[Pelakon Drama Papa Nak Menantu - Hafidz Roshdi, Jaja Ilias dan Rais Hazlin Rezuwan]
Satu lagi drama adaptasi novel bakal ditayangkan di TV3 slot Dahlia. Kali ini novel milik Hasrudi Jawawi menjadi taruhan pengarah Murali Abdullah yang sebelum ini menghasilkan drama seperti Drama Amsyar dan Drama Jejak Karmilla.
Drama Papa Nak Menantu ini menggandingkan Hafidz Roshdi dan Jaja Ilias sebagai watak utama dan dalam proses pengambaran lagi. Tarikh tayangan juga belum dapat dipastikan.
Profil Drama Papa Nak Menantu TV3
Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Romantik Komedi
Studio : Zeel Production Sdn Bhd
Studio : Zeel Production Sdn Bhd
Idea Asal : Novel Papa Nak Menantu karya Hasrudi Jawawi
Pengarah : Murali Abdullah
Skrip : Mufid Shuhaimi
Pelakon : Hafidz Roshdi, Jaja Ilias, Aman Graseka, Rais Hazlin Rezuwan, Afiq Anuar dan Shila Mambo.
Episod : 20 Episod
Slot : Dahlia TV3 [Setiap Jumaat hingga Ahad, jam 7.00 hingga 8.00 malam]
Sinopsis Drama Papa Nak Menantu 2017
Sinopsis Novel - Facebook Pages Papa Nak Menantu
Bila Pak Saad naik hantu, terus dia nak menantu! Walau apa pun yang terjadi, dia mahu satu-satu anak tunggalnya carikan dia menantu sebelum atau selewat-lewatnya pada hari lahirnya yang ke 50 tahun. Dia dah tak tahan dengan sikap anaknya yang kasar, keras kepala dan pemalas mengalahkan kambing gurun! Dia berharap, bila anaknya bersuami kelak, suaminya boleh mengubah sikapnya.
Syahirah terkejut. Permintaan abahnya itu memang klise! Tapi, demi mengelak dia dikahwinkan dengan Pak Mat jual tempe yang sudah berusia 55 tahun itu, dia terpaksa mencari bakal suami pilihannya sendiri. Dia tak sanggup bersuamikan lelaki tua yang sudah ada cicit. Laman sosial Facebook menjadi tempat carian bakal suaminya.
Pelbagai lelaki dia temui, Tauke Belacan, lelaki berstatus Dato, Si Gigi Mancung, Si Ketiak Busuk, yang sudah beristeri tiga, budak 15 tahun dan, lelaki dua alam pun ada! Pening! Semuanya, rejected!
Dia hampir berputus asa. Namun, atas pujukan best friend forevernya, dia bertemu dengan lelaki kelapan, Azrin Aidil si badan ketak-ketak. Tatkala hati mula bergetar, muncul pula kekasih lama, Nazim. Serba salah dia dibuatnya. Siapa yang Syahirah akan pilih? Azrin Aidil atau Nazim si kekasih lamanya yang muncul semula selepas tujuh tahun menghilangkan diri itu?
Dia hampir berputus asa. Namun, atas pujukan best friend forevernya, dia bertemu dengan lelaki kelapan, Azrin Aidil si badan ketak-ketak. Tatkala hati mula bergetar, muncul pula kekasih lama, Nazim. Serba salah dia dibuatnya. Siapa yang Syahirah akan pilih? Azrin Aidil atau Nazim si kekasih lamanya yang muncul semula selepas tujuh tahun menghilangkan diri itu?
“Memandangkan kau memang tahap malas nak kerja, abah nak kau cari suami. Kahwin! Biar suami kau ajar kau sikit erti sebuah kehidupan. Abah dah letih. Abah nak menantu sebelum usia abah 50 tahun!” – Pak Saad
“Aku ni kalau boleh, nak lelaki yang boleh terima aku seadanya. Sanggup terima aku yang kasar ni. Kau ingat tak penat, nak jadi lemah gemalai? Tu bukan diri aku. Aku tak suka hipokrit.’ – Syahirah
“Tengok situasi. Buat masa ni aku masih belum jumpa lagi wanita yang aku cari. Nak cari kekasih hati ni, mana boleh dalam sekelip mata. Kenalah perlahan-lahan. Biasanya, benda yang kita dapat dalam sekelip mata ni, boleh hilang dalam sekelip mata jugak.” – Aidil.
“Saya faham situasi awak. Dalam masa sejam, kita boleh jatuh cinta pada seseorang tu. Tapi, untuk melupakan orang yang kita jatuh cinta dalam masa sejam tu, memerlukan masa berbulan-bulan, bahkan ada yang memakan masa bertahun-tahun untuk kita lupakan dia.” – Nazim