Salam. Sekarang ni kalau korang nak buat satu-satu blog, perlukan sesuatu kelainan sebab terdapat beratus-ratus blog di dalam alam internet; jom baca sikit tips dalam membuat blog yang aku belajar.
4. Personaliti
1. Keinginan
Jangan start buat blog sebab ramai yang cakap, boleh buat duit dengan blog. Takde jalan singkat untuk berjaya; nak hasilkan blog yang bagus perlukan kerja keras, motivasi yang berpanjangan, tulis sesuatu yang korang nak tulis atau sesuatu yang korang minat!
2. Tujuan
Bila matlamat kita lemah, kita lagi cepat mudah putus asa. Jadi cuba tanya soalan yang standard macam kenapa nak blogging? Apa hasil yang korang nak dapat dari blogging? Sebab nak hasilkan blog yang berjaya merupakan satu perkara yang mengambil masa – bukannya boleh berjaya dalam sehari dua!
3. Niche
Ini merupakan yang paling penting kalau nak berjaya dalam SEO – korang nak tulis pasal apa atau mahu ’spesific’kan blog korang dalam kategori apa. Sebenarnya korang memang boleh tulis macam-macam dalam satu-satu blog; tapi mesti ada satu perkara yang korang betul-betul berminat nak kongsikan dengan pembaca, jadi korang kena fokuskan lebih kepada perkara tersebut.
Untuk menambat hati pembaca, korang perlukan satu kepandaian dalam apa yang korang tulis. Macam kira korang expert dalam bab masak-memasak, tulis la blog pasal kaedah atau resipi masakan. Kalau takde experience, sila dapatkan pengalaman tu dulu sebab pembaca akan lebih suka bila korang share something yang lain dari benda biasa yang diorang baca! Makin banyak korang share, makin pembaca ingin tahu dan bila diorang tahu, lahir perasaan percaya dan sukakan blog korang!
5. Theme dan widget blog
Ok! Ini jugak merupakan perkara penting dalam blogging, jangan sesuka hati pilih theme yang bukan-bukan dan menyusahkan pembaca korang! Widget blog jugak perlulah disusun kemas dan tak bersepah dalam blog.
6. Analisis Trafik
Jangan lupa jugak check analisa trafik korang dari masa ke masa. Check visitor dari mana, berapa ramai visitor, apa yang diorang berminat dari blog korang. Bila trafik tak bertambah, jangan panik dan gelabah, cari cara untuk menaikkan lagi trafik blog korang.
Itu aje yang aku terfikir masa taip entri ni, ada masa aku cuba tulis lagi tip-tip sepanjang aku blogging ni. Bukan banyak pun, tapi mungkin korang dapat ambik secukup rasa dah la. Assalamualaikum.