Quantcast
Channel: J&B BLOGSPOT
Viewing all articles
Browse latest Browse all 584

Barisan Pelakon dan Sinopsis Drama Arluna [Astro]

$
0
0
anzalna saharul ridzwan
Drama Arluna Lakonan Anzalna dan Saharul Ridzwan

Sebuah drama terbaru terbitan Global Station Sdn Bhd dan di bawah arahan Emi Suffian. Drama ini juga merupakan adaptasi novel yang ditulis oleh Rin Ahmad bertajuk Arluna. Drama Arluna bakal ditayangkan di Astro Ria 104 dan Ria HD 123, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam.

Barisan pelakon yang terlibat adalah Saharul Ridzwan sebagai Johan Arif, Anzalna Nasir sebagai Nia Nia Arluna, Adeline Tsen sebagai Fazleen, Putri Najuwa sebagai Hanna dan Zoey Rahman sebagai Raziq. Pelakon lain yang terlibat adalah Atilia Haron, Syaffiq Sahli dan Susan Manen.

Sinospis Drama Arluna 

Permulaan perjalanan hidup Nia Arluna atau Nina sangat cliché.

1. Mula-mula terjumpa, terjatuh kat dalam kolam di puncak Sands Skypark. 

Eh, kau tak tengok side mirror dulu ke sebelum brek?- NIA ARLUNA atau NINA
 
Emmm… errr... I’m not a car. Uh... I didn’t bring side mirror while walking.- JOHAN ARIF atau JOE

2. Terjumpa lagi. 

I macam kenal you. Kita pernah jumpa kat mana ya? - JOE

3. Terjatuh cinta pula. 

Kalau tadi dapat colour LUNA pun dah cakap ‘thank you’, dapat hadiah lagi best ni jangan lupa cakap ‘I’ll marry you’ ya.- JOE

4. Dah nak kahwin ni, ada pulak si penyibuk Fazleen ‘udang galah’. 

Eh, dah kahwin pun muncul lagi? Berjayakah seorang Arluna merubah plot hidupnya? Atau dia tewas dengan hasutan syaitan? Atau dia tewas dengan hak seorang isteri?

“Tewas Itu Taat.”

- Sumber : goodreads
- Boleh baca novel Arluna : penulisan2u

Profil Drama Arluna

Bahasa : Melayu
Pengarah : Emi Suffian [Drama Meh Sandar Pada Aku]
Terbitan : Global Station Sdn Bhd
Pelakon : Saharul Ridzwan, Anzalna Nasir, Adeline Tsen, Putri Najuwa, Zoey Rahman, Atilia Haron, Syaffiq Sahli, Susan Manen.
Adaptasi : Novel Arluna karya Rin Ahmad
Episod : 16 Episod
Siaran : Astro RIA dan RIA HD setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam.
 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 584