Quantcast
Channel: J&B BLOGSPOT
Viewing all articles
Browse latest Browse all 584

Drama Diari Cinta Kita [Slot Azalea TV9]

$
0
0
tasha shila ayu raudhah fezrul khan
Poster Drama Diari Cinta Kita.


Nantikan drama terbaru yang bakal menggantikan drama Ainur Mardhiyah di TV9 bertajuk Diari Cinta Kita. Drama ini mengisahkan Nurul Iman [lakonan Tasha Shila] yang mengidap penyakit kanser. Konflik timbul apabila suaminya Hakim [lakonan Fezrul Khan] berkahwin dengan doktor yang merawatnya [lakonan Ayu Raudhah].
 
Profil Drama Diari Cinta Kita TV9

Bahasa : Melayu [Malaysia] 
Studio :  Sekutu Saujana Production Sdn Bhd
Pengarah : Nazir Jamaluddin
Pelakon : Fezrul Khan, Ayu Raudhah, Nor Albaniah, Tasha Shila, Dato Ahmad Tarmimi, Reen Rahim, Roslan Salleh, Bell Ngasri
Episod : 20 Episod
Saluran : Slot Azalea TV9 [Selasa hingga Ahad, Jam 830 malam]
Siaran : 16 Disember 2016

Sinopsis Drama Diari Cinta Kita Slot Azalea TV9

Nurul Iman dan Hakim sudah 7 tahun berkahwin namun mereka belum dikurniakan anak. Pelbagai usaha telah mereka lakukan untuk mendapatkan anak tetapi hasilnya tetap tiada. Walaupun tidak mempunyai cahaya mata, hidup mereka berdua seperti pengantin baharu dan tetap romantik setiap hari.

Setelah Nurul Iman disahkan mengidap kanser usus tahap satu, dia mula murung. Hakim telah mengambil cuti demi menjaga isterinya buat sementara waktu. Walaupun tertekan, Hakim berjanji bahawa dia tidak akan sekali-kali tinggalkan Nurul Iman walau apa pun yang bakal berlaku pada masa hadapan. Hidup matinya hanya untuk Nurul Iman.

Nurul Iman terharu dengan kasih sayang dan perhatian yang diberikan oleh Hakim. Dia telah mendapat semangat baharu dan bertekad menjalani rawatan untuk sembuh. Hakim lebih kerap menemani Nurul Iman. Di situlah permulaan perkenalan Hakim dengan Doktor Aqilah yang merawat Nurul Iman.

Kasih sayang yang ditunjukkan oleh Hakim dan Nurul Iman membuatkan Doktor Aqilah mula menyimpan perasaan terhadap Hakim. Walaupun dia sedar bahawa dia sudah bertunang dengan seorang lelaki lain, tetapi dalam hatinya ialah Hakim.

Kekerapan pertemuan mereka untuk rawatan Nurul Iman menyebabkan Hakim dan Doktor Aqilah semakin rapat. Mereka bertiga sering keluar bersiar-siar dan menghabiskan masa bersama. Hakim juga tertarik dengan ketulusan dan kebaikan Doktor Aqilah. Mereka berdua cuba mengawal perasaan kerana tidak sanggup melukakan hati Nurul Iman.

Akhirnya Hakim dan Aqilah berkahwin tanpa pengetahuan Nurul Iman. Mereka berdua meneruskan hidup seperti biasa tetapi Hakim tidak pernah bermalam di rumah Aqilah. Menjadi isteri kedua kadang kala membuatkan Aqilah sunyi.

Saat Nurul Iman mengetahui kebenaran tentang suaminya dan kawan baiknya, hatinya hancur luluh seolah-olah tidak boleh menerima kebenaran bahawa dirinya telah dimadukan. Sejak itu, Nurul Iman tidak lagi meneruskan rawatannya. Aqilah rasa bersalah kerana dia menganggap dirinya sebagai punca penyakit Nurul Iman menjadi mudarat. Dia juga menyesal kerana mengkhianati Nurul Iman.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 584