Review dilakukan untuk kedua-dua movie zombie yang baru ditayangkan di pawagam. Dua-dua menggunakan tema zombie namun Background untuk kedua filem ini adalah sangat menarik dan lari dari normal filem zombie sebelum ini.
Dalam Train to Busan kita dapat lihat the first 'outbreak' which is the first time kejadian zombie berlaku dan manusia masih cuba menyelamatkan mereka yang bertukar. Boleh tengok karektor konduktor kereta api yang cuba bantu seorang mangsa. Tak pasal-pasal kena tokak! Begitu juga dengan mereka yang lain.
Setting filem ini iaitu di dalam sebuah kereta api juga memainkan peranan penting menghidupkan suasana gemuruh dan seram. Ciri-ciri yang dapat dilihat pada zombie seperti reaksi terhadap bunyi, kelajuan, reaksi terhadap cahaya juga sangat menarik dan digunakan sepenuhnya oleh pengarah filem untuk memajukan jalan cerita.
Poster movie Train To Busan |

Apa yang terbaik dalam filem Train to Busan ini adalah watak dan perwatakan setiap pelakon yang terlibat. Lakonan kelas pertama! Dari watak utama hingga watak sampingan. Seorang bapa lakonan Goo Yoo yang pada awal cerita mementingkan diri sendiri boleh dilihat melalui dialog dengan anaknya lakonan Kim Su An yang naïf dan cuba membantu mereka yang lain. Perubahan watak Goo Yoo ditekankan dalam filem ini apabila dia mula berubah dari satu scene ke satu scene yang lain.
Ada karektor yang menjadi penyelamat dari awal hingga mengorbankan diri untuk menyelamatkan isteri tercinta. Lakonan Ma Dong Seok dan Jung Yu Mi sebagai suami isteri memang boleh buat orang menangis. Ada karektor lakonan Kim Eui Sung yang mempunyai matlamat yang jelas tetapi jalan digunakan adalah kotor sehingga sanggup mengorbankan nyawa orang lain demi menyelamatkan diri. Mungkin watak pelajar sekolah dalam movie ini yang agak kurang menonjol tetapi masih lagi ok dan tidak merosakkan jalan cerita.

Ma Dong Seok dan Jung Yu Mi sebagai suami isteri dalam Train to Busan. |
Train to Busan telah mencipta sejarah dalam dunia perfileman korea apabila mencapai box office di seluruh dunia. Boleh tengok review-review positif diberikan oleh penonton. Ini disebabkan filem Train to Busan ini ada jiwa dan bukannya hanya untuk hiburan semata. Tengok sahaja filem Mamat Khalid Zombie Kampung Pisang yang mencetus revolusi dalam pembikinan filem tempatan, Siri Walking Dead dan filem seperti Zombieland dan Shaun to Dead menempa diminda apabila genre zombie dibangkitkan. Sekarang we have one more to add which is Train To Busan.
Bravo kepada semua krew yang terlibat dalam penghasilan filem ini!!
The Rezort movie poster - sumber - |
Dalam The Rezort kita jump timeline di mana manusia telah menang ke atas perang zombie dan pembangunan telah dijalankan semula. Namun terdapat satu syarikat yang menjalankan perniagaan di atas sebuah pulau yang dipenuhi zombie. Permainan untuk membunuh zombie ini dilakukan demi mengaut keuntungan. Aku suka gila background cerita ini dan cara mereka perkenalkan dunia the rezort pada penonton, Cuma ambil masa yang agak lama sebelum first action nak start.
Kalau lepas tengok Train to Busan, memang agak mengecewakan filem The Rezort ini sebab Train To Busan memang boleh dikatakan berlainan level dengan The Rezort. Bukan bermaksud the rezort ini tidak bagus Cuma dari segi perwatakan setiap pelakon adalah agak kurang dieksploitasikan pengarah dan lakonan pun kurang menonjol. Cuma satu watak yang aku rasa agak berbeza iaitu seorang perempuan yang terlibat dalam aktiviti kemanusiaan [living hope] dalam menyelamatkan zombie. Bagi dia, zombie tidak patut dijadikan barang permainan dan dibunuh untuk tujuan hiburan. Sangat rare dalam filem zombie ada watak seperti ini.
Jessica De Gouw [Melanie] dan Dougray Scott [Archer] dalam the rezort - sumber - |
Kepada peminat filem genre zombie – aku cadangkan korang tonton keduanya dan nilai sendiri which is best. Bagi aku, Train to Busan adalah lebih baik kerana ada jiwa dan ianya dijayakan dengan lakonan mantap para pelakon, tetapi The Rezort membawa satu kelainan atau idea baru yang jarang dapat kita lihat dalam filem bertema zombie.