salam.
Ok. Takde kena mengena. Jom baca cara paling berkesan untuk bunuh nyamuk.
Nyamuk merupakan makhluk pemangsa yang sangat licik. Berbadan kecil dengan warna belang-belang sangat membuat makhluk pemangsa yang paling berbahaya di dunia iaitu manusia confuse dan pening bila memikirkan masalah nyamuk! Otak terganggu dan badan tak bermaya! Namun kita harus berpegang pada satu pepatah melayu;
Sepandai-pandai nyamuk mengelak, akhirnya terkena tamparan juga!
Ok. Takde kena mengena. Jom baca cara paling berkesan untuk bunuh nyamuk.
- pastikan keadaan sekeliling dengan teliti dan ketahui kedudukan sasaran anda, jumlah sasaran anda dan faktor-faktor luar yang mampu mempengaruhi sasaran anda.
- ingat dan niat dalam hati yang korang nak bunuh dia dengan keturunan nya sekali. Perlu yakin dengaan apa yang korang nak lakukan.
- Acukan bekas aerosol anda tepat pada sasaran dan pastikan sasaran anda mati, baru anda ketawa puas-puas! Jangan cepat putus asa. Cuba sehingga keringat anda yang terakhir. Ingat kesusahan pada hari ini, merupakan pelangi untuk hari mendatang.
- Amaran : pastikan tiada budak kecil atau mereka yang berfikiran kecil di sekeliling senjata pembunuhan yang anda gunakan dan jangan lupa lupuskan segala cap jari anda dari kawasan pembunuhan bagi mengelak sebarang bukti anda berada di tempat kejadian!
Ok! Dah cukup merepek. Sebenarnya rumah yang diberi pada aku sepanjang aku kat simpang renggam ni sangat banyak nyamuk, pening eden . Nasib baik, aku ni jenis tidur tak hidup walau gempa bumi sekalipun – semoga tak ada experience tu dalam hidup aku. Ingat masa aku kat Indonesia baru ni, ingatkan gempa bumi, rupanya ‘backhoe’ lalu kat sebelah rumah – gegar bukan main kuat lagi. Cuak aku dibuatnya!
Berbalik masalah nyamuk melanda, aku rasa mungkin disebabkan sampah sarap keliling rumah ni yang terlalu banyak menyebabkam pembiakan nyamuk tak dapat diberhentikan. Rumah sementara katakan – main buang ikut suka hati je tapi bukan aku k! Haha.
Apapun, jangan lupa pergi econsave untuk beli ubat nyamuk yang jenis lipat tu. PAP! Mati pun sekor nyamuk ni. Hehe. Assalamualaikum.