Dwayne Johnson akan membintangi filem sekuel untuk Jumanji yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan (baca: 2017). Memang dinantikan filem ini apabila filem yang dikeluarkan pada tahun 1995 itu berakhir dengan board games magik terdampar di sebuah pantai dan ditemui oleh dua orang kanak-kanak perempuan. Akhirnya selepas 22 tahun, ianya akan kembali ke pawagam.
Selain Dwayne The Rock Johnson, filem ini turut dibintangi oleh Kevin Hart, Black Jack dan Nick Jonas. Pengarah filem Jumanji Sekuel ini dipegang oleh Jake Kasdan dan hasil tulisan skrip oleh kerjasama antara Chris McKenna dan Erik Sommers.
Ok lah diorang buat sekuel daripada reboot. Tengoklah apa jadi dengan Ghostbuster 2016. Nantikan update filem Jumanji sekuel ni nanti;