Quantcast
Channel: J&B BLOGSPOT
Viewing all 584 articles
Browse latest View live

Fullmetal Alchemist Live Action Movie [2017]

$
0
0

Fuyoo!

Live Action Fullmetal Alchemist. Aku tak tahu pun ianya dalam produksi. Satu trailer pendek berdurasi 30 saat telah dikeluarkan dan ianya nampak seperti okay.  

Menjadi satu perdebatan hangat, apabila watak utama iaitu Edward Elrich menggunakan pelakon dari negara Jepun sedangkan dalam komik Edward adalah orang Eropah. Boleh dikatakan full background untuk komik ini adalah dari Eropah. Isu yang sama juga terjadi untuk live action filem Death Note dan Ghost In Shell apabila hero/heroin menggunakan bintang Hollywood.  

Fullmetal Alchemist mengikuti perjalanan dua orang adik beradik Edward dan Alphonse [Ed dan Al] yang kehilangan anggota badan apabila cuba menghidupkan kembali ibu mereka yang telah meninggal dunia menggunakan ilmu kimia terlarang.

Diarahkan oleh Fumihiko Sori, Fullmetal Alchemist membariskan pelakon Ryosuke Yamada sebagai Edward Elrich, Tsubasa Honda sebagai Winry Rockbell, Dean Fujioka sebagai Roy Mustang, Ryuuta Satou sebagai Maes Hughes, Misako Renbutsu sebagai Riza Hawkeye, Natsuna sebagai Maria Ross, Natsuki Harada sebagai Gracia Hughes, You Ooizumi sebagai Shou Tucker, Jun Kunimura sebagai Tim Marcoh, Fumiya Kohinata sebagai Hakuro, Yasuko Matsuyuki sebagai Lust, Kanata Hongou sebagai Envy, Shinji Uchiyama sebagai Gluttony dan Kenjirou Ishimaru sebagai Father Cornello. 

Some Fullmetal Live Action Movie Facts/Rumors

1) This movie is the result of a small group of FMA die-hard fans who just happened to be in the Japanese film industry. Director Fumihiko Sori and his team attempted to do this project and after approval from publisher and Mangaka began planning it since 3 years ago.
2) It is a LOCAL Japanese effort for a live action adaptation of a well-loved manga/anime and includes a cast from a generation that grew up with this work, much like the most of us.
3) This is not Hollywood, they did not have access to a variety of foreign actors that could speak Japanese.
4) Both the director and lead actor are now critically acclaimed with the Japanese Academy Award for respective field and experience. Fumihiko Sori was in the CGI team for Hollywood's titanic so he has some foreign experience.He was also recently awarded for his CGI feature Ping Pong.
5) Much of the skepticism for this film is because of AOT/SNK. That was a trainwreck and not the same team. There are many other decent LA out there. 
6) That hair on ED is the lead actor's own dyed hair with extensions for the braid. IT IS NOT A WIG 
7) The characters will NOT be acknowledging that they are Japanese. It is a fictional world with fictional people. Not because of racism but because of limited resources. 
8) The director has promised to stay as loyal to the source material as possible unlike AOT. 
9) Al is this movie's biggest secret, and the director's greatest pride from the finished work. 
10) THE NINA ALEXANDER ARC/Leor Arc is confirmed because of casting. They have a shou tucker.

Drama Pengantinku Jatuh Dari Langit [HyypTV]

$
0
0
fahad iman, faye kusairi, afifah nasir, hafreez adam
Barisan pelakon utama drama Pengantinku Jatuh Dari Langit.

Sebuah lagi drama adaptasi novel. Kali ini novel karya Mia Kiff bertajuk 'Pengantinku Jatuh Dari Langit' yang diangkat ke layar televisyen. Drama 30 episod ini ditunjangi oleh Afifah Nasir, Hafreez Adam, Fahad Iman dan Faye Kusairi sebagai watak utama.

Drama Pengantinku Jatuh Dari Langit bakal ditayangkan bermula 30 November 2016, bersiaran di saluran Hypp TV Sensasi [channel 116] Setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam.

Profil Drama Pengantinku Jatuh Dari Langit

Bahasa : melayu [Malaysia]
Studio : Creative Skill Solution
Idea Asal : Novel Pengantinku Jatuh Dari Langit karya Mia Kiff
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Skrip : Eja Lorena
Episod : 30 Episod
Pelakon : Afifah Nasir [sebagai Rinieta], Hafreez Adam [sebagai Arfy], Fahad Iman [sebagai Ayman], Kismah Johar, Faye Kusairi, Katrina Aziz [Datuk Khadijah], Syafnida Shuhaimi, Julia Farhana Marin, Azhar Sulaiman, Azam Pitt dan Suffila Aida.
Siaran : Bermula 30 November 2016, Setiap Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam.
Saluran : Hypp Sensasi, Channel 116

Gambar Pelakon Drama Pengantinku Jatuh Dari Langit [HyypTV]

hafreez adam, afifah nasir, fahad iman
Drama Pengantinku Jatuh Dari Langit [HyypTV]

Drama Pengantinku Jatuh Dari Langit [HyypTV] interview
Sesi interview drama Pengantinku Jatuh Dari Langit [HyypTV]
fahad iman afifah nasir
Fahad Iman dan Afifah Nasir
Haziq kamarolzaman Katrina Aziz
Katrina Aziz


Promo Pengantinku Jatuh Dari Langit


Teaser Drama Pengantinku Jatuh Dari Langit HyypTV


Interview Pengantinku Jatuh Dari Langit

Lazada Box Of Joy Memang Terbaik

$
0
0
Lazada merupakan satu laman web beli-belah online terbesar di Malaysia. Aku sudah membuat beberapa kali pembelian di laman web tersebut, dan ianya sangat mudah dan menjimatkan masa. Dari segi penghantaran pun memang terbaik! Cepat dan sampai dalam keadaan yang elok. Boleh cuba membeli secara online di lazada ini.


