Quantcast
Channel: J&B BLOGSPOT
Viewing all articles
Browse latest Browse all 584

4 Sebab Bekerja Di Singapura

$
0
0
Masa tinggal di Johor, beberapa kali aku masuk ke negara Singapura atas urusan kerja. Memang atas jambatan boleh sangkut 3 hingga 4 jam kalau waktu puncak. Dah salah planning memang tak sempat nak gerak sebelum waktu puncak, jadi bersamalah merasai pengalaman mereka yang bekerja di Singapura tetapi stay di Johor.



Ramai yang cuba masuk mencari kerja di Singapura kerana kelebihan gaji yang dibayar dalam matawang Dollar dan harganya tiga kali ganda lebih tinggi dari matawang ringgit Malaysia. Memang sedap la!

Sesiapa yang berminat boleh mendapatkan ebook terkini bekerjadisingapura sebagai panduan dan maklumat terkini. Ebook ini ditulis oleh seorang yang berpengalaman mencari kerja di Singapura iaitu Haniza Rashid. Dia juga menfokuskan mengenai strategi mencari kerja, dokumen-dokumen penting yang diperlukan, pengankutan ke tempat kerja dan hal-hal lain yang memudahkan pencarian kerja di singapura.

Antara Sebab Anda Perlu Bekerja di Singapura

1. Pendapatan Meningkat Setara Dengan Kenaikan Nilai Matawang 

Rasa point ini semua sudah sedia maklum. Matawang Malaysia yang mengalami kejatuhan beberapa tahun kebelakangan ini. 

Singapura adalah merupakan negara yang maju. Kedudukan ekonomi mereka sangat stabil dan sentiasa mengukuh dari semasa ke semasa. Dua tahun lepas, jika gaji anda berjumlah SG 1,000 sebulan. Maka, pendapatan anda ialah RM2,600. Kini, jika gaji anda masih SGD 1,000, pendapatan anda dalam ringgit malaysia ialah RM3,100. Tanpa perlu menunggu kenaikan gaji dari majikan anda. gaji anda sudahpun bertambah!

2. Gaji Tinggi, Kos Hidup Rendah

Kenal sanggup redah trafik setiap hari. Pakai motor lagi senang dan lagi jimat!

Anda pasti pernah mendengar tentang peluang pekerjaan memetik buah di Australia yang pernah hangat suatu ketika dulu. Gaji yang ditawarkan, memang sangat lumayan iaitu RM15,000 sebulan katanya. Tetapi, untuk bekerja di Australia, maka anda perlu tinggal di Australia juga. Ini menjadikan kos sara hidup anda juga tinggi. Jadi, ianya tidak memberikan anda apa-apa kelebihan pun sebenarnya. Berbanding bekerja di Singapura, anda masih boleh menetap di Malaysia walaupun anda bekerja di negara maju. Kos sara hidup rendah, tetapi gaji anda tinggi!

3. Mudah Berpatah Balik

Berbalik kepada contoh bekerja sebagai pemetik buah di Australia. Apabila di selidiki, pelbagai risiko lain boleh berlaku. Anda mungkin akan "dijual" oleh agen anda malahan ada juga majikan yang tidak mahu membayar gaji seperti yang dijanjikan! Jika semua kecelakaan ini berlaku, maka, untuk anda berpatah balik dan pulang ke Malaysia juga adalah sangat rumit dan sukar. Kos penerbangan untuk pulang ke Malaysia sahaja sudah memerlukan wang beberapa ribu ringgit. Akhirnya, anda terpaksa merempat di negara orang. Berbanding jika anda bekerja di Singapura, jika apa-apa berlaku kepada anda. Anda hanya perlu naik bas dan membayar tambang kurang dari RM50 untuk pulang semula ke Malaysia.

4. Sah dan Kurang Risiko.

Apabila anda bekerja di Singapura, anda akan bekerja secara sah dengan menggunakan permit kerja yang dikeluarkan oleh Ministry of Manpower [Singapura]. Anda kenal majikan anda dan ada dokumen perjanjian. Anda akan dilindungi oleh undang-undang buruh daripada penipuan majikan. Tiada isu majikan tidak membayar gaji seperti mana yang berlaku di negara-negara lain yang mana, anda masuk dan bekerja secara haram. 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 584