Marin

Trailer Filem Hospital [2017]


Poster Filem Hospital [2017]

fatin afeefa shima anuar
Poster Filem Hospital

Drama Jojie Gigil [Slot Dahlia TV3]

$
0
0
elvina ben amir
Elvina dan Ben Amir

Sebuah drama terbaru bertajuk Jojie Gigil lakonan Elvina dan Ben Amir bakal disiarkan di Slot Dahlia TV3. Tarikh tayangan drama arahan Zul Huzaimy ini belum dipastikan. Tunggu sahaja update drama ini nanti ye!

Profil Drama Jojie Gigil TV3 2017
Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Komedi Romantik
Studio : Wira Nusa Corporation Sdn Bhd
Pengarah : Zul Huzaimy
Penolong Pengarah : Fadilah Rhapor
Pelakon : Elvina, Ben Amir, Syafnida Shuhaimi, Syaffiq Sahli, Raja Azura, Fana Azizan, Keisya Amany
Episod : 20 Episod

ben amir syaffiq sahli elvina
Para pelakon drama Jojie Gigil

Behind The Scene Video Drama Jojie Gigil TV3

[Behind The Scene 1]
[Behind The Scene 2]
[Behind The Scene 3]

Filem Love From Kampung [2017]

$
0
0
poster filem love from kampung
Poster filem Love From Kampung [2017]

Filem Love From Kampung merupakan filem terbaru terbitan MiG Pictures yang bakal ditayangkan pada 26 Januari 2016 bersempena dengan Tahun Baru China. Filem Love From Kampung sendiri berkisarkan perayaan Tahun Baru China.

Profil Filem Love From Kampung 2017

Bahasa : Cantonese [Malaysia]
Genre : Drama / Family
Studio : MiG Pictures
Penerbit : David Teo
Pengarah : Silver
Pelakon : Jack Lim, Beauty Ying, Emily Zying, Jeff Chin, January So, Bosvin Chen.
Tarikh Tayangan : 26 Januari 2016

Trailer Filem Love From Kampung


The Making Of Love From Kampung 2017

Walking Out Movie [2017]

$
0
0

Another survival movie!

Satu lagi movie bertema survivor bertajuk Walking Out bakal ditayangkan pada tahun ini. Pelakon utama movie ini adalah Matt Bomer dan Josh Wiggins di bawah arahan Alex Smith dan Andrew J Smith. Tarikh tayangan dan trailer pun belum keluar lagi untuk movie ini, kena tunggu update y
Profil Walking Out Movie 2017

Bahasa :English [US]
Genre : Adventure Thriller
Pengarah : Alex Smith dan Andrew J Smith
Pelakon : Matt Bomer, Josh Wiggins, Bill Pullman, Alex Neustaedter, Lily Galdstone
Durasi : 97 Minit

Sinopsis Walking Out movie 2017

Fourteen-year-old David [Josh Wiggins] reluctantly travels from his comfortable Texas home to rural Montana for his annual visit with his brooding, off-the-grid father, Cal [Matt Bomer], who has planned the boy’s first big game hunt. As the pair ascends into the wilderness, Cal tries to connect with David by recounting the story of his own first kill, on his last hunting trip with his now long-dead father. After their trip is disrupted by a chance encounter with a grizzly bear, a wounded Cal realizes they must both rely on David’s strength and resilience to survive.

Gambar Pelakon Utama Walking Out Movie 2017

Matt Bomer dan Josh Wiggins 
Josh Wiggins dan Matt Bomer

The Nut Job 2 Animation Movie [2017]

$
0
0
the nut job 2 nutty by nature
The Nut Job 2 Movie Banner

Sekuel animasi untuk filem tahun 2014 ini bakal ditayangkan pada 18 Ogos 2017. Animasi ini diarahkan oleh Cal Brunker dan skrip ditulis oleh Cal Brunker, Bob Barlen dan Scott Bindley. Antara pelakon yang terlibat dalam proses alih suara adalah Will Arnett, Katherine Heigl dan Jakcie Chan. Nantikan update mengenai filem ini ye.