Bermula 11 November 2016 sehingga 12 Disember 2016, Lazada telah mengadakan sales secara besar-besaran. Sebagai penghargaan, satu kotak hadiah telah diterima oleh mereka yang mendaftar untuk membuat review terhadap beberapa produk yang dibekalkan. Aku baharu sahaja menerima Box Of Joy pada hari kelmarin. Memang terbaik!

[Lazada - Find Joy In Every Parcel]

[Macam-macam ada!]

Terdapat lebih kurang 12 barangan diberikan dari jenama seperti Nestle [Nescafe, Maggi, Full Cream Milk, Cerelac & Lactokid], Tefal, Mamypoko, L'oreal, San Disk, Foodpanda dan Milo. Thanks to Lazada!

First item yang aku buka adalah San Disk Dual Drive 3.0, haruslah buka ini dulu untuk dicuba function nya. Lagipun, Box of Joy ini aku terima di ofis, takkan nak buka maggi pula kat situ. Tak pasal-pasal mengamuk bos aku. ahahaha. Disebabkan kerja aku yang memerlukan aku mengambil berpuluh gambar setiap hari, Dual Drive ini pasti membantu untuk transfer gambar dengan lebih mudah ke dalam laptop aku. 

SanDisk Ultra Dual Drive M3.0 64GB

Antara kebaikan penggunaan Dual Drive ini adalah;
1) Compatible with OTG-Enabled Android Device
2) Free up memory on smartphone or tablet
3) Easily move content from Android devices and computers
4) Dual Micro USB and USB 3.0 Connectors
5) Super Fast File Transfer 
 
Selain SanDisk Ultra Dual Drive di atas, aku juga sangat tertarik dengan beg galas kecil yang ada tertera perkataan Ola Bola di hadapan. I am a big fan of the film. So, memang bukan salah aku untuk terus buka dan gunakan beg tersebut. Beg tersebut bukanlah boleh dibeli berasingan, ianya adalah sebahagian promosi dari MILO. Korang boleh dapatkan beg tersebut dengan pembelian Milo secara pukal

Ada banyak lagi item yang belum aku cuba, nanti aku akan update lagi untuk review item-item lain. ehem!

Terbaik kan Box of Joy dari Lazada ini.  Kalau korang berminat untuk sertai review sebegini pada masa hadapan, Boleh contact affiliate@lazada.com.my untuk menyertai program affiliate lazada. Banyak kelebihan diberikan.


Drama Kerana Anisa [Slot Samarinda TV3]

$
0
0
fahrin ahmad zara zya
Zara Zya dan Fahrin Ahmad dalam drama Kerana Anisa

Drama Kerana Anisa diarahkan oleh Jamal Khan dan tulisan skrip oleh Nieza Nahar. Drama yang akan disiarkan di Slot Samarinda TV3 ini ditunjangi oleh Zara Zya, Fahrin Ahmad, Uqasha Senrose dan Johan Asari. Sinopsis dan tarikh sebenar tayangan adalah belum pasti. Kita tunggu update ye.

Profil Drama Kerana Anisa TV3

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Studio : Enuja Production
Pengarah : Jamal Khan [7 Hari Mencintaiku]
Idea dan Skrip : Nieza Nahar [Sweetie Nanie]
Pelakon : Zara Zya [sebagai Anisa], Fahrin Ahmad [sebagai Zahid], Johan Asari,  Uqasha Senrose
Episod : 15 Episod
Siaran : 2017
Saluran : Slot Samarinda TV3

Gambar Pelakon Drama Kerana Anisa TV3

zara zya
Zara Zya
fahrin ahmad zara zya
Fahrin Ahmad dan Zara Zya
fahrin ahmad uqasha senrose
Fahrin Ahmad dan Uqasha Senrose
johan asari zara zya
Johan Asari dan Zara Zya
zara zya
Zara Zya

Behind The Scene Drama Kerana Anisa TV3

Dear Zindagi Movie [Bollywood 2016]

$
0
0
Aku terlihat trailer filem ini sewaktu menyaksikan Fantastic Beast and Where to Find Them kelmarin. Satu lagi movie lakonan Shah Rukh Khan setelah review yang agak mengecewakan untuk movie Dilwale tahun lepas. Movie Dear Zindagi nampaknya mempunyai shot sinematografi yang sangat cantik, diharapkan jalan cerita dan lakonan juga mantap. Kena tunggu tarikh tayangan iaitu pada 25 November 2016. Lagi dua hari.

shah rukh khan alia bhatt
Dear Zindagi movie poster

Sinopsis Dear Zindagi Movie

Kaira is an aspiring filmmaker who navigates through various relationships in search for the perfect life. A chance encounter with a free-spirited therapist, who acts as her guidance counselor, helps her gain new perspective on life, and she soon realises that happiness is all about finding comfort in life`s imperfections. source : cinema

Trailer Dear Zindagi movie


Profil Dear Zindagi Movie 

Bahasa : Hindi [Bollywood]
Pengarah : Gauri Shinde
Penulis : Gauri Shinde
Penerbit : Gauri Khan dan Karan Johar
Muzik : Amit Trivedi
Sinematografi : Laxman Utekar
Penyunting : Hermanti Shankar
Tarikh Tayangan : 25 November 2016
Pelakon : Shah Rukh Khan, Alia Bhatt, Aditya Roy Kapur, Kunal Kapoor, Ali Zafar

Track Song Dear Zindagi Movie

1) Tu Hi Hai - Arijit Singh


2) Just Go To Hell Dil - Sunidhi Chauhan


3) Love You Zindagi - Jasleen Royal


Poster Dear Zindagi Movie

alia bhatt shah rukh khan
Dear Zindagi Movie Poster
 

Kong Skull Island Movie [2017]

$
0
0
Kong Skull Island movie banner

Movie Kong Skull Island yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan ini bakal menjemput peminat ke sebuah pulau yang dipenuhi makhluk-makhluk aneh dan misteri. Boleh tengok dalam trailer, pelbagai monster/makhluk yang tidak wujud di alam nyata dihasilkan dengan details yang menarik. Namun, watak utama iaitu seekor King Kong masih menjadi perhatian.

Filem yang dihasilkan oleh penerbit sama untuk filem Godzilla. Dikatakan filem ini adalah perkenalan untuk watak Kong dan mereka bakal muncul dengan filem lain yang menggabungkan kedua-dua makhluk ini dalam Kong vs Godzilla. Terbaik kan. ehehehe.

Profil Kong Skull Island Movie 2017

Bahasa : English [US]
Studio : Legendary Entertainment
Pengarah : Jordan Vogt-Roberts
Penulis : Dan Gilroy dan Max Borenstein
Pengarah Kostum : Mary Vogt 
Muzik : Henry Jackman
Penyunting : Richard Pearson
Pengarah Fotografi : Larry Fong
Pelakon : Tom Hiddleston, Samuel L Jackson, John Goodman, Brie Larson, Jing Tian, John Ortiz, Terry Notary dan John C Reily.
Tarikh Tayangan : 10 Mac 2017

Trailer Kong Skull Island Movie 2017

[All Hail The King]

Poster Kong Skull Island Movie 2017

poster Kong Skull Island Movie 2017
Poster Kong Skull Island Movie 2017
poster Kong Skull Island Movie 2017
Kong Skull Island Movie 2017

A Monster Calls Movie [2017]

$
0
0
A Monster Calls movie poster

Sebuah movie yang di adaptasi dari sebuah buku kanak-kanak dengan tajuk yang sama iaitu A Monster Calls. Penulis buku iaitu Patrick Ness mengambil bahagian sendiri dalam pembikinan filem ini sebagai penulis skrip.

A Monster Calls mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Connor O Malley [lakonan Lewis MacDougall] yang berhadapan dengan kesukaran apabila ibunya [lakonan Felicity Jones] disahkan menghidap penyakit yang tidak dapat diubati. Dalam masa yang sama, Connor juga menjadi mangsa buli di sekolah. Satu malam, Connor menemui seekor makhluk [Liam Nesson] yang menjadi peneman Connor dengan cerita-cerita hebat dan mula membantu kehidupan seharian Connor.

Profil A Monster Calls Movie

Bahasa : English [US, Sepanyol]
Pengarah : J. A. Bayona
Skrip : Patrick Ness
Idea Asal : Novel 'A Monster Calls' karya Patrick Ness
Pelakon : Lewis MacDougall, Liam Nesson [suara], Felicity Jones, Sigourney Weaver, Toby Kebbell, Geraldine Chaplin, Lily Rose Aslandogdu
Muzik : Fernando Velazquez
Sinematografi : Oscar Faura
Penyunting : Bernat Vilaplana dan Jaume Marti
Tarikh Tayangan : 5 Januari 2017 [Malaysia]
Durasi : 108 Minit

Trailer A Monster Calls Movie


Gambar Pelakon A Monster Calls Movie

lewis macdougall
Lewis MacDougall

lewis macdougall
Lewis MacDougall

Missing Nine [Kdrama 2017]

$
0
0
table read pic
Table script reading untuk drama Missing Nine [Kdrama]

This looks interesting to me! ahahha.

Missing Nine adalah sebuah drama mengenai 9 orang yang terdampar di sebuah pulau. Paling penting penulis skrip adalah orang yang sama menghasilkan 38 Task Force dan Bad Guys iaitu Han Jung Hoon. So, the storyline should be good. Lagi satu, Lee Sun Bi turut terlibat dalam drama ini memegang watak Ha Ji A. Terbaik la!

Masih baru dalam produksi pengembaraan, tak banyak yang dapat diketahui mengenai drama ini. Pelakon yang terlibat antaranya adalah Jung Kyung Ho sebagai Seo Joon O, Baek Jin Hee sebagai Ra Bong Hee, Oh Jung Se sebagai Jung Ki Joon, Yang Dong Geun sebagai Yoon Tae Young, Lee Sun Bin sebagai Ha Ji A, Choi Tae Joon sebagai Choi Tae Ho dan Ryu Won sebagai Yoon So Hee. 