Profil The Nut Job 2 Animation Movie 2017

Bahasa : English [US]
Genre : Animasi/Komedi 
Pengarah : Cal Brunker
Penulis : Cal Brunker, Bob Barlen dan Scott Bindley
Muzik : Heitor Pereira
Penyunting : Paul Hunter
Pelakon [Alih Suara] : Will Arnett, Katherine Heigl, Jackie Chan, Gabriel Iglesias, Jeff Dunham, Maya Rudolph, Bobby Moynihan, Bobby Cannavale dan Peter Stormare.
Tarikh Tayang : 18 Ogos 2017 [US]

Sinopsis The Nut Job 2 Animation Movie 2017

When the evil mayor of Oakton decides to bulldoze Liberty Park and build a dangerous amusement park in its place, Surly Squirrel and his ragtag group of animal friends need to band together to save their home, defeat the mayor, and take back the park.
Poster The Nut Job 2 Animation Movie 2017 

surly
Surly
andie
Andie
frankie
Frankie
buddy
Buddy
heather
Heather
precious
Precious
gunther
Gunther
the mayor
The Mayor

Drama Filipina Obsession [Telenovela TV3]

$
0
0
bianca king neri naig martin escudero marvin agustin
Drama telenovela terbaru TV3 bertajuk Obsession.

Drama Obsession bakal ditayangkan bermula 10 Januari 2017 di slot telenovela TV3 [jam 3.00 hingga 4.00 petang]. Drama ini telah lama ditayangkan di negara asal, Filipina iaitu pada tahun 2014 lagi. Drama ini hanya mempunyai 12 episod sahaja.

Pelakon utama drama Obsession ini adalah Bianca King, Neri Naig, Martin Escudero dan Marvin Agustin. Bianca King dan Neri Naig sebenarnya memegang watak orang yang sama, namun berubah wajah melalui pembedahan plastik.

Profil Drama Obsession TV3

Bahasa : Filipino [Filipina]
Genre : Drama / Romantik
Episod : 12 Episod
Pengarah : Jay Altarejos
Pelakon : Bianca King, Neri Naig, Martin Escudero, Marvin Agustin, Elizabeth Oropesa, Maureen Mauricio, Richard Quan, Shiela Marie dan Kerbie Zamora. 

Sinopsis Drama Filipina Obsession TV3

Bernadette [Neri Naig], a chemist in a successful beauty company that develops different vanity products. Growing up in a world where she is always second-best, Bernadette became highly insecure and unhappy about herself. Her relationships were short-lived because of her tendency to be possessive. 

This changed when she met James [Martin Escudero], a playboy who made Bernadette fall for him. Bernadette became obsessively in-love with James, which caused their eventual breakup. Ramon [Marvin Agustin], a famous cosmetic surgeon and a self-made billionaire, finds Bernadette in distress. 

He offers Bernadette a chance for a new life by taking part in his company's experimental procedur, which involves changing her face and identity.Various psychological and emotional therapies were done to prepare Bernadette for the actual surgery. 

Bernadette becomes Vanessa [Bianca King], who is determined to seek revenge by making James fall in love with her again. But as Vanessa gets absorbed in her manipulative schemes, Ramon also becomes obsessively in-love with his creation and is willing to move heaven and earth just to satisfy his obsession.

Drama Namaku Bedah [Slot Kelakarama TV9]

$
0
0
[Krew dan Pelakon Drama Namaku Bedah TV9]  

Satu lagi drama adaptasi novel bertajuk Namaku Bedah bakal disiarkan di slot kelakarama TV9, namun tarikh mula tayang masih belum dipastikan. Pelakon utama adalah Aishah Azman yang memegang watak Bedah.

Profil Drama Namaku Bedah TV9

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Komedi
Studio : Tanah Berisi Production
Pengarah : Shuhaimi Lua
Idea asal : Novel Namaku Bedah karya Ikmal Shah
Pelakon : Aishah Azman, Niezam Zaidi, Ardell Aryana, Rosnah Mat Aris, Razak Ahmad, Syainie Aida, Hanif Safuan, Radhi Khalib dan Rashidah Jaafar.
Episod : 20 Episod

Sinopsis Drama Namaku Bedah

- Sumber dari novel

Namaku Bedah binti Bedul. Nama indah pemberian ibu dan arwah bapa adalah hasil gabungan nama mereka berdua iaitu Bedul dan Hamidah. Berkali-kali aku meminta daripada ibu supaya dia benarkan penukaran nama. Namun, katanya namaku itu tanda cinta dia dan arwah bapa. Oleh itu, aku tidak dibenarkan sama sekali menukarnya. Bagaimana aku akan mendaftar di kolej dengan nama itu? Gadis secantik aku bernama Bedah! Tidak padan, bukan? Dengan nekad, aku menggunakan nama baru di kolej.

Gambar Pelakon Drama Namaku Bedah TV9

aisha azman hanif safuan
Hanif Safuan dan Aisha Azman dalam drama Namaku Bedah
niezam zaidi
Niezam Zaidi dalam drama Namaku Bedah TV9
razak ahamd rashidah jaafar
Razak Ahmad dan Rashidah Jaafar
aisha azman
Aishah Azman

Drama Menanti Februari [Slot Samarinda TV3]

$
0
0
afiq muiz zul ariffin nur fatiya
Tiga pelakon utama drama Menanti Februari - Afiq Muiz, Nur Fatiya dan Zul Ariffin.

Drama samarinda terbaru arahan Ayie Mustafa setelah kejayaan drama Patahnya Sebelah Sayap yang dikeluarkan pada tahun 2016. Drama berjudul Menanti Februari ini ditunjangi oleh tiga pelakon utama iaitu Nur Fatiya, Zul Ariffin dan Muhamad Afiq Muiz.
Zul Ariffin banyak juga projek untuk tahun 2017. Dua filemnya dalam perhatian peminat iaitu Tombiruo dan J Revolusi yang keduanya dijangka pecah panggung bila ditayangkan kelak. Dua-dua filem tersebut dia pegang watak utama.


Profil Drama Menanti Februari TV3

Episod : 16 Episod
Pengarah : Ayie Mustafa [Patahnya Sebelah Sayap]
Idea Asal : Khairul Kiasan 
Skrip : Mohd Shahremy Ikmal
Pelakon : Zul Ariffin, Nur Fatiya, Afiq Muiz, Riza Amin, Dato Rahim Razali, Wan Nor Azlin
Studio : Sha Media Sdn Bhd
Saluran : Slot Samarinda TV3
Tarikh Tayangan : Mac 2017 

Gambar Pelakon Drama Menanti Februari 2017 TV3

Nur Fatiya dan Afiq Muiz dalam drama Menanti Februari

Nur Fatiya, Zul Ariffin dan Afiq Muiz dalam drama Menanti Februari

Filem Animasi Upin & Ipin The Movie [2017]

$
0
0
Upin & Ipin The Movie 2017

Setelah kejayaan filem pertama Upin & Ipin iaitu Geng Pengembaraan Bermula [kutipan 6.2 juta] pada tahun 2009 dan satu lagi filem realiti fantasi juga menggunakan Upin dan Ipin iaitu Upin & Ipin Jeng! Jeng! Jeng! [4.8 juta/masih dalam tayangan] yang baru sahaja ditayangkan pada akhir tahun lepas, tahun 2016. Kini, satu lagi filem animasi penuh bakal ditayangkan pada tahun 2017.

Satu teaser telah dikeluarkan oleh pihak Les Copaque dan nampaknya kali ini kita akan dibawa mengembara merentasi masa ke zaman silam iaitu zaman kemashuran pendekar dan raja-raja melayu. Satu lagi, watak rakan-rakan Upin dan Ipin juga dibawa bersama dalam filem kali ini, dan ianya tidak hanya watak Upin & Ipin.

Masih banyak yang belum didedahkan berkaitan filem animasi terbaru Upin dan Ipin The Movie ini, kita tunggu sahaja update dari pihak Les Copaque. 

Teaser Animasi Upin & Ipin The Movie 2017

Introverted Boss Korean Drama [2017]

$
0
0
yeon woo jin park hye soo
Poster barisan pelakon drama Introverted Boss 2017

Drama Korea yang bakal ditayangkan bermula 16 Januari 2017 ini menggandingkan Yeon Woo Jin dan Park Hye Soo sebagai watak utama. Berkisarkan kisah kehidupan mereka di sebuah syarikat dengan seorang bos yang mempunyai personaliti introvert. Drama komedi romantik yang sememangnya ditunggu para peminat.

Profil Drama Korea Introverted  Boss

Bahasa : Korean [Korea Selatan]
Genre : Romantik Komedi
Pengarah : Song Hyun Wook
Penulis : Joo Hwa Mi
Saluran : tvN
Tarikh Tayangan : 16 Januari 2017
Pelakon : Yeon Woo Jin, Park Hye Soo, Yoon Park, Kong Seung Yeon, Ye Ji Won, Jun Hyo Seong, Heo Jeong Min, Han Jae Suk, Lee Gyu Han dan Stephanie Lee.    