Drama Missing Nine ini bakal ditayangkan pada 2017 selepas tamatnya drama Weightlifting Fairy Kim Bok Joo, di saluran MBC setiap hari Rabu dan Khamis jam 10:00 malam [waktu Korea Selatan].

Derailed Korean Movie [2016]

$
0
0
ma dong seok choi min ho
Derailed Movie Poster

Satu movie baru bertajuk Derailed bakal ditayangkan pada 30 November 2016 [di Korea Selatan]. Ianya diterajui oleh Ma Dong Seok [38 Task Force, Train To Busan] dan Choi Min Ho. Derailed yang juga dikenali sebagai 'Two Men' dan 'No Way to Go' menceritakan dua orang lelaki yang menggunakan kekerasan untuk melindungi orang yang disayangi.

Selain Ma Dong Seok sebagai Hyung Suk dan Min Ho sebagai Jin il, movie Derailed juga dibarisi oleh pelakon seperti Kim Jae Young sebagai Sung Hoon, Da Eun sebagai Ga Young, Lee You Jin sebagai Bong Gil, Baek Soo Min sebagai Min Kyung dan Kim Wok Sin sebagai Wok Sin. 

Sinopsis Movie Derailed 2016

Jin-il [Choi Min Ho] and Ga-young [Da Eun] are teen runaways who live with other runway teenagers like a family and work part-time jobs. Sometime, they steal to survive their day. When they become out of money, they make Ga-young lure a middle-aged Hyung-suk [Ma Dong Seok] to a motel. She seduces him as if she were selling her body, but she fails to take any money from him, as he takes her as a hostage and demands Jin-il to brings him money.

Trailer Movie Derailed Korean Movie 2016

- Notice they use Ma Dong Seok name as Don Lee in the trailer. Don Lee merupakan nama sebenar Ma Dong Seok yang bekerja sebagai personal trainer sebelum bergelar artis.


Profil Korean Movie Derailed 2016

Bahasa : Korea [Korea Selatan]
Pengarah : Lee Seong Tae
Penerbit : Kim Sang Su
Penulis Skrip : Lee Seong Tae
Muzik : Park Ki Heon
Sinematografi : Ji Seung Woo
Penyunting : Kim Gyung Jin
Studio : MCMC
Tarikh Tayangan : 30 November 2016 [Korea Selatan]
Durasi : 92 Minit

Flower Crew [Korean Variety Show]

$
0
0

eun jiwon lee jae jin so se ho seo jang hoon ahn jung hwa yoo byung jae
Eun Jiwon, Lee Jae Jin, Jo Se Ho, Seo Jang Hoon, Ahn Jung Hwa dan Yoo Byung Jae

Rancangan realiti terbaru dari Korea yang dihasilkan melalui kerjasama YG Entertainment dan SBS. Flower crew terdiri daripada empat ahli utama iaitu Seo Jang Hoon, Jo Se Ho, Ahn Jung Hwa dan Yoo Byung Jae. Mereka akan disertai oleh beberapa tetamu yang akan muncul secara tetap atau hanya untuk satu pengembaraan sahaja.

Sistem 'live vote' digunakan untuk menentukan siapa yang akan menyertai flower road atau muddy road. Flower road akan mendapat satu pengembaraan impian dengan rumah tumpangan yang besar ibarat seorang superstar dan pengalaman indah tanpa mengeluarkan peluh. Manakala, muddy road akan tinggal di rumah usang yang telah lama tidak digunakan, survive dengan mencari makanan dengan hasil tangan sendiri.

Namun, terdapat twist yang diberi iaitu transfer tiket di mana jika digunakan boleh berpindah dari muddy road kepada flower road atau sebaliknya. Transfer tiket ini selalunya digunakan para peserta untuk merancang strategi dan menjadikan flower crew lain daripada rancangan realiti yang lain.  

Profil Flower Crew Korean Variety Show 

Bahasa : Korea [Korea Selatan]
Genre : Variety Show, Live Vote
Member : Seo Jang Hoon, Jo Se Ho, Ahn Jung Hwa, Yoo Byung Jae, Eun Jiwon [former], Lee Jae Jin [former].
Saluran : SBS
Mula Tayang : 15 Spetember 2016 

flower crew cast
Flower Crew Episode 5
flower crew member live vote
Flower crew episode 4 live vote

Drama Isteri Tuan Ihsan [Astro Ria]

$
0
0

Amyra Rosli dan Aaron Aziz dalam Drama Isteri Tuan Ihsan

Drama yang bakal bersiaran 5 Disember ini bakal diterajui oleh Aaron Aziz dan Amyra Rosli. Dah lama tak tengok filem atau drama Aaron Aziz ini. Selain mereka berdua, drama ini turut diterajui oleh Harris Baba, Gambit Saifullah, Mardiana Alwi, Nazia Mustafar, Livonia Ricky, Qazem Nor, Ruzana Ibrahim.

Drama Isteri Tuan Ihsan menggantikan drama Awak Sangat Nakal. Drama ini diterbitan Global Station Sdn Bhd dan diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin. Boleh saksikan setiap hari isnin hingga khamis, jam 10:00 malam bermula 5 disember 2016.

Sinopsis Drama Isteri Tuan Ihsan


Seroja Irdina gadis 24 tahun, membesar di kota. Kunjungan ke kelab malam adalah tempat berhibur bersama teman-teman. Demi melindungi rasa sedih Seroja berlagak selamba dan berani. Saroja juga lantang dalam bersuara, sangat nakal, manja dan keras kepala.

Tuan Ihsan Iskandar kerana keliru antara cinta dan teman, dia pergi jauh membawa hati yang kecewa dan membina kehidupan di kota London. Tumpuannya hanya pada kerjaya, tak pernah terlintas untuk jatuh cinta sehingga mencapai 47 tahun usianya.

Demi satu permintaan, Tuan Ihsan kembali ke Malaysia. Demi sebuah amanah, dia dipertemukan dengan Seroja Irdina, gadis yang dipohon dapat dijaga olehnya selepas ibu Seroja meninggal dunia. Ibu Seroja [Imaninah] adalah teman istimewa pada Tuan Ihsan. Pada Imanina, Tuan Ihsan sahaja yang boleh menjaga Seroja kerana Seroja sebatang kara. Imaninah dibesarkan di rumah anak yatim dan keluarga ayah Seroja pula telah membuang mereka kerana Soleh berkahwin dengan bukan wanita pilihan keluarga. Episod baru kehidupan Seroja bila tinggal banglo mewah Tuan Ihsan. 

Amyra Rosli dan Aaron Aziz dalam Isteri Tuan Ihsan

Hari pertama Seroja ke banglo Tuan Ihsan. Seroja memperkenalkan diri sebagai calon Isteri Tuan Ihsan. Kedegilan dan suka melawan membuatkan Tuan Ihsan hampir sakit jantung. Di dalam rumah ada peraturan yang ditetapkan tetapi Seroja susah untuk mendengar arahan Tuan Ihsan hingga pembantu rumah turut dimarahi oleh Tuan Ihsan kerana kedegilan Seroja. Tuan Ihsan yang digelar "Pak Cik Hot" pening dengan kerenah Seroja. Seroja juga diberi seorang bodyguard yang bernama Yusri untuk memantau pergerakan Seroja.

Namun Seroja Irdina mempunyai aura yang kuat, sesiapa sahaja mudah jatuh sayang padanya. Hadirnya di dalam banglo mewah Tuan Ihsan mengubah sunyi jadi gegak-gempita, hambar jadi ceria, suasana menjadi meriah dengan gelak tawa, sehinggakan para pekerja banglo tersebut berpaling setia. Tanpa pengetahuan Tuan Ihsan, Seroja mewujudkan aplikasi group whatsap Calon Isteri Tuan Ihsan. Di situ mereka bercerita dan mengutuk Tuan Ihsan, merancang projek dan pelbagai lagi.

Meskipun Tuan Ihsan dan Seroja kerap bertelagah apabila bersua muka, sebenarnya di hati masing - masing terbit satu rasa. Memandangkan usia mereka yg terlalu ketara berbeza, Seroja tertanya, jatuh cintakah dia kepada pakcik hot tersebut? Sedang Tuan Ihsan pula keliru, apakah rasa didadanya itu namanya “cinta”, apakah sunyi yang dirasainya itu tandanya “rindu”? 

Profil Drama Isteri Tuan Ihsan

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Studio : Global Station Sdn Bhd 
Pengarah : Raja Ahmad Alauddin
Idea Asal : Novel 'Isteri Tuan Ihsan' karya Sara Kyoko
Episod : 20 Episod
Saluran : Astro Ria 104 dan Astro HD 123
Siaran : Bermula 5 Disember 2016, Setiap Isnin hingga Khamis, jam 10:00 malam.
OST : Bukan Yang Pertama nyanyian Faizal Tahir


Promo Drama Isteri Tuan Ihsan



Monster Truck Movie [2017]

$
0
0

The trailer looks good right? 

Monster Truck merupakan movie 3D animasi terbaru terbitan Paramount Animation dan Disruption Entertainment. Cantik CGI yang diorang pakai. Movie ini hasil arahan Chris Wedge dan ditulis oleh Jonathan Aibel, Glenn Berger, Derek Connolly dan Matthew Robinson. 

Monster Truck movie dibarisi oleh Lucas Till, Jane Levy, Amy Ryan, Rob Lowe, Danny Glover, Barry Pepper, Holt McCallany dan Thomas Lennon. Movie ini bakal ditayangkan di pawagam pada 13 Januari 2017.

lucas till
Lucas Till sebagai Tripp dalam movie Montser Truck

Sinopsis Monster Tuck Movie 2017

Looking for any way to get away from the life and town he was born into, Tripp (Lucas Till), a high school senior, builds a Monster Truck from bits and pieces of scrapped cars. After an accident at a nearby oil-drilling site displaces a strange and subterranean creature with a taste and a talent for speed, Tripp may have just found the key to getting out of town and a most unlikely friend.

Poster Monster Truck Movie 2017

poster monster truck movie 2017
Poster Monster Truck movie

Profil Monster Truck movie

Bahasa : English [US]
Pengarah : Chris Wedge
Penerbit : Mary Parent dan Denis L. Stewart
Penulis : Derek Connolly, Jonathan Aibel, Glenn Berger, Matthew Robinson
Pelakon : Lucas Till, Jane Levy, Amy Ryan, Rob Lowe, Danny Glover, Barry Pepper, Holt McCallany dan Thomas Lennon.
Muzik : Dave Sardy
Sinematografi : Don Burgess 
Penyunting : Conrad Buff IV
Studio : Paramount Pictures dan Disruption Entertainment
Tarikh Tayangan : 26 Disember 2016 [UK], 13 Januari 2017 [Malaysia]
Durasi : 104 Minit

Drama Urusan Hati Cik Drama Queen

$
0
0

Satu lagi drama arahan Michael Ang [Suri Hati Mr Pilot]. Drama ini merupakan adaptasi novel karya Areila Suhaimi. Pelakon yang terlibat adalah Scha Alyahya, Aiman Hakim Redza, Randy Pangalila, Ozlynn Watie dan Ungku Hariz .

Sinopsis Novel/Drama Urusan Hati Cik Drama Queen

sumber : goodreads

Betul kata orang. Nak lupakan cinta lama, kita kena temui cinta yang baru. Perkenalan dengan jiran baru yang awalnya kelat-kelat masam, akhirnya melahirkan rasa cinta yang baru.

Lantaklah kalau lelaki itu anak Che Yam sekalipun. Nak buat macam mana? Hati Syazlin sudah tersuka pada Fadhlan. Kali ini dia nekad. Perasaan harus diluahkan. Di atas tiga helai kertas, dia karang ayat-ayat cinta untuk lelaki itu. Siap tabur bedak wangi lagi. Tapi… rupa-rupanya Fadhlan sudah ada kekasih hati. Malunya dia apabila mengenangkan surat tiga helai yang boleh mengundang sesiapa pun untuk ‘termuntah hijau’ selepas membacanya.

Macam mana ni?! Kenapalah hidup dia terlalu banyak drama? Pantang bercinta… pasti putus cinta. Syazlin pun tak tahu sama ada putera idamannya itu sebenarnya wujud ataupun tidak. Mungkinkah putera idamannya itu ialah Faris yang sudah menjadi suami orang atau Fadhlan yang baru sekadar menjadi tunangan orang?

Gambar Drama Urusan Hati Cik Drama Queen 

Scha Alyahya [sebagai Syazlin] dan Ozlynn Watie [sebagai Husna] dalam drama Urusan Hati Cik Drama Queen

Profil Drama Urusan Hati Cik Drama Queen

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Pengarah : Miachael Ang dan Hadith Omar
Idea Asal : Novel Urusan Hati Cik Drama Queen karya Areila Suhaimi
Pelakon : Scha Alyahya, Aiman Hakim Redza, Randy Pangalila, Ozlynn Watie. 
Siaran : Belum Pasti
Saluran : Astro Ria 104 dan Ria HD 123

Filem Pulang [2017]

$
0
0
gambar set pengembaraan
Di sebalik pengembaraan filem Pulang 2017

Filem terbaru dari Khabir Bhatia mestilah menjadi tumpuan peminat filem tempatan kerana filem yang dihasilkan olehnya mempunyai kualiti yang tinggi. Filem bertajuk 'Pulang' ini didasarkan kisah benar yang berlaku pada tahun 1939. Antara pelakon yang terlibat adalah Remy Ishak, Azrel Ismail, Jalaludin Hassan dan Puteri Aishah.

Filem Pulang bakal ditayangkan pada tahun hadapan, namun tarikh sebenar adalah belum pasti. Selain filem pulang, Khabir Bhatia juga bakal mengarahkan filem Bisik Pada Langit yang bakal ditayangkan pada 9 Februari 2017.

Profil Filem Pulang 2017

Studio : Grand Brilliance Sdn Bhd
Pengarah : Khabir Bhatia
Pelakon : Remy Ishak, Azrel Ismail, Jalaludin Hassan, Puteri Aishah, Akmal Ahmad
Tarikh Tayangan : 2017

Gambar Pelakon Filem Pulang 2017

azrel ismail
Azrel Ismail dalam filem Pulang

azrel ismail khabir bhatia
Khabir Bhatia dan Azrel Ismal dalam filem Pulang


Sword Art Online : Ordinal Scale Movie [2017]

$
0
0
First time aku tengok Sword Art Online [SAO] adalah pertama kali SAO diadaptasikan ke anime daripada novel grafik. Memang terbaik! Tapi aku cuma tonton yang musim pertama sahaja.

Sword Art Online : Ordinal Scale 2017 movie

Sword Art Online : Ordinal Scale merupakan movie animasi terbaru yang menggunakan dunia SAO sebagai latar belakang cerita. Kali ini Kirito dan Asuna bakal berdepan dengan permainan jenis baru apabila mereka turut mampu bermain dalam keadaan sedar.

Profil Movie Animasi Sword Art Online : Ordinal Scale

Bahasa : Japanese
Studio : A-1 Pictures
Pengarah : Tomohiko Itou
Skrip : Reki Kawahara dan Tomohiko Itou
Idea Asal : Reki Kawahara
Pengarah Seni : Takayuki Nasgashima
Pengarah Bunyi : Yoshikazu Iwanami
Ketua Penerbit : Atsuhiro Iwakami
Tarikh Tayangan : 18 Februari 2017 [Jepun]
Theme Song [OST] : "Catch the Moment" by LiSA 

kirito asuna
Sword Art Online : Ordinal Scale 2017 movie


Sinopsis Movie Sword Art Online : Ordinal Scale

In 2022, the world of virtual reality was upended by the arrival of a new invention from a genius programmer, Akihiko Kayaba. Called NerveGear, it was the first full-dive system and with it, came endless possibilities to VRMMORPGs.

In 2026, a new machine called the Augma is developed to compete against the NerveGear and its successor, the Amusphere. A next-gen wearable device, the Augma doesn't have a full-dive function like its predecessors. Instead, it uses Augmented Reality to get players into the game. It is safe, user-friendly and lets users play while they are conscious, making it an instant hit on the market. The most popular game on the system is “Ordinal Scale” (aka: OS), an ARMMORPG developed exclusively for the Augma.

Asuna and the gang have already been playing OS for a while, by the time Kirito decides to join them. They’re about to find out that Ordinal Scale isn’t all fun and games.

kirito asuna
Sword Art Online : Ordinal Scale Movie [2017]

Trailer Sword Art Online : Ordinal Scale Movie

- SAO Ordinal Scale trailer with English subtitle.

Drama Dia 2017 [TV3]

$
0
0
irwanshah zahirah macwilson
Watak utama drama Dia - Irwanshah dan Zahirah Macwilson

Drama Dia merupakan drama terbaru yang bakal disiarkan di TV3. Membariskan pelakon seperti Irwansyah [Heart, Love Is Cinta], Zahirah Macwilson [Cik Cinderella Encik Tengku], Janna Nick [Kau Aku Kita] dan Icha Anisa - drama Dia ini akan mempunyai 150 episod. Kita tunggu sahaja update drama ini.

Profil Drama Dia [TV3]
 
Bahasa : Melayu
Pelakon : Irwansyah, Zahirah Macwilson, Janna Nick, Icha Anisa
Episod : 150 Episod
Siaran : TV3
Studio : Orangetree Production, Media Prima Berhad,
Shooting : Bulan Oktober di Malaysia dan Indonesia

Sinopsis Drama Dia

Aina [Zahirah Macwilson] merupakan adik tiri kepada Adit [Irwansyah] berkelana ke Kuala Lumpur selepas kematian ayah mereka.  

Drama Dia merupakan sebuah naskhah yang dipenuhi dengan kisah cinta dan konflik yang melibatkan watak-watak utamanya.

Sumber : Kosmo

Drama Raisha 2017 [Slot Lestary TV3]

$
0
0
A photo posted by Nizam Zakaria (@nizamzakaria) on


Sebuah drama terbaru bertajuk Raisha lakonan Diane Dianelle bakal ditayangkan di slot Lestary pada tahun hadapan. Dah lama tak tengok drama atau filem lakonan Diane Dianelle. Selain Diane Dianelle, drama Raisha turut dibintangi oleh Hafidz Roshdi, Adam Lee, Taib Zamanuri, Abil dan Rais Hazlin Rezuwan.

Profil Drama Raisha 2017 TV3

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Studio : Orangetree Production
Pengarah : Nizam Zakaria
Pelakon : Diane Dianelle, Hafidz Roshdi, Adam Lee, Taib Zamannuri, Abil, Aini Batrisya, A. Galak dan Rais Hazlin Rezuwan. 
Episod : 13 Episod
Siaran : 2017
Saluran : Slot Lestary TV3

Gambar Pelakon Drama Raisha TV3

A photo posted by Nizam Zakaria (@nizamzakaria) on

taib zamnnuri
Taib Zamannuri sebagai Remy
hafidz roshdi
Hafidz Roshdi sebagai Fuad
adam lee
Adam Lee sebagai Andy
abil
Abil sebagai Sufian


A photo posted by Nizam Zakaria (@nizamzakaria) on

A photo posted by Nizam Zakaria (@nizamzakaria) on

Beauty and The Beast Live Action Movie [2017]

$
0
0
poster beauty and the beast 2017
Poster Live Action movie Beauty and The Beast 2017

Satu movie terbaru yang menggunakan idea asal beauty and the beast karya Jeanne-Marie Leprince de Beaumont dan membuatnya sebagai live action movie.Watak Belle dilakonkan oleh Emma Watson dan watak Beast atau Prince Adam pula dilakonkan oleh Dan Stevens.

Aku sendiri tidak pernah menonton filem animasi muzikal beauty and the beast yang dikeluarkan pada tahun 1991 dan ianya sangat popular dan mendapat sambutan hangat [box office] sewaktu ditayangkan kepada umum.   

Profil Beauty and The Beast Movie 2017

Bahasa : English [US]
Pengarah : Bill Condon
Penerbit : David Hoberman dan Todd Lieberman
Penulis : Bill Condon, Evan Spiliotopoulos, Stephen Chbosky
Muzik : Alan Menken
Sinematografi : Tobias A. Schliessler
Penyunting : Virginia Katz
Pelakon : Emma Watson, Dan Stevens, Luke Evans, Kevin Kline, Josh Gad, Ewan McGregor, Stanley Tucci, Ian McKellen dan Emma Thompson.
Tarikh Tayangan : 17 Mac 2017 [US]

Beauty and The Beast trailer 2017 


Gambar Beauty and The Beast Movie 2017

lumiere mrs.potts cogworth plumette
Lumiere, Mrs.Potts, Cogsworth dan Plumette
[Lumiere - Ewan McGregor]
[Mrs Potts - Emma Thompson]
[Cogworth - Ian McKellan]
[Plumette - Gugu Mbatha Raw]

luke evans josh gad
Le Fou [Josh Gad] dan Gaston [Luke Evans]
belle emma watson
Belle lakonan Emma Watson
emma watson dan stevens prince adam beast
Belle dan The Beast aka Prince Adam [Dan Stevens]

The Belko Experiment Movie [2017]

$
0
0
[Sneak Peek on The Belko Experiment Movie]

Macam movie battle royale tapi dalam bangunan pejabat dan mereka ini saling mengenali. Psiko punya eksperimen! Aku bukan lah memilih sangat genre movie, tetapi this is one my favorite.  

Profil The Belko Experiment Movie 2017

Bahasa : English [US]
Pengarah : Greg McLean
Penulis : James Gunn [Guardian of The Galaxy vol 2 movie]
Penerbit : Peter Safran dan James Gunn
Muzik : Tyler Bates
Sinematografi : Luis David Sansas
Penyunting : Julia Wong
Pelakon : Michael Rooker, John Gallagher Jr., John C. McGinley, Tony Goldwyn, Sean Gunn, Mikaela Hoover, David Dastmalchian, Owain Yeoman, Adria Arjona, Josh Brener, Brent Sexton and Abraham Benrubi.
Tarikh Tayangan : 17 Mac 2017

Sinopsis The Belko Experiment 2017

It at first seems to be an ordinary morning on the job for a group of Americans working for a not-for-profit in a modern office building in Colombia. After noticing that their Colombian colleagues have not arrived for work, office worker Mike [John Gallagher, Jr.] spots some unfamiliar security guards entering a large hangar nearby. Moments later, an icy voice comes over the building’s PA system and calmly explains that the employees must kill a certain number of their co-workers — if not, they will be killed themselves. While the boss [Tony Goldwyn] tries to calm the troops, Mike belatedly realizes that something truly sinister is going on — and when metal doors come sliding down on all the building’s exits and windows, it becomes clear that friends and colleagues are now suddenly enemies in a bloody and brutal battle to the death.

Full Trailer The Belko Experiment 2017

Filem Kimchi Untuk Awak [2017]

$
0
0
aiman hakim redza emma maembong
Aiman Hakim Redza dan Emma Maembong

Filem Kimchi Untuk Awak merupakan pertaruhan pertama kali Michael Ang yang lebih banyak mengarahkan drama seperti Suri Hati Mr Pilot, Biar Aku Jadi Penunggu, Urusan Hati Cik Drama Queen dan Red Velvet

Filem Kimchi Untuk Awak akan menggandingkan pelakon Emma Maembong dan Aiman Hakim Redza sebagai teraju utama. Masih mengekalkan trend adaptasi novel, filem ini turut diambil dari novel dengan tajuk yang sama karya Suri Ryana.

Profil Filem Kimchi Untuk Awak

Pengarah : Michael Ang
Pelakon : Aiman Hakim Redza, Janna Nick, Emma Maembong, Natasha Elyzza, Ungku Hariz
Idea Asal : Novel Kimchi Untuk Awak karya Suri Ryana 
Tarikh Tayangan : Mac 2017 [Jangka]

Sinopsis Kimchi Untuk Awak 

-versi novel; sumber : goodreads 

Mati-mati Bella ingat dia dapat menghabiskan cuti semesternya dengan aman dan damai di Malaysia. Huru-hara hidup pelajar di salah sebuah universiti di Seoul, Korea Selatan itu terjadi semenjak di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon lagi. Insiden dia terlangar seorang lelaki kacukan Melayu Korea yang bernama Danial Lee Jae Hwan adalah permulaan kacau-bilau dalam hidupnya. 

Tak cukup dengan insiden itu, kak long pula memaksa Bella membuat kimchi sempena majlis menyambut kedatangan presiden syarikat tempat kak longnya bekerja ke Malaysia. Hatinya semakin tidak aman apabila mendapat tahu yang presiden tersebut adalah Danial Lee. Keadaan semakin berbelit apabila rupa-rupanya keluarga mereka saling mengenali dan mereka ingin menyatukan Bella dan Danial Lee.

Satu insiden yang berlaku di kampung membuatkan mereka terpaksa disatukan. Dan apabila cinta mula bercambah dalam hati kedua-duanya, Bella melarikan diri ke Seoul gara-gara tersalah sangka yang sengaja diadakan oleh Yoo Ri. 

Akibat rasa rindu yang tidak tertanggung, Danial Lee menjejaki Bella di Seoul dan cinta mereka memekar semula di bumi Korea Selatan. Dalam keasyikan mereka melayari bahtera rumah tangga, Yoo Ri dan Zara sentiasa mengganggu perkahwinan mereka. Dapatkah Danial Lee dan Bella mempertahankan keagungan cinta mereka? Dapatkah Zara merampas Danial daripada Bella?

Behind The Scene Video Filem Kimchi Untuk Awak

- Sumber : Aiman Hakim Ridza FC
Viewing all 584 articles
Browse latest View live