Sinopis Drama Introverted Boss KDrama 

Eun Hwan-Ki [Yeon Woo Jin] is the CEO of a public relations company, but he is extremely shy. Due to his personality, even his employees do not know him well. Chae Ro-Woon [Park Hye Soo] begins work at Eun Hwan-Ki’s company. She is very energetic and receives recognition for her work, but her only interest is in CEO Eun Hwan-Ki. She plans to reveal who Eun Hwan-Ki really is. 

Poster Drama Introverted Boss Kdrama

park hye soo
Poster Drama Introverted Boss 2017
 Teaser Drama Introverted Boss 2017


Filem Polis Evo 2

$
0
0
Zizan Razak dan Shaheizy Sam kembali dalam Polis Evo 2

Filem Polis Evo yang ditayangkan pada tahun 2015 mengambil masa yang tidak lama untuk mendapat kutipan box office. Pelbagai reaksi dan komen positif diberikan kepada filem arahan Ghaz Abu Bakar itu. Jadi memang tidak hairanlah pihak studio tidak teragak-agak untuk menghasilkan filem Polis Evo 2.

Masih lagi dalam kesamaran, tidak banyak update diberikan kerana proses pengembaraan belum lagi bermula. Zizan Razak yang memegang watak Inspektor Hasani telah memuat naik satu gambar bersama dengan Shaheizy Sam [Inspektor Khai] dengan hashtag #polisevo2. Kedua mereka nampakanya dalam proses diet untuk filem terbaru mereka. Komen-komen dari peminat Zizan memang ramai yang menantikan filem polis evo 2 ini. 

Caption by Zizan Razak [gambar kat atas]
Menjaga makan diet yang betol supaya badan seperti VAN DIESEL.. dan bukan van bawak ikan oleh @ezdiet dan dengan ini Zizan dan @shaheizy_sam akan menjadi The Hulk tak lama lagi. Nantikan kesasaan kami.. #ezdiet#polisevo2
Lagi update dari instagram Zizan Razak berkaitan filem Polis Evo 2.

A video posted by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on

Drama Misi Laksa dan Laksam [Slot Dahlia TV3]

$
0
0
rita rudaini aqasha
Rita Rudaini dan Aqasha membintangi drama Misi Laksa dan Laksam.

Kalau korang peminat drama Awak Sangat Nakal, Bolehla tonton drama Misi Laksa dan Laksam di TV3 nanti, kerana kedua drama diarahkan oleh orang yang sama iaitu Azmi Hatta. Drama Misi Laksa dan Laksam diterajui oleh Rita Rudaini dan Aqasha yang berlakon sebagai suami dan isteri dalam drama ini.
Profil Drama Misi Laksa dan Laksam [Slot Dahlia TV3]

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama/Keluarga
Pelakon : Rita Rudaini, Uqasha, Raysha Rizrose, Tengku Fiella, Kuna, Joe Merong, Lidyawati, Farzana Latiff dan Umar Harith.
Pengarah : Azmi Hatta
Episod : 20 Episod 
Studio : Zeel Production Sdn Bhd
Saluran : Slot Dahlia TV3
Tarikh Tayang : 2017 

Gambar Pelakon Drama Misi Laksa dan Laksam TV3

pak nik keluarga
Shooting drama Misi Laksa dan Laksam.
aqasha rita rudaini
Aqasha dan Rita Rudaini bersama pelakon cilik.

Mute Movie [2017]

$
0
0
Mute Movie Poster

Satu lagi filem berlatarkan masa hadapan, kali ini berkisarkan seorang lelaki bisu yang mencari kekasih hatinya yang tiba-tiba sahaja menghilang. Nampak menarik jalan cerita movie ini! Pelakon utama yang terlibat adalah Alexander Skarsgard, Paul Rudd dan Justin Theroux. Movie Mute ini diarahkan oleh Duncan Jones dan ditulis oleh Michael Robert Johnson dan Damon Peoples. Tarikh tayangan movie ini masih belum dikeluarkan.

Profil Mute Movie 2017

Bahasa : English [UK]
Genre : Misteri / Sains Fiksyen
Pengarah : Duncan Jones
Penulis : Michael Robert Johnson dan Damon Peoples
Pelakon : Alexander Skarsgard, Paul Rudd, Justin Theroux, Seyneb Saleh, Noel Clarke, Florence Kasumba, Daniel Fathers, Livia Matthes dan Gilbert Owuor.
Muzik : Clint Mansell
Sinematografi : Gary Shaw
Tarikh Tayang : 2017

Sinopsis Mute Movie 2017

Set in the near-future, Leo [Alexander Skarsgard] is a bartender living in the pulsing city of Berlin. Due to a childhood accident, Leo lost the ability to speak and the only good thing in his life is his beautiful girlfriend, Naadirah [Seyneb Saleh]. When she vanishes without a trace, Leo’s search for her takes him deep into the city’s seedy underbelly. A pair of wise-cracking American surgeons [Paul Rudd and Justin Theroux] are the only recurring clue and Leo is forced to take on this teeming underworld in order to find his love.

Gambar Mute Movie 2017

alexander skarsgard
Alexander Skarsgard dalam Mute Movie [2017]

justin theroux
Justin Theroux dalam Mute Movie [2017]

paul rudd
Paul Rudd dalam Mute Movie [2017]

Kuroko's Basketball The Movie : Last Game [2017]

$
0
0
kuroko kagami daiki murasakibara akashi ryouta
Poster Kuroko's Basketball The Movie : Last Game [2017]

Terbaik! Aku dah agak mesti ada gabungan ke semua pemain dari generation of miracles. Anime Kuroko Basketball menjadi perhatian ramai sejak ianya mula diperkenalkan. Untuk tahun 2017, nampaknya populariti Kuroko's Basketball masih lagi utuh dan pihak studio telah menghasilkan satu filem animasi untuk anime tersebut dengan judul Kuroko's Basketball The Movie: Last Game. 

Tarikh tayangan telah ditetapkan pada 18 Mac 2017 [Jepun]. Di Malaysia mungkin lambat lagi tarikh tayang filem animasi Kuroko's Basketball ini.

Sinopsis Kuroko's Basketball The Movie : Last Game [2017]

An American street basketball team called Jabberwock comes to Japan and plays a friendly match with a Japanese team, but after the Japanese team suffers a crushing defeat, the team members of Jabberwock start mocking Japanese basketball. Their comments enrage Riko's father, and so he gathers a team made up of the five members of the Generation of Miracles plus Kuroko and Kagami, called Vorpal Swords, to have a revenge match against Jabberwock.  

Profil Kuroko's Basketball The Movie : Last Game [2017]

Bahasa : Japanese [Japan]
Genre : Sukan
Studio : Production I.G
Pengarah : Shunsuke Tada
Siri Komposer : Noboru Takagi
Rekaan Karektor : Yoko Kikuchi
Muzik : Yoshihiro Ike
Aliha Suara : Kensho Ono [Kuroko], Hiroshi Kamiya [Akashi], Junichi Suwabe [Daiki], Ryouhei Kimura [Ryouta], Yuuki Ono [Kagami], Daisuke Ono [Midorima], Kenichi Suzumura [Murasakibara], Hikaru Midorikara, Tetsu Inada
Tagline : The formation of the strongest dream team ever!!
Tarikh Tayang : 18 Mac 2017 [Japan] 

Teaser Kuroko's Basketball The Movie : Last Game [2017]


Gambar Kuroko's Basketball The Movie : Last Game [2017]

kuroko kagami daiki ryouta murasakibara akashi midorima
Kuroko's Basketball The Movie : Last Game [2017]
america vs japanese
Poster Kuroko's Basketball movie 2017
nash gold jr
Nash Gold Jr
jason silver
Jason Silver
vorpal sword teams
Vorpal Sword teams.

Filem Adiwiraku The Movie [2017]

$
0
0
Adiwiraku The Movie teaser poster
 [Sakit itu sementara, Kegemilangan itu selamanya]

Trailer filem Adiwiraku menjadi viral di facebook dan sememangnya mendapat reaksi dan komen positif dari rakyat Malaysia. Ramai yang tak sabar menanti tayangan filem ini nanti. Adakah filem Adiwiraku ini berjaya mengulangi filem Ola Bola? Box Office dengan kutipan melebihi 15 Juta? Kita tunggu dan lihat sahaja 9 Mac 2017 nanti ye.

Profil Filem Adiwiraku The Movie [2017]

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Sekolah / Drama
Penerbit : SOL Pictures Sdn Bhd, ICEBERG dan Filmecca Studio
Pengarah : Eric Ong
Idea Asal : Cheryl Ann Fernando
Lakon Layar : Eric Ong dan Jason Chong
Penulis Skrip : Jason Chong dan Yentanamera Wahab
Pengarah Fotografi : Husni Abu Hassan
Penyunting : Alex Tang
Lagu Tema [OST] : Shamsul Cairel Abdul Karim
Pelakon : Sangeeta Krishnasamy, Xavier Fong, Adnin Zidane, Irdina Tasnim, Rizal, Balqis, Fara Safwan dan Wan Azlyn.
Tarikh Tayangan : 9 Mac 2017

Sinopis Filem Adiwiraku The Movie 2017

Adiwiraku adalah berdasarkan kisah benar tentang perjuangan dan kejayaan dua guru Bahasa Inggeris dalam mendidik para pelajar di sebuah sekolah luar bandar di Kedah. Dengan penggambaran sepenuhnya di Sungai Petani, Adiwiraku menghidupkan kisah pelajar SMK Pinang Tunggal Sungai Petani berusaha untuk menyertai pertandingan choral speaking walaupun telah diketahui peluang mereka untuk menang terlalu tipis.

Trailer Filem Adiwiraku The Movie 2017



Gambar Pelakon Adiwiraku The Movie [2017]

Gambar pelajar melakukan choral speaking. Adiwiraku The Movie.

Sangeeta Krishnasamy dalam filem Adiwiraku The Movie

Filem Kau Yang Satu

$
0
0
izara aishah aaron aziz
Izara Aishah dan Aaron Aziz dalam filem Kau Yang Satu.

Satu lagi novel popular bakal difilemkan. Kali ini giliran novel 'Kau Yang Satu' karya Nia Azalea. Filem arahan Osman Ali ini meletakkan Aaron Aziz [Isteri Tuan Ihsan] dan Izara Aishah [Cinta Masam Manis] sebagai pelakon utama. Tarikh tayangan filem ini belum dapat dipastikan lagi. Tunggu update ye.

Profil Filem Kau Yang Satu

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Romantik / Drama
Studio : Global Station Sdn Bhd
Pengarah : Osman Ali
Idea Asal : Novel Kau Yang Satu karya Nia Azalea
Pelakon : Aaron Aziz, Izara Aishah, Amyra Rosli, Soo Wincci, Mustakim Bahadon, Hisham Hamid dan Kodi Rasheed.

Gambar Pelakon Filem Kau Yang Satu

amyra rosli izara aishah
Amyra Rosli dan Izara Aishah
izara aishah aaron aziz
Izara Aishah dan Aaron Aziz


Sinopsis Filem Kau Yang Satu

Sumber : Aznanie [Sinopsis dari novel]

Kisah bermula apabila Datuk Mustaza ditimpa bencana di tengah lautan ketika memancing di Laut China Selatan. Dan diselamatkan oleh seorng nelayan bernama Sulaiman. Kerana ingin membalas budi hasrat menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina iaitu anak Sulaiman di laksanakan.

Taufik menentang keras tindakan ayahnya kerana dia sudahpun mempunyai kekasih iaitu seorang modal terkenal bernama Isabella. Manakala Salina pula sudah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung.

Namun jodoh tiada siapa dapat menghalang. Mereka disatukan walaupun hati dan perasaan diamuk tentangan. Jadi la mereka ibarat orang asing walaupun sebumbung. 

Sekian lama serumah akhirnya Taufik kecundang dalam egonya. Tanpa disedari tumbuh bibit-bibit cinta antara dirinya dengan Salina. Ditambah dengan kehadiran Zulkifli yang berkerja di syarikat milik Taufik. Api cemburunya marak tanpa di pinta. Dan dia berusaha agar Salina menyintainya.

Dan sesungguhnya, mereka memang ditakdir bersama. Apabila Salina bersedia menerima cinta Taufik. Dan mereka melayari bahtera cinta dengan bahagia. 

Namun, sedang hangat menyemai rasa datang musibah tidak dipinta. Isabella membuat onar dengan mengatakan dia hamil hasil hubungan cintanya bersama Taufik. Sedangkan dia tahu Taufik tidak pernah menyentuhnya ketika mereka bersama dahulu. Taufik tertekan. Semua orang menyalahkannya termasuk isteri tercinta. Dia buntu. Tiada lagi kepercayaan untuk dirinya. Dan dia tidak diberi peluang untuk membela diri.
Bersama rasa kecewa, Taufik membawa diri ke luar negeri. Memujuk hati sendiri. Merendam lara diri. Kebenaran terungkai sudah, Salina menyesali ketelanjuran diri. Menuduh suami yang setia tanpa usul periksa. Kekesalan mencengkam jiwa lantas Taufik dijejaki.

Interview Pelakon Filem Kau Yang Satu 

- Hisham Hamid

Viewing all 584 articles
Browse latest View